Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Ada benda tertentu yang secara khas merekodkan perbuatan, pertuturan dan fikiran kita. Kemudian perbuatan, pertuturan dan fikiran kita, sama ada betul atau salah, akan membentuk sejenis suasana tertentu dan ini akan mengelilingi kita. Ia akan ikut kita ke mana-mana saja kita pergi. Ketika kita masih hidup, ia mengelilingi kita. Ini, dalam sains, dipanggil “medan magnet seseorang”. Medan magnet. Medan magnet ini, selepas seseorang telah meninggal pun, masih mengelilingi jenis badannya yang lain, kecuali kita ialah pengamal hebat sekali yang ada kuasa spiritual yang amat besar, kita dapat hilangkannya. Jika tidak, mungkin ia ambil masa beratus-ratus tahun baru boleh hilang, tak begitu mudah. Selepas beratus-ratus tahun, medan magnet itu akan beransur-ansur hilang dengan sendirinya. Sama ada ia berubah menjadi tempat lain atau terpengaruh oleh keadaan atau diserap oleh yang lain sehingga ia memencar dan beransur hilang. Ia seperti awan. Seperti semasa kita ada kilang besar, kita memasak banyak benda, membuat banyak benda, kemudian asap menjulang naik dan berubah jadi kepulan yang sangat gelap. Tetapi kepulan gelap ini tak boleh hilang dengan serta-merta. Jadi di sesetengah tempat, apabila ada terlalu banyak kilang, seluruh langit menjadi penuh dengan kepulan (asbut) hitam. Itu tidak baik untuk kesihatan orang. Ada banyak tempat sebegini di dunia di mana orang, walaupun tidak sakit, perlu bernafas dengan gunakan tangki oksigen. Pernah kalian dengar tentangnya? Pernah kalian saksikannya di TV? Seperti São Paulo atau sesetengah tempat yang lain di mana tak cukup oksigen, orang perlu bernafas dari tangki oksigen. Kanak-kanak pun sudah perlu gunakan tangki oksigen kerana kawasan itu dikelilingi oleh kepulan (asbut) hitam. Sama juga, suasana dalaman kita mengeluarkan asap. Ia juga wujudkan sejenis suasana menyenangkan atau tak menyenangkan, membuat orang berasa sama ada selesa atau tidak selesa. Kita sendirilah orang yang mewujudkan ini dan kita ialah orang pertama yang terpengaruh tetapi orang lain akan terpengaruh juga. Ini seperti orang yang merokok: dia memudaratkan badannya sendiri tetapi orang di sebelahnya yang tersedut asap berasa tidak selesa juga. Bukankah begitu? Sebab itulah kita pengamal spiritual memang merupakan orang yang paling banyak bantu orang lain. Apa yang kita buat sebagai pengamal spiritual? Sementara kita melindungi perbuatan, pertuturan dan fikiran kita – tidak benarkan diri kita buat perbuatan yang memudaratkan atau melayani fikiran negatif yang boleh memudaratkan diri kita atau orang lain, pada masa yang sama, kita menyerap tenaga Yang dari Atas. Kita menyerap Kuasa Tuhan yang berkati kita, buat kita menjadi semakin bijak dengan semakin banyak Kuasa spiritual tak nampak. Ini boleh bantu kita sendiri dan orang lain. Apabila saya kata ‘Kuasa spiritual’, saya tidak maksudkan jenis ‘hula hula, hula, hoop’ itu, kemudian – ah! Menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Tidak. Saya maksudkan Kuasa spiritual transendental. Kita bantu orang lain secara natural. Kadangkala mungkin kita tidak menyedarinya pun tetapi ia pasti boleh dirasai. Kadangkala mungkin kita sedar tetapi itu bukan sesuatu yang kita buat secara sengaja. Seperti bunga – ia tidak keluarkan bau wangi secara sengaja. Ia sendiri ialah bau wangi. Jenis Kuasa spiritual itu ialah Kuasa Buddha, Kuasa spiritual Nabi Isa, bukan jenis ‘hula, hula, hoop’ itu. Jadi bagi kita pengamal spiritual, lagi banyak perbuatan, pertuturan dan pemikiran kita menjadi suci lagi banyak kebijaksanaan kita peroleh, lagi banyak kuasa kita miliki. Apa-apa kerja, apa-apa pun yang kita buat memberi manfaat kpd diri sendiri dan orang lain. Kita menjadi semakin agung. Kemudian secara natural kita akan memancarkan jenis medan magnet yang sangat menggembirakan, menyegarkan, bermanfaat. Ia takkan menjadi jenis medan magnet yang gelap, menghauskan lagi, berat dengan karma. Ketika Nabi Isa masih hidup, Baginda buat perjalanan dengan berjalan kaki. Banyak orang tahu bahawa Baginda miliki Kuasa besar. Ada seorang wanita yang sakit teruk. Dia hanya menyentuh jubah Nabi Isa secara diam-diam dan penyakitnya disembuhkan. Daripada ini, kita tak boleh berkata bahawa Nabi Isa gunakan kuasa ajaib ‘hula, hula, hoop’ untuk menyembuhkan dia. Tidak. Nabi Isa sendiri pun tak tahu pada masa itu siapa ambil kuasa-Nya secara diam-diam Sebab itulah Baginda melihat ke sekeliling dan tanya, “Tadi siapa sentuh pakaian saya?” Waktu itu baru wanita tersebut menggeletar, tampil ke depan dan bertaubat, “Tadi saya sentuh pakaian-Mu. Sekarang penyakit saya telah hilang. Terima kasih! Ampunilah saya.” Kemudian Nabi Isa bersabda, “Baiklah. Tak mengapa asalkan kamu sembuh.” Itulah Kuasa spiritual sebenar. Baginda tidak gunakan sebarang jenis kuasa secara sengaja. Baginda sendiri ialah Kuasa. Sesiapa yang berhubungan dengan Baginda, sesiapa yang bersentuhan dengan Baginda akan mendapat manfaat secara natural. Macam itulah. Kita juga dengar tentang seorang lelaki yang pekak. Kemudian Nabi Isa bantu dia dan dia dapat dengar. Tetapi apa yang dia ‘dengar’ tak semestinya sama dengan apa yang kita ‘dengar’. Setahu saya, jenis ‘pendengaran’ ini sebenarnya ialah ‘Pendengaran dalaman’. Sebab itulah banyak anak murid saya yang pekak juga dapat dengar Bunyi Buddha dalaman, Suara Tuhan. Kita, dengan telinga yang sangat biasa, tak dapat dengar Bunyi (Syurga dalaman) itu. Kita dengar bunyi dunia ini tetapi tak dapat dengar Suara Tuhan. Jadi orang pekak yang menjadi anak murid saya itu tak dapat dengar gosip atau kata-kata duniawi yang baik atau buruk tetapi apa yang mereka dengar ialah Bunyi (Syurga dalaman) yang terbaik: Bunyi (Syurga dalaman) yang paling merdu, paling bijak, paling banyak membantu, paling banyak menyelamatkan nyawa. Itu jauh lebih baik daripada dengar gosip dan pertikaian di dunia ini. Oleh itu, dengar bunyi luaran tiada apa-apa yang baik. Dengar Bunyi (Syurga) dalaman ialah apa yang benar-benar penting. Bunyi (Syurga) dalaman ini tak dapat didengari dengan telinga fizikal. Jika kita dapat sendiri dengar-Nya, itu bagus. Tetapi jika kita tak dapat, kita harus cari seorang Guru yang mengkhusus dalam membuka ‘fakulti pendengaran dalaman’. Apabila Guru bantu kita buka fakulti pendengaran dalaman ini, kita dapat dengar-Nya. Tetapi apabila kita sendiri dengar-Nya, mungkin ia bukan Bunyi (Syurga dalaman) peringkat tinggi. Kadangkala kita sudah sendiri terdengar Bunyi (Syurga) dalaman atau ternampak Cahaya (Syurga dalaman) tetapi kita tetap perlu cari seorang Guru Bermakrifat utk mengesahkan kita di peringkat mana. Kemudian dengan Kuasa Guru, kita dinaikkan untuk menembusi peringkat ini dan dinaikkan ke peringkat yang lebih tinggi. Faham maksud saya? Kadangkala kita telah beramal dalam hayat lampau, jadi dalam hayat ini kita juga dapat dengar Bunyi (Syurga dalaman) dan juga dapat lihat Cahaya (Syurga) dalaman. Tetapi tanpa Guru Bermakrifat, kita tak dapat capai Alam Tertinggi. Guru hidup ialah seseorang yang datang dari Alam Tertinggi, jadi Dia mengetahui Jalannya. Pada masa itu baru dapat Dia bawa kita ke Alam Tertinggi. Baiklah, saya akan biar kalian tanya soalan sekarang. Jika saya cakap terlalu banyak, kalian akan berasa letih. Adakah kalian letih? (Tidak.) Tidak letih, itu bagus. Baiklah, kalian boleh tanya soalan sekrg. Sila tulis dengan jelas. (Jika kalian ada soalan, sila tulisnya pada kertas soalan dan serahkan kepada pasukan kami.) (Jika ini dibuat dengan niat baik, seperti berbohong demi kebaikan hati, adakah itu suatu dosa?) Sebaik-baiknya tidak berbohong. Jika kita nak memperoleh Kebenaran, maka kita harus bercakap benar. Kita akan menuai apa-apa saja yang kita semaikan. Kita nak cari Kebenaran tetapi kita berbohong – maka dua ini menuju ke arah yang bertentangan. Itu akan bawa kita lebih jauh dari Kebenaran. (Guru, kami secara ikhlas berharap dapat menerima inisiasi tetapi oleh sebab kami tinggal di luar negeri, disebabkan oleh keadaan seperti tempat tinggal dan faktor kewangan, perniagaan makanan kami sekarang melibatkan penggunaan daging (orang-haiwan). Dalam situasi ini, masih bolehkah kami menerima inisiasi?) Maka apa yang orang tempatan buat untuk menyara hidup? Adakah orang tempatan juga menjual daging (orang-haiwan) untuk menyara hidup? Tidak. Maka tukar pekerjaanmu. Kamu mesti tukar pekerjaanmu. Kamu boleh jual makanan vegan, menjual pakaian dan menanam sayur, apa-apa saja pekerjaan yang kita buat asalkan cukup untuk keperluan kita. Itu lebih baik. Jangan mengejar sedikit wang tambahan, kemudian apabila kita meninggal, karma kita terlalu berat dan tiada sesiapa yang dapat selamatkan kita. Maka kita akan tenggelam ke dalam tempat yg sangat gelap dan menyeksakan Pada masa itu, wang tak berguna. Kamu boleh hanya hidup seperti orang tempatan. Mereka tiada wang yang banyak. Contohnya, jika kita nak makan lebih banyak atau bermewah hari ini, maka kita perlu bekerja lebih keras atau lebih banyak menipu orang lain. Ini bukan perbuatan baik utk dilakukan. Kita boleh hidup sederhana, makan sayuran dan kekacang yang sangat murah di sini. Hidup kita bersifat fana. Dalam masa sepuluh tahun atau beberapa dekad saja, kita dah tiada. Membesarkan anak sehingga mereka dah besar dan dapat menjaga diri, itu dah cukup. Kita tak harus hidup untuk wang atau mengejar kehidupan mewah. Itu hanya memudaratkan roh kita, kebijaksanaan kita dan hidup abadi kita. Adakah kamu faham? Itu sukar, saya tahu. Sangat sukar. Tetapi Bible nyatakan, Kamu carilah Kerajaan Tuhan dulu dan segalanya yang lain akan datang bersama kepada kamu. Kamu carilah Kerajaan Tuhan dulu dan segala-galanya akan ditambahkan pada kamu. (Guru, kebanyakan orang Cina luar negeri berkecimpung dalam perniagaan restoran. Selepas inisiasi, bolehkah mereka teruskan perniagaan yang sama ini? Banyak daripada mereka buka restoran, kebanyakannya orang Cina) Tak bolehkah mereka buka restoran vegan? Semua orang Sepanyol makan makanan vegan. (Mereka suka makan stik.) Beberapanya saja. Oleh sebab kamu buat makanan itu sedap, mereka datang makan. Ini tabiat buruk yang kamu orang Cina bawa ke sini dan kamu wujudkan karma yang berat. Nenek moyang mereka, generasi demi generasi, tak tahu pun apa itu daging (orang-haiwan). Mereka tak tahu cara memasaknya. Jika mereka memasaknya, ia dimasak dengan buruk, jadi mereka tidak makannya. Mereka makan lebih banyak kacang sebaliknya. Sekarang orang Cina datang, mahir dalam memasak, gunakan banyak MSG dan perasa, dan orang berkata, “Wau, sedapnya daging!” Kemudian mereka belanjakan wang simpanan untuk makan masakan (orang-haiwan) yang kamu sediakan. Jenis karma ini begitu menakutkan. Jika daging (orang-haiwan) tidak dimasak dengan sedap, mereka takkan makannya. Mereka tak tahu cara memasak daging (orang-haiwan). Mereka dah biasa memasak kacang. Kemudian kita orang Cina datang dan bawa rasa ini bersama kita. Ya Tuhan! Saya memang takut akannya. Semalam, seseorang tanya saya: dia sendiri adalah vegetarian tetapi suami dan anaknya nak makan daging (orang-haiwan). Masih bolehkah dia menerima inisiasi? Saya jawab, “Ya.” Maka mengapa saya kata ‘tidak’ kepada kamu yang menjual daging (orang-haiwan) dan orang-ikan? Kerana dua situasi ini adalah berbeza. Perbuatan luaran mungkin kelihatan serupa tetapi keadaannya berbeza. Contohnya, jika kamu seorang isteri, berkahwin dengan seorang suami tetapi enggan memasak daging (orang-haiwan) untuk dia, keharmonian keluarga akan goyah. Faham? Mungkin dia malah memaksa kamu memasak daging (orang-haiwan). Itu keadaan yang berbeza. Dalam keadaanmu, kamu memilih utk bunuh orang-ayam dan -khinzir lalu hidangkan daging mereka kpd orang lain. Dua situasi ini adalah berbeza. Tetapi saya beritahu kamu secara terus terang: meskipun dia beli daging (orang-haiwan) dan orang-ikan untuk dimakan oleh suaminya, mereka yang Mata Syurga telah buka akan nampak syaitan memukul dia. Setiap kali dia pergi ke pasar untuk beli daging (orang-haiwan) dan orang-ikan, dia dipukul oleh syaitan dan jatuh ke atas tanah. Kemudian dia merangkak bangun dan pulang ke rumah untuk memasak. Kerana dia tiada pilihan. Dalam keadaan ini, Tuhan akan mengampuni dia. Dia hanya dipukul oleh syaitan. Tetapi kamu ada pilihan. Photo Caption: Hanya Anak Sungai Kecil Dapat Menampung Banyak Hidupan!