Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Biksu Costa Rica, Bahagian 3 daripada 7

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Kuasa Maya mengkhusus dalam mengikat orang di dunia ini, menguji ketamakan, kemarahan, kejahilan, kebijaksanaan dan keupayaan mereka untuk mengatasinya. Kuasa itu sendiri tidaklah baik atau buruk. Ini bergantung kepada cara kita kendalikannya dan mengikut itu ia menjadi baik atau buruk. Kuasa negatif membolehkan kita belajar cara mengatasinya dan cara mengubahnya menjadi sesuatu yang berguna.

Sekarang, Guru Bermakrifat seperti Buddha Shakyamuni, Nabi Isa, Nabi Muhammad SAW, Socrates, Plato datang ke dunia ini untuk mengajar orang cara mengatasi kuasa negatif ini, kuasa dari sebelah kiri dan mengubahnya supaya ia boleh bersatu dengan kuasa positif. Dalam bahasa Cina, kita panggil ini “kesatuan yin dan yang”. Mesti ada kedua-dua yin dan yang baru baik. Mengapa harus begitu? Bukankah kita juga ada yin dan yang?

Bukankah kita sebagai manusia juga membawa kedua-dua yin dan yang di dalam diri kita? Ya, memang. Tetapi kadangkala mungkin ada terlalu banyak yin dan terlalu sedikit yang. Apabila ia tidak seimbang, kita menjadi tidak stabil. Kita seperti daun yang diterbangkan oleh angin, tiada penguasaan ke atas diri sendiri. Jika kita mengikut dunia ini, mengikut ketamakan, kemarahan, kejahilan dan nafsu kita, maka kita mengikut yin – kuasa negatif. Guru Bermakrifat akan beritahu kita supaya tambahkan lebih banyak yang. Jika tidak, kita terlalu banyak condong ke sebelah kiri, terlalu banyak yin dan akan diikatnya selama-lamanya. Maka apa itu ‘yang’? Itu kuasa positif. Kuasa positif ialah kuasa belas kasihan dan kasih sayang. Itu makrifat, cahaya, kegembiraan, berkat. Ia datang dari Atas. Kuasa yin pula datang dari dunia ini atau dari bawah. Satunya heret kita ke bawah manakala satu lagi tarik kita ke atas.

Di Syurga, di kediaman di mana malaikat tinggal, mereka ada terlalu banyak yang. Oleh itu, mereka tidak mengetahui penderitaan. Mereka tak tahu bagaimana bersimpati dengan penderitaan makhluk lain. Tetapi di dunia ini sini ada terlalu banyak penderitaan. Jadi kita hanya ingat akan penderitaan. Kita jarang ingat akan kegembiraan. Kita tahu sedikit tentang apa itu kegembiraan.

Kegembiraan datang dengan singkat manakala penderitaan adalah banyak. Biar saya berikan satu contoh kpd kalian: Kita bekerja lapan atau sepuluh jam sehari. Apabila kita pulang ke rumah, kita hanya dapat makan beberapa masakan. Hidangan itu ialah waktu gembira kita. Tetapi kita menukarkan kerja keras selama sepuluh jam dgn itu. Semasa kita habiskan masa bersama suami atau isteri kita, kita sangat gembira. Kita kata “ini Syurga”. Tetapi kita lupa berapa banyak tanggungjawab diperlukan untuk kegembiraan itu. Selepas berkahwin, tanggungjawab selama dua puluh, tiga puluh, empat puluh tahun diperlukan bagi satu orang itu. Kemudian anak datang dan tanggungjawab terhadap mereka. Kita mesti bekerja siang dan malam, berikan makanan, pakaian dan jagaan kpd mereka sehingga mereka berusia dua puluh, dua puluh lima, tiga puluh tahun, dan tidak berakhir di sana. Lepas itu apabila mereka dah berkahwin dan beranak, mereka akan bawa anak untuk kita jaga. Jadi ada Syurga yang sangat sedikit di dunia ini. Detik gembira terlalu jarang. Kita mesti curahkan banyak usaha, banyak tenaga untuk mendapat sedikit kegembiraan saja. Audiens hari ini tidak begitu ghairah seperti semalam.

Kalian terlupa nak ketawa hari ini. Baiklah. Kerana hari ini lebih serius. Tak mengapa. Kalian tertanya-tanya “Macam mana rupanya inisiasi? Akankah Guru beri inisiasi selepas ini? Mengapa Dia tidak segera habiskan khutbah dan sudah beri inisiasi? Mengapa Dia cakap begitu banyak?”

Akan ada inisiasi tetapi khutbah tetap diperlukan. Jika kita percaya secara membuta tanpa memahami prinsipnya dulu, tanpa melihat sama ada apa yang Guru ajarkan adalah logik, sama ada ia sejajar dengan idea dalaman kita dulu, maka itu kepercayaan karut. Sebab itulah Guru mesti jelaskan sedikit dulu dan nasihati kalian supaya mengambil buku dan pita audio untuk dibaca di rumah. Ini bukan kerana kami nak menjual buku. Jika kalian tak berduit, beritahulah mereka saja, maka kalian akan mendapatnya secara percuma Jika kalian berduit, maka boleh bayar hanya untuk kos pencetakannya supaya saya berpeluang untuk mencetak lebih banyak untuk orang lain. Itu saja. Jika kalian tak berduit, tak apa, ambillah secara percuma. Satu-satunya niat saya adalah untuk kalian memahami ajaran saya dulu baru boleh percayainya. Jika kita percaya tanpa memahaminya, itu kepercayaan karut. Itu maksud saya.

Baiklah. Jadi mengapa kita mesti cari yang ini? Bagaimana kita memperolehnya? Apabila kita kekurangan yang, kita takkan gembira. Kita letih akibat kerja dan ada waktu gembira yang sedikit. Jadi pada waktu inisiasi, saya akan bantu kalian buka yang seperti buka kepala paip. Satu kepala paip ialah air sejuk, satu lagi panas. Kepala paip air sejuk adalah seperti kuasa negatif. Kepala paip air panas adalah seperti yang, kuasa positif. Jika kita buka kedua-duanya bersama dan campurkannya, maka kita boleh mandi tanpa mendapat selesema dan itu akan sangat selesa. Kemudian kita boleh benar-benar mandi dengan gembira. Kemudian penyakit dan kesakitan badan kita akan berkurang sikit. Kemudian kita akan ada kekuatan dan tenaga esok untuk terus berdepan dengan kesusahan, kerja dan tanggungjawab di dunia.

Jika setiap hari kita hanya mandi di dalam air sejuk, kadangkala jika badan kita kuat, masih tak apa-apa. Jika tidak, itu boleh bahayakan nyawa kita. Dunia ini sudah berikan terlalu banyak air sejuk, terlalu banyak penderitaan dan kesusahan kepada kita. Kita inginkan kepanasan. Sebab itulah saya di sini untuk beritahu kalian bahawa ada satu lagi kepala paip yang bekalkan air panas. Jika kalian campurkannya bersama dengan kepala paip air sejuk, kalian akan rasa jauh lebih selesa dan takkan jatuh sakit dengan senangnya. Meskipun kalian sakit, kalian akan sembuh dgn lebih senang dan tidak bertambah teruk.

Tetapi kepala paip ini tersekat sekarang. Kalian ada kepala paip. Air dah sedia di dalamnya tetapi kepala paip tersumbat, ada halangan. Biar saya baikinya saja dan ia akan berfungsi. Maka kalian boleh bukanya dan mendapat air dengan serta-merta. Itulah inisiasi. Saya seperti seorang tukang paip. Guru menyambung litar elektrik, maka kalian ada tenaga elektrik. Saya membaiki kepala paip supaya kalian akan ada air. Itu saja. Saya khuatir jika kalian terlalu banyak mandi di dalam air sejuk setiap hari, kalian akan jatuh sakit dan tak dapat diselamatkan. Sekarang, sesetengah orang mungkin berkata, “Oh, tidak, tidak! Saya mandi dengan air sejuk, lebih jimat.” Baiklah. Saya setuju. Tetapi kalian harus tahu bahawa dalam jangka masa panjang, kalian akan perlu bayar kepada doktor atau farmasi dengan lagi banyak.

Jadi sesetengah orang berkata kpd saya, “Saya tak nak diinisiasi oleh Engkau. Saya baik-baik saja dgn kelahiran semula dalam kitaran lahir dan mati. Saya dapat menahan penderitaan dunia ini. Saya tak nak pergi ke Syurga. Untuk pergi ke sana, seseorang perlu menjadi vegan. Itu menyusahkan. Saya tak nak berhenti makan daging orang-haiwan. Ia begitu sedap. Atau saya perlu hindari pembunuhan, pencurian, salah laku seksual. Itu terlalu susah, ada terlalu banyak rukun yang rumit. Oh, begitu menyusahkan! Inisiasi-Mu hendaki terlalu banyak syarat Saya tidak mahukannya.” Tetapi kalian harus tahu bahawa apabila kalian pergi ke neraka dan dibarbeku, itu lebih menyeksakan. Itu lagi menyakitkan daripada mematuhi beberapa rukun sekarang, lebih menyakitkan daripada berhenti makan daging orang-haiwan dan orang-ikan sekarang.

Sesetengah orang beritahu saya, “Selepas inisiasi, kita mesti bermeditasi selama dua jam setengah. Oh, saya tak tahan! Lebih baik gunakan dua jam setengah itu untuk menikmati dunia. Saya hanya pedulikan masa sekarang. Siapa yang pedulikan masa depan?” Tetapi kita akan mengetahui masa depan pada waktu meninggal. Maka kita akan sesal tetapi sudah terlambat. Tiada sesiapa yang akan datang untuk menemani kita.

Waktu menikmati benda hanya akan bawa lebih banyak kesusahan Contohnya, jika kita menikmati daging orang-haiwan, orang-ikan dan arak, badan kita akan berasa lagi tak selesa selepas itu. Sebab itulah hospital penuh dengan pemakan daging orang-haiwan dan peminum arak. Orang vegan tak begitu kerap jatuh sakit. Juga, apabila kita meninggal dunia, hanya karma yang akan menemani kita, tiada orang lain. Tiada satu pun drpd saudara-mara kita yang dapat menemani kita. Jika kita mengikut Guru, jalankan amalan spiritual, dapatkan inisiasi dan amalkan Kaedah Quan Yin, atau jika kedua-dua suami isteri jalankan amalan spiritual, kita bukan sahaja dapat nikmati kebahagiaan keluarga sekarang tetapi kemudiannya kita juga boleh terus berjalan bersama selama-lamanya. Mengorbankan masa satu atau dua jam untuk bermeditasi bersama, kemudian kita akan bersama selama-lamanya. Bukankah itu tawaran yang untungkan?

Tiada kerugian sama sekali. Jalankan amalan spiritual bersama saya akan bawa untung tak berhujung, tidak pernah rugi. Hukum Yin dan Yang adalah macam ini: jika kita ada terlalu banyak yin, kita tenggelam ke dalam yin. Ini sebab dan akibat. Jika kita menanam yin, kita menuai yin. Jika kita menanam yang, kita menaik ke Syurga. Tapi jika kita kembangkan kedua-duanya mengimbangi yin dan yang, negatif dan positif, maka ia menjadi terang. Maka kita akan capai peringkat Buddha. Kita akan menjadi orang yang seimbang – Buddha.

‘Buddha’ tidak bermakna hanya yang saja. Buddha ada kedua-dua yin dan yang. Itu apa yang kita lihat dalam lambang Taoisme itu. Satu belah yin, satu belah yang, dengan satu titik yin di dalam yang, dan satu titik yang di dalam yin. Ini bermakna pengamal Taoisme sejati, orang yang telah memperoleh Jalan, mesti ada kedua-dua yang negatif dan yang positif bersama. Dia tidak semuanya yang atau semuanya yin. Jika dia semuanya yang, dia takkan memahami sifat orang dalam yin. Dia takkan toleran dengan orang. Dia takkan mengetahui hati mereka, tak dapat berkomunikasi dengan mereka, tak dapat menenangkan penderitaan mrk. Jika dia ada terlalu banyak yin, maka dia hanya seperti kita: makan, minum, nikmati keseronokan duniawi dan menjadi jahil, tidak bermakrifat, tidak berupaya, tidak dapat bantu sesiapa pun.

Kuasa positif, kuasa penyelamat ada di dalam diri kita. Itu apa yang dimaksudkan dengan “sifat manusia pada asalnya baik”. Sekarang ia tersekat, dikelilingi oleh halangan karma, jadi kita tak dapat lihatnya. Jika ada seseorang yang mengkhusus dalam membuka tenaga positif ini dan membetulkan masalahnya, maka kita boleh mendapat manfaat. Itulah inisiasi. Saya bantu saudara seamalan atau anak murid buka Kuasa kasih sayang penuh belas kasihan mereka Kuasa kasih sayang penuh belas kasihan itu akan menjaga mereka setiap hari. Dlm Katolikisme, kita panggilnya Tuhan. Apabila kita mengenali Kuasa kasih sayang penuh belas kasihan, kita mengenali Tuhan.

Jika kita tidak jalankan amalan spiritual, ke mana akan kita pergi? Adakah terdapat neraka atau tidak? Adakah terdapat Syurga atau tidak? Jawapannya ialah ‘ya’. Apa itu neraka? Neraka dicipta oleh karma kita sendiri, fikiran gelap kita sendiri, perbuatan salah kita sendiri yang bangkitkannya. Apabila tertumpu, ia menjadi sejenis medan magnet, sejenis suasana. Tiada apa-apa yang benar-benar hilang. Segalanya terus wujud di Alam Semesta ini. Apa-apa yang kita katakan takkan hilang. Apa-apa yang kita fikirkan takkan hilang.

Ada benda tertentu yang secara khas merekodkan perbuatan, pertuturan dan fikiran kita. Kemudian perbuatan, pertuturan dan fikiran kita, sama ada betul atau salah, akan membentuk sejenis suasana tertentu dan ini akan mengelilingi kita. Ia akan ikut kita ke mana-mana saja kita pergi. Ketika kita masih hidup, ia mengelilingi kita. Ini, dalam sains, dipanggil “medan magnet seseorang”. Medan magnet. Medan magnet ini, selepas seseorang telah meninggal pun, masih mengelilingi jenis badannya yang lain, kecuali kita ialah pengamal hebat sekali yang ada kuasa spiritual yang amat besar, kita dapat hilangkannya. Jika tidak, mungkin ia ambil masa beratus-ratus tahun baru boleh hilang, tak begitu mudah. Selepas beratus-ratus tahun, medan magnet itu akan beransur-ansur hilang dengan sendirinya. Sama ada ia berubah menjadi tempat lain atau terpengaruh oleh keadaan atau diserap oleh yang lain sehingga ia memencar dan beransur hilang.

Photo Caption: Segalanya Ada Kecantikannya Sendiri di Hutan Juga!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (3/7)
1
Kata-kata Hikmah
2025-09-29
1425 Tontonan
2
Kata-kata Hikmah
2025-09-30
1417 Tontonan
3
Kata-kata Hikmah
2025-10-01
1282 Tontonan
4
Kata-kata Hikmah
2025-10-02
1051 Tontonan
5
Kata-kata Hikmah
2025-10-03
909 Tontonan
6
Kata-kata Hikmah
2025-10-04
886 Tontonan
7
Kata-kata Hikmah
2025-10-06
716 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-10-09
1 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-10-09
1 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-10-08
294 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-10-08
557 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-10-08
644 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-10-07
1201 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-10-07
183 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2025-10-07
159 Tontonan
Jejak Budaya di Seluruh Dunia
2025-10-07
176 Tontonan
Veganisme: Cara Hidup Mulia
2025-10-07
175 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android