Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Biksu Costa Rica, Bahagian 7 daripada 7: Soal Jawab

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Tanyalah dia, bila dia nak menjadi biksu? (Bilakah kamu merancang untuk mengangkat sumpah pendeta?) Esok? (Sekarang juga.) (Sekarang juga. Sekarang juga.) Selamat datang. (Selamat datang.) Esok. Esok pagi. (Esok pagi.)

Pagi. Kami akan berikan pakaian kpd kamu dan beli buah-buahan. Semua orang dialu-alukan datang ke alamatmu. (Esok, datanglah ke rumah saya. Lepas ini saya akan berikan alamat saya.) Jika kalian tak tahu alamatnya, tanyalah apbila kalian keluar lepas ini. Pukul 10 pagi. (Esok pukul 10 pagi, kami sedia membantu.)

Baiklah. Ada apa-apa soalan lain? (“Guru telah jalankan amalan spiritual selama bertahun-tahun. Dapatkah Guru lihat alam yin dan yang? Apakah perbezaan antaranya?”) Saya telah jalankan amalan spiritual sejak kecil lagi, selama banyak hayat. Tiada perbezaan antara yin dan yang. Perbezaannya hanya dalam hati kita. Yin dan yang pada asalnya bersatu. Contohnya, tenaga elektrik: itu gabungan yin dan yang, tetapi dapatkah kamu lihat dlm tenaga elektrik mana ialah yin dan mana ialah yang? Setelah kamu pisahkannya, tiada tenaga elektrik. Baiklah.

(“Guru, jika kami tak dapat memutuskan sama ada nak dapatkan inisiasi dengan Guru atau tidak, dan jika kami ada soalan pada masa depan, akankah Guru jawab soalan kami?”) Jika kamu menulis kepada saya atau datang jumpa saya, saya akan jawab. Bagi mereka yang telah diinisiasi, mereka akan menerima jawapan secara langsung dalam hati mereka. Kadangkala sebelum menulis pun, jawapannya sudah ada. Sebaik saja mereka tulis soalan, jawapannya sudah ada kerana ada komunikasi langsung antara Guru dengan anak murid. Bagi orang yang tidak diinisiasi, lebih sukar sikit, maka kamu boleh tulis kepada saya. Okey? Lagipun, lepas satu minggu, saya akan beri khutbah selama dua hari. Jika kamu tidak dapatkan inisiasi hari ini, pertimbangkan lagi pada minggu depan. Jika tidak, kamu boleh tunggu hingga tahun depan atau hayat seterusnya atau lepas banyak hayat. Selepas seratus tahun, seratus eon atau seribu tahun. Ada banyak masa. Ambillah masamu. Merayau-rayau dalam kitaran lahir dan mati adalah menyeronokkan juga.

(“Guru, selepas inisiasi, jika saya melanggar rukun dgn kurang hati-hati, akankah terdapat sebarang akibat? Bolehkah saya, seperti dlm Katolikisme, membuat pengakuan?”) Taubat adalah berguna tetapi kita mesti ikhlas, tidak melakukan kesalahan yang sama lagi. Maka ia akan berguna. Semasa inisiasi, saya akan beritahu kamu cara mengelak drpd membuat kesalahan dan apa yang nak dibuat selepas membuat kesalahan. Saya akan beritahu kamu semuanya tetapi ini ambil masa yang lebih panjang. Ini tak dapat dijawab dengan satu atau dua ayat saja. Semasa inisiasi sebenar, saya akan jelaskan segala-galanya supaya kamu tahu cara mengikut jalan ini bukan hanya ‘hu la hoop’, kemudian selesai. Ini ambil masa beberapa jam. Baiklah.

(“Guru, berapa banyak Buddha hidup seperti Guru berada di dunia sini untuk menyelamatkan orang? Kerana di Taiwan (Formosa) juga ada seseorang yang mendakwa diri sebagai dewa ini dan itu yang datang ke dunia untuk menyelamatkan orang. Dia juga menekankan amalan spiritual.”) Saya tahu. Pergilah tanya dia, “Siapa itu Guru Ching Hai?” Dia akan beritahu kamu. Dia akan beritahu kamu peringkat saya dan apa perbezaan antara saya dengan dia. Okey?

(“Guru, adakah hanya melalui inisiasi Guru baru boleh seseorang sampai ke Syurga? Atau adakah itu mengikut agama Kristian melalui berdoa setiap hari dan mengikut Rukun Nabi Isa supaya pada waktu meninggal, Nabi Isa akan bawa kita ke Syurga?”) Kamu perlu berhubung dengan Nabi Isa. Dapatkan inisiasi dulu, kemudian kamu dapat lihat Baginda juga dan tahu dengan pasti bahawa Baginda akan datang jemput kamu pada waktu kamu meninggal. Jika kamu tak dapat lihat Baginda sekrg, mana dapat kamu lihat Baginda selepas meninggal? Itu akan sangat sukar. Lagipun, saya ialah kawan Nabi Isa. Sekarang saya membuat kerja yang belum disiapkan-Nya. Jika kamu mengikut saya… Mereka tahu tetapi kamu tidak. Sebab itu kamu tak faham mengapa mereka tepuk tangan. Kerana kamu belum alami apa yang mereka alami.

Kamu ikut saya, maka kamu pasti akan bertemu dengan Nabi Isa. Kamu akan dapat lihat Baginda dalam hayat ini, tak perlu tunggu sampai meninggal. Apakah maksud mengikut Nabi Isa? Ini bermakna mematuhi rukun, bermeditasi dan mendapat kebijaksanaan, bukan hanya mematuhi rukun, bukan hanya berdoa, kerana Nabi Isa sendiri menginisiasi anak murid-Nya. Baginda sendiri diinisiasi juga. Semasa inisiasi-Nya, aura spiritual turun dari Syurga dalam warna putih seperti merpati putih. Sekarang jika kita tiada tanda ini, tiada penentusahan sebegini, mana boleh kita berkata bahawa kita berkomunikasi dengan Tuhan? Saya telah jelaskan bahawa jika kita nak berkomunikasi dengan Tuhan, kita harus amalkan cara yang sama dengan Nabi Isa. Kita harus nampak Tuhan dan dengar Suara Tuhan untuk menjamin pembebasan kita, benar-benar bersatu dengan Nabi Isa dan tinggal di tempat yang sama. Jika tidak, Baginda ialah Baginda dan kita ialah kita.

Jika kamu nak menjadi bilionwan, kamu tak boleh hanya berdiri di depan pintu bilionwan sepanjang hari, berdoa utk jumpa dgn dia Kamu harus menjadi seperti dia: menjalankan perniagaan, bekerja dan mencurahkan usaha. Mungkin dia pinjamkan wang kpd kamu tetapi kamu sendiri harus bekerja. Kamu tak boleh hanya berdoa di sana. Lagipun, bilionwan itu sudah meninggal dunia. Kamu tak tahu di mana kekayaannya. Tak berguna berdoa kepada dia. Ketika Nabi Isa masih hidup, berdoa kepada-Nya adalah berguna. Sekarang Baginda dah tiada, kamu harus berdoa kepada orang lain. Contohnya, dulu ada tabib yang sangat mahir, Hua Tuo dan Bien Que yang dapat sembuhkan penyakit orang tetapi sekarang mereka dah tiada. Apabila kita sakit, kita harus berjumpa doktor yang hidup sekarang.

(Guru.) Adakah terdapat banyak lagi? (Satu lagi.) Kita perlu teruskan dengan inisiasi dan masa adalah singkat. (Okey, satu lagi soalan. “Dalam buku Guru, ia nyatakan, ‘Dilarang mencetak semula.’ Adakah ini bermakna Guru tidak mahu orang lain mencetak semula buku Guru? Adakah ini juga bermakna Guru tidak mahu lebih banyak orang mendapat pengetahuan mulia dan mendapat tahu tentang Kaedah Guru?”) Apa itu ‘mencetak semula’? (Ini bermakna mencetak semula buku Guru, menerbitkan buku Guru, mencetak semula.) Oh! Ini kerana kami takut seseorang mungkin secara diam-diam mencetak sebahagian daripada buku saja, kemudian menambah komen yang karut – orang yang tidak bermakrifat atau hanya nak berniaga. Mereka akan wujudkan karma untuk diri sendiri dan kami nak lindungi mereka, kerana di Taiwan (Formosa), ada begitu banyak cetak semula tanpa kebenaran. Mereka cetak bahan dengan sembarangan. Mereka hanya ambil satu atau dua ayat, kemudian tambahkan banyak komen yang karut dan memudaratkan orang ramai. Mereka juga hanya cetak sebahagian kecil daripada buku saya, kemudian tambahkan iklan sendiri dan apa-apa saja, menjual daging (orang-haiwan), orang-ikan, arak atau seks – banyak perkara!

Saya khuatir orang-orang itu wujudkan karma buruk. Saya bukan takut mereka mencetak buku saya untuk dibaca oleh orang lain. Jika mereka lakukannya tanpa menghormati buku saya, mereka sendiri wujudkan karma. Orang yang menerima buku itu juga takkan hormati ajaran saya kerana apabila mereka lihat benda sebegini bersama, mereka akan berfikir saya tergolong dalam kelas itu juga dan hilang rasa hormat. Tanpa rasa hormat, mana boleh mereka datang belajar? Jadi tak berguna. Buku saya bukan senang nak beli. Ia boleh didapati hanya apabila saya memberi khutbah. Dalam masa enam tahun saya tinggal di [Taiwan (Formosa)], saya tidak jual buku saya secara terbuka kerana saya takut banyak orang akan menyalahgunakannya hanya untuk wang, kemudian wujudkan karma dan memudaratkan orang lain. Mereka akan memetik sedikit saja, mengambil satu atau dua ayat, kemudian mengomennya. Orang biasa sendiri tidak memahami ajaran tetapi masih nak mengkritik orang lain. Itu apa yang saya takuti.

(Kita telah habiskan semua soalan.) Habis. Sangat bagus. (Guru, ada satu lagi soalan di sini.) Tiada soalan ialah soalan terbaik.

(Guru, ada satu soalan terakhir di sini.) (“Mengapa Guru mencukur semua rambut?”) (“Mengapa Guru mencukur rambut?”) OK, maka saya akan pertimbangkan utk simpan rambut pada masa depan. Okey? (Pada masa depan, saya akan pertimbangkan utk menyimpan rambut.) Maka mengapa kamu simpan rambut? Terlalu menyusahkan, perlu cucinya setiap hari, menyikatnya secara berulang kali, kemudian meniupkeringkan… perlu mengeritingkan, mengikalkan, kemudian meniupkeringkannya. Jadi mencukur rambut adalah sangat memudahkan bagi saya. Cuma cita rasa yang berbeza. Cara saya lebih menjimatkan. Ia jimatkan wang dan tenaga. Kerana saya seorang biksuni. Pada asalnya, biksu, biksu agama Buddha, mengikut tradisi dari India, sepatutnya mencukur rambut. Tetapi mencukur rambut tidak berkaitan dengan makrifat. Kita boleh bermakrifat dengan atau tanpa rambut. Cuma saya dah biasa dengan kepala bercukur, jadi teruskan saja. Jika saya tidak, terasa gatal. Kamu dah biasa berambut, jadi bercukur terasa tidak selesa. Itu hanya soal tabiat.

Saya boleh menyimpan rambut semula jika saya mahu, atau mencukur semula. Ini tidak penting. Saya secara peribadi dapati kepala bercukur sangat selesa dan bersih. Saya tak perlu mengeritingkan rambut dengan gunakan begitu banyak alat. Boleh kamu bayangkan saya pergi ke merata tempat, memberi khutbah tetapi habiskan semua masa mendandan rambut? Saya akan letih lesu sebelum keluar untuk bercakap pun. Saya perlu cucinya, gunakan pengeriting, pengering… Maka bila saya akan ada masa untuk berkhutbah? Kamu tahu tak berapa jam kamu habiskan pada rambut? Sangat sibuk, kan? Jadi saya cukur rambut utk dedikasikan lebih banyak masa bagi berkhidmat kpd orang lain. Saya tak perlu kelihatan cantik. Saya seorang biksuni. Saya tak perlu kelihatan cantik. Mencukur rambut bermakna saya telah lepaskan rupa luaran saya – saya tak pedulikannya lagi. Itu demi berkhidmat kepada orang lain. Saya tak peduli sama ada saya kelihatan elok atau tidak. Ia jimatkan banyak masa, lebih bersih dan jimatkan banyak wang – keritingkan rambut perlukan byk wang, kan? Saya juga perlu buat tempahan, janji temu. Menelefon: “Kamu ada masa tak untuk mengeritingkan rambut saya hari ini?” Jika dia kata, “Ya,” maka saya boleh pergi. Selepas mengeritingkannya, saya pulang dan masuk tidur. Pada keesokan harinya, ia hancur semula. Jika saya perlu memberi khutbah pada keesokan harinya, saya perlu mengeritingkannya sekali kali. Itu bazirkan banyak masa dan wang. Jadi saya rasa kepala bercukur adalah paling baik, jadi teruskan. Tetapi jika suatu hari nanti dunia tidak membuat pisau cukur lagi, saya akan menyimpan rambut semula.

Jangan lihat kepala saya, hanya lihat kebijaksanaan, lihat mata, bukan kepala saya. Baiklah!

(Guru, sesetengah orang ingin dapatkan inisiasi hari ini.) Berapa orang? Berapa orang mahukan inisiasi? Adakah kamu kira? (Buat masa ini, ada 13 orang.) Hanya 13 saja. (Ya. Mereka telah mendaftar diri sebelum khutbah. Tiada sesiapa yang mendaftar selepas khutbah.) (Kita ada kira-kira 13 orang yang akan diinisiasi.) Selain mereka yang sudah mendaftar, ada tak sesiapa yang ingin mendaftar? (Mereka yang berminat utk menerima...) Mereka boleh mendaftar sekarang. (…inisiasi, boleh pergi ke meja maklumat untuk mendaftar diri.) Orang lain boleh pulang sekarang. (Mereka yang tidak mahu diinisiasi boleh tinggalkan sini sekarang. Selamat malam.) Jumpa lagi pada kali yang lain. (Terima kasih kerana datang.) Terima kasih. (Terima kasih.) (Kami berterima kasih kepada Guru atas khutbah ini.) (Guru ingin berehat tak?) Baiklah, biar saya berehat sikit. Apabila kamu dah sedia, panggil saya.

(Biar kita dengan rasa hormat menghantar Guru pergi dari sini dulu.) Atau… Selepas inisiasi hari ini, kita akan bawa mereka pulang ke rumah. Jika pengangkutan menyusahkan, lepas itu kami akan mengatur anak murid untuk bawa kalian pulang ke rumah, jadi berada di sini hingga lewat malam untuk inisiasi, dapat pulang dengan lebih awal sikit. Baiklah, selamat malam. Semoga kalian segera mendapat makrifat! Jumpa lagi. Jumpa lagi pada kali yang lain. Datanglah dengar khutbah lagi apabila kamu ada masa. Mereka yang mahukan inisiasi, daftarlah sekarang. Saya akan kembali lepas itu. (Mereka yang mahukan inisiasi hari ini, berada di sinilah. Pergi ke depan untuk mendaftar. Guru akan kembali sekejap lagi.) Jika kalian ingin dapatkan inisiasi tetapi masih ada keraguan atau sebarang ketakpastian, kalian boleh tanya Guru di dalam. Jika kalian sudah buat keputusan, kalian boleh berada di sini. Orang lain boleh pulang sekarang.

Photo Caption: Buah-buahan Spiritual adalah Dihantar dari RUMAH

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (7/7)
1
Kata-kata Hikmah
2025-09-29
1410 Tontonan
2
Kata-kata Hikmah
2025-09-30
1410 Tontonan
3
Kata-kata Hikmah
2025-10-01
1272 Tontonan
4
Kata-kata Hikmah
2025-10-02
1038 Tontonan
5
Kata-kata Hikmah
2025-10-03
890 Tontonan
6
Kata-kata Hikmah
2025-10-04
868 Tontonan
7
Kata-kata Hikmah
2025-10-06
679 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-10-08
238 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-10-08
512 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-10-08
582 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-10-07
1115 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-10-07
144 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2025-10-07
137 Tontonan
Jejak Budaya di Seluruh Dunia
2025-10-07
141 Tontonan
Veganisme: Cara Hidup Mulia
2025-10-07
139 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-10-07
844 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-10-06
738 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android