Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
(“Guru yang dihormati, saya sangat meminati ajaran spiritual Guru. Bagaimana saya boleh mendapat buku Guru dalam bahasa Sepanyol di Costa Rica sini? Terima kasih atas balasan Guru.”) (Soalannya ialah, “Saya sangat meminati ajaran Guru, tetapi disebabkan oleh rintangan bahasa, boleh saya tanya di mana saya boleh cari terbitan Guru dalam bahasa Sepanyol di Costa Rica?”) Ia belum diterbitkan lagi tetapi akan diterbitkan pada masa depan. Kami ada terbitan bahasa Inggeris. (Kami belum lagi menyediakan edisi bahasa Sepanyol. Kami ada buku dalam bahasa Inggeris tetapi kami akan terjemahkannya kepada bahasa Sepanyol kemudiannya.) Tetapi di sini kami ada anak murid yang boleh berbahasa Sepanyol. Saya ada pita audio dan buku yang diterbitkan dalam bahasa Cina. Apabila kamu hadiri meditasi berkumpulan, mereka akan jelaskan setiap daripadanya kepada kamu. Maka sama juga. (Terima kasih.) (“Guru, saudara seguru tak boleh mengambil apa-apa yang memudaratkan dari segi rohani. Bagaimana dengan muzik atau aktiviti seni – adakah ia melanggar rukun?”) Tidak. Tetapi kamu harus dengar muzik yang lebih halus seperti muzik klasik. Jangan dengar jenis muzik rendah yang mengheret kita ke bawah. Jenis muzik itu sebaik-baiknya dielakkan. Ia boleh menarik kita ke bawah. Contohnya, kadangkala kita dengar lagu di mana mereka menangis dan membuat bising, berkata, “Aku cintaimu, mana boleh awak tinggalkan aku?” Jenis itu. Bukankah kita menitiskan air mata juga? Kita juga berasa muram dan sedih. Jadi jika kita dengar muzik, kita harus memilih jenis yang lebih elegan, jenis yang menaikkan semangat kita. Maka tak mengapa. (“Guru, semasa kita menjerang air, ada mikroorganisma dan bakteria. Mereka ada nyawa juga. Adakah ini dianggap sebagai dosa?”) Ya, tetapi bolehkah kamu berhenti minum dan makan sepenuhnya? Kamu tak boleh. Sebab itulah saya kata hanya baik hati atau mematuhi rukun adalah tidak cukup kerana kita tak dapat mematuhi rukun sepenuhnya. Ini dunia di mana makhluk perlu saling membunuh untuk terus hidup. Sebab itulah saya beritahu kamu tentang Kaedah Quan Yin ini, kerana ia dapat bersihkan rasa bersalah, karma harian yang tak dapat dielakkan supaya kita dapat bebas pulang ke Rumah. (“Guru, dalam makanan vegan, ada ayam vegan, itik vegan dan ikan vegan. Selepas makan itu, akankah ada karma juga?”) Tidak, tidak. Itu adalah untuk pemula, baru amalkan diet vegan, untuk memberi penenangan psikologi kepada mereka supaya mereka tidak terlalu idamkan daging (orang-haiwan) dan orang-ikan. Tetapi apabila kita meningkat maju dalam amalan spiritual, kita hanya makan apa-apa saja yang ada. Kita juga tak harus buat makanan vegan menjadi berbentuk orang-ikan, -ayam atau -khinzir. Namun begitu, kita boleh buatnya untuk orang lain makan atau jualnya kepada orang lain untuk dgn berseloroh ‘menipu’ mereka supaya makan makanan vegan. Itu bagus juga. (“Guru, dalam erti kata apa atau sejauh mana kita harus hormati prinsip tidak membunuh? Haruskah kita malah hindarkan diri daripada membunuh serangga yang boleh memudaratkan kita?” (“Guru, dalam jenis situasi apa kita harus mengikut rukun tidak membunuh? Haruskah kita malah mengelak daripada membunuh serangga?”) Okey. Bagi serangga, kita perlu menjaga persekitaran dan kebersihan dengan baik supaya serangga tidak membiak dengan begitu banyak, maka kita tak perlu bunuh begitu banyak. Namun begitu, bagi petani, kadangkala penggunaan racun serangga tak dapat dielakkan. Dah tentu, akan ada karma. Tetapi itu tak dapat dielakkan. Sebab itulah kita harus amalkan Kaedah Quan Yin untuk bersihkan karma yang tak dapat dielakkan. (“Guru, apabila seseorang menyebabkan kita alami penderitaan fizikal dan mental, memudaratkan kita secara berulangan dalam kehidupan harian dan kita menahan secara senyap tanpa tentangan, tanpa bantahan, adakah itu suatu bentuk pengembangan moral dan amalan spiritual? Atau ada tak cara lain untuk mendekati kononnya pengembangan moral peribadi dan amalan disiplin spiritual?”) Itu sangat baik. Menahan adalah baik. Mungkin dalam hayat lampau kita, kita menghina, mengugut atau memfitnah dia. Jadi sekarang dia kembali utk marahi kita Jadi kita harus menahan. Kadangkala itu karma kita sendiri dari hayat lampau. Orang itu mungkin tidak benar-benar jahat. Jadi, ya, menahan penghinaan adalah betul. (Guru.) (“Guru, bagaimana saya boleh tahu bila ialah masa yang sesuai untuk saya mengambil jubah pendeta?”) (Maksud dia, “Bolehkah Guru beritahu saya bila saya boleh menjadi biksu?”) Pada bila-bila kamu mahu, kamu boleh menjadi biksu. (Kamu boleh mengambil jubah pendeta (menjadi biksu) pada bila-bila kamu mahu.) Ini bergantung kepada sama ada ibu bapamu menentangnya. Jika kamu dah kahwin, adakah keluargamu ada masalah kewangan? Adakah mereka bersetuju dengannya? Maka boleh. Kenapa dia tanya dlm bahasa Sepanyol? Adakah dia orang Sepanyol? (Ya.) Siapa itu yang nak menjadi biksu? (Siapa itu yang berminat untuk mengambil jubah pendeta (menjadi biksu)? Sila berdiri.) (Terima kasih.) Dia belum menjadi biksu lagi. Mengapa kamu tepuk tangan? (Kamu belum lagi memakai jubah pendeta tetapi sudah mendapat tepukan.) Ini hanya akan buat egonya menjadi besar dan halangnya. Adakah kamu dah kahwin? Belum? Maka akankah ibu bapamu bersetuju? (Adakah kamu ada masalah dengan keluarga atau bapamu?) Tidak, maka tiada masalah. (Maka selamat datang.) Malam ini, kamu boleh menjadi biksu. Kamu nak menjadi paderi Katolik atau biksu agama Buddha? (Adakah kamu Katolik atau…) Adakah kamu nak menjadi biksu agama Buddha, atau paderi Katolik? (Biksu agama Buddha.) Biksu agama Buddha. Selamat datang! Kamu boleh ikut kami. Tiada masalah. Kamu boleh datang ke tempat kami. Di Taiwan (Formosa), saya ada lebih enam puluh orang biksu dan biksuni – kira-kira separuhnya ialah lelaki dan separuh lagi ialah perempuan. Atau kamu nak menjadi pendeta di bawah orang lain? (Kamu tahu berbahasa Inggeris. Tak tahu berbahasa Inggeris.) Biarkan dia bercakap. Kemudian kamu dengar terjemahan. (Maaf.) (Saya berbahasa Sepanyol, bukan bahasa Inggeris. Saya tak tahu berbahasa Inggeris.) Tiada masalah. Saya akan ada anak murid yang menterjemah utk kamu. (Saya akan menterjemah untuk kamu.) Di Taiwan (Formosa), kami ada anak murid yang berbahasa Sepanyol. (Di Taiwan (Formosa), kami ada anak murid yang berbahasa Sepanyol. Jangan risau. Mungkin...) Di sini juga. (Saya boleh bantu kamu.) Kamu boleh bercakap. Tak perlukan mikrofon. Bercakap macam itu saja. Apa yang dia nak katakan? Jangan ketawai dia. Mungkin dia ingat kamu ketawai dia dengan cara yang tidak baik. Tidak, tidak. Ya. Dia sangat ikhlas. (Saya perlukan jurubahasa Sepanyol-Cina. Ya.) Ya. (Ibu, saya ingin beritahu Guru bahawa dah lama saya menunggu detik ini.) (Guru yang dikasihi, dah lama saya menanti-nantikan detik ini. Dah lama saya menunggu Guru.) Bagaimana kamu mendapat tahu tentang saya? Adakah dah lama kamu menunggu saya? (Bagaimana kamu tahu bahawa kamu dah lama menunggu Guru?) Mengapa? (Mengapa?) (Sejak kecil lagi, saya cuba menerokai dan mencari perkara spiritual.) (Sejak zaman kanak-kanak lagi, saya mencari perkara spiritual.) Saya tahu. (Saya telah lihat realiti hidup dan dunia berlalu dengan pantas sekali.) (Saya rasa di dunia Saha ini (dunia penahanan), segalanya hanya sekejap saja. Segalanya akan hilang dgn cepat sekali.) Tidak berkekalan, ya. (Segalanya tidak berkekalan.) Ya, ya. (Sebab itulah saya percaya dan pasti bahawa satu-satunya perkara yang penting adalah mendapat makrifat. Segalanya yang lain ialah sampah.) (Saya rasa perkara yang paling penting ialah makrifat, mencari seorang Guru yang boleh mengajarkan makrifat. Jenis makrifat ini melangkaui segala-galanya di dunia ini yang seperti sampah, kerana tiada apa-apa lebih penting daripada makrifat.) Ya! (Saya tahu bahawa saya seorang pendosa dan telah melakukan banyak kesilapan.) (Saya sering rasa saya telah buat banyak kesilapan.) (Tetapi jauh di lubuk hati saya…) (Jauh di lubuk hati saya…) (Saya terasa bahawa jalan saya ialah jalan kehidupan spiritual.) (Namun begitu, jauh di lubuk hati saya, saya sering rasa bahawa jalan yang saya inginkan, dalam perjalanan spiritual, ialah jalan di mana saya sentiasa mencari sesuatu yang saya benar-benar perlukan.) (Saya tahu bahawa Guru, sebagai seorang Ibu, dapat lihat sama ada saya sesuai atau tidak sesuai untuk mengikut kehidupan spiritual. Saya dengan rendah diri menunggu balasan dan penerimaan Guru.) (Sangat bagus.) (Dia berkata bahawa Guru seperti Ibu Suci. Dia ingin bertanya: Haruskah dia menerima inisiasi daripada Guru sekarang? Adakah masanya sudah tiba? Dia minta Guru supaya jawab dengan pemurah dan berbelas kasihan.) Ya. (Saya telah memutuskan untuk melepaskan segala-galanya. Melepaskan segala-galanya, tidak kira apa yang perlu saya tinggalkan.) (Saya dah sedia untuk melepaskan segalanya untuk mengikut Guru jika Guru beri inisiasi kepada saya.) Pasti. (Saya harap masa saya sudah tiba. Jika tidak, saya akan tunggu dengan kepercayaan besar.) (Dia kata, apa-apa pun jawapan Guru, dia akan gembira. Dia tidak kisah sama ada sekarang masa yang sesuai atau tidak. Dia hanya mahukan inisiasi daripada Guru. Betul tak itu?) Baiklah! (Kamu akan dialu-alukan.) Sama ada sekarang masa yang sesuai atau tidak bergantung kepada hati kita. Tuhan tidak memaksa kita. Dia hanya menunjukkan jalan. Jika kita mahu, Dia membimbing kita. Jika tidak, kita berada di sini. Mengenai hasratnya untuk menjadi biksu, jalan seorang biksu ialah jalan yang panjang. Saya amat tersentuh melihat orang muda beraspirasi untuk menjadi pendeta – meskipun selama satu saat, satu minit atau satu jam saja, itu pahala yang amat besar. (Jalan mengamalkan tabiat (pendeta) ialah jalan yang panjang. Saya amat tersentuh oleh keputusanmu dan ingin ucapkan tahniah kpd kamu.) Kamu boleh cuba. (Kamu boleh cuba untuk lihat sama ada boleh.) Kamu boleh cuba. Saya ada banyak biksu. (Kami ada banyak biksu lelaki.) Mereka akan mengalu-alukan kamu dan menemani kamu. Kami akan ajar kamu bahasa Cina tanpa sebarang syarat. Tak perlukan sebarang wang, pendidikan atau bakat. Menjadi biksu bermakna mendedikasikan badan, pertuturan dan minda kita kepada Tuhan. Kepada Buddha, ya. Kami akan menemani dan membantu kamu. Tong yang mewakili semua biksu di Taiwan (Formosa) akan mengalu-alukan dia. (Selamat datang.) Dia kata, “Selamat datang.” Dia mewakili semua biksu lelaki di Taiwan (Formosa). (Tong.) (Dia merupakan wakil, anak murid saya…) (Kebetulan kali ini kami ada bawa pakaian baharu.) Oh! (Untuk mengalu-alukan kamu, saya bawa mantel baharu untuk kamu.) Baiklah. Dia boleh menjadi biksu selepas inisiasi. Ya, ya. Okey. Kita akan adakan sambutan yang baik dan semua orang dialu-alukan datang – makan buah-buahan, berdoa dan bermeditasi. Ya! Semua orang dialu-alukan datang. Cakaplah lebih kuat sikit. Kita akan adakan sambutan. Semua orang dijemput untuk nikmati buah-buahan dan makanan vegan serta menyertai meditasi dan doa. Ya. Saudara seamalan dan bukan saudara seamalan dialu-alukan. Tetapi kamu perlu meninggalkan alamatmu supaya kami boleh biar kamu tahu masanya. Photo Caption: Semua Makhluk Saling Bergantung untuk Wujud. Menyayangi Semuanya adalah Natural.