Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Contohnya, jika kamu seorang isteri, berkahwin dengan seorang suami tetapi enggan memasak daging (orang-haiwan) untuk dia, keharmonian keluarga akan goyah. Faham? Mungkin dia malah memaksa kamu memasak daging (orang-haiwan). Itu keadaan yang berbeza. Dalam keadaanmu, kamu memilih utk bunuh orang-ayam dan -khinzir lalu hidangkan daging mereka kpd orang lain. Dua situasi ini adalah berbeza. Tetapi saya beritahu kamu secara terus terang: meskipun dia beli daging (orang-haiwan) dan orang-ikan untuk dimakan oleh suaminya, mereka yang Mata Syurga telah buka akan nampak syaitan memukul dia. Setiap kali dia pergi ke pasar untuk beli daging (orang-haiwan) dan orang-ikan, dia dipukul oleh syaitan dan jatuh ke atas tanah. Kemudian dia merangkak bangun dan pulang ke rumah untuk memasak. Kerana dia tiada pilihan. Dalam keadaan ini, Tuhan akan mengampuni dia. Dia hanya dipukul oleh syaitan. Tetapi kamu ada pilihan. Bukan pelanggan, bukan orang Sepanyol yang memaksa kamu memasak daging (orang-haiwan) untuk mereka. Kamu sendirilah yang nak membuat duit. Jika kita mencari duit dengan cara murni, apa yang kita makan akan lebih senang untuk dicernakan dan kita takkan membawa rasa bersalah. Jika saya kata tak apa, maka baiklah tetapi hati nuranimu yang rasa bersalah takkan meninggalkan kamu. Selepas kamu beramal dengan baik, kadangkala apabila kamu lihat daging (orang-haiwan), orang-khinzir dan -ayam akan datang gigit kamu dan kamu takkan dapat beramal dengan baik. Kemudian kamu akan jatuh sakit setiap hari. Wang yang kamu peroleh daripada menjual daging (orang-haiwan), akhirnya kamu akan berikan kepada doktor – sama juga. Jadi akhirnya kamu tidak mendapat manfaat sebenar. Saya beritahu kamu secara terus terang, itu sebabnya mereka yang menjual daging (orang-haiwan) dan orang-ikan mendapat penyakit yang tak dapat diubati. Doktor pun tak dapat selamatkan mereka. Kerana wang yang mereka peroleh mesti dibelanjakan. Bukan sahaja ia akan dibelanjakan di dunia ini – selepas kita meninggal, kita juga akan dibarbeku di neraka. Oleh sebab kita membarbeku daging (orang-haiwan) di sini, sebab tersebut berbuah di bawah sana. Kita akan dibarbeku dengan cara yang sama. Jadi neraka memang wujud. Jika kita tidak buat perkara buruk, tiada neraka. Neraka dicipta oleh kita sendiri. Bacalah soalan dalam bahasa Sepanyol dulu. (“Adalah senang untuk memahami kuasa perkembangan positif. Dengan cara apa ia membantu dengan kuasa negatif? Bolehkah Guru berikan contoh kuasa perkembangan negatif?”) (“Guru, ini soalan saya. Adalah sangat senang bagi saya memahami kuasa positif yang Guru katakan. Tetapi bolehkah Guru jelaskan di bawah jenis situasi apa Kuasa Positif ini dapat bantu kita? Saya dah dengar Guru sebut banyak contoh tadi. Boleh Guru berikan satu lagi contoh untuk bantu saya faham?”) Bagaimana Kuasa Positif bantu kita, kan? Baiklah. Di dunia ini, Kuasa Positif ini bekerja keras sekali tetapi kita terasa macam ia tak banyak membantu. Sebenarnya ia memang membantu. Contohnya, apabila kita sendiri kembangkan kuasa positif ini dan gunakannya, pada masa itu, kita berasa sangat gembira. Katakan kamu nampak orang yang miskin dan sakit dengan tiada sesiapa yang jaga dia. Tiba-tiba kamu rasa bersimpati dan berikan wang kepada dia, menjaga dia untuk seketika. Oh! Maka kamu rasa sangat senang hati, kan? Itu Kuasa Positif yang bantu orang itu dan dirimu sendiri. Itu bukan sesuatu yang dapat kamu lihat atau rasai dengan serta-merta. Kemudiannya apabila kamu jatuh sakit, orang lain akan lagi banyak bantu kamu – sepuluh kali ganda bagaimana dulu kamu bantu orang lain. Katakan kamu berikan seratus dolar kepada seseorang. Kemudiannya apabila kamu sakit, orang lain mungkin berikan sepuluh ribu dolar kepada kamu. Atau jika kamu tidak sakit tetapi sering bantu pesakit, maka kamu sendiri takkan jatuh sakit. Itu bagaimana Kuasa Positif membantu kita. Namun begitu, kita jarang gunakan Kuasa Positif ini kerana kita terlalu lemah dan dikawal oleh kuasa negatif. Sebab itulah kita perlukan Guru Bermakrifat hidup di dunia untuk bantu kita buka kepala paip sumber Kuasa Positif yang terbesar. Itu seperti kepala paip yang rosak: sekarang ia hanya menitis, titis demi titis setiap hari. Guru membaikinya dan setelah ia dibuka, wau, ada begitu banyak air, tidak habis-habis! Kemudiannya kita takkan perlu asyik bukanya. Ia sudah ada banyak air dengan sendirinya, jadi tak perlu membaikinya, tak perlu menunggunya menitis titik demi titik, mendapat sedikit saja selepas sepanjang hari. Dengan kepala paip dibuka sepenuhnya, air mengalir dengan banyak. Kuasa Positif ada di dalam diri kita. Contohnya, selepas inisiasi, kamu dapat berkomunikasi dengan Tuhan setiap hari, atau dengan Sifat Buddhamu, dengan Buddha. Mungkin kamu nampak Nabi Isa, Buddha atau Bodhisattva Quan Yin. Pada masa itu, kita bersemuka dengan Mereka dan boleh tanya Mereka apa-apa saja. Apa-apa yang kita minta akan menjadi kenyataan dengan serta-merta. Setelah kita berhubungan dengan Kuasa Terbesar, kita ada berkat tak berhujung utk digunakan. Itu Kuasa Positif sebenar. Sejak itu, Ia menjaga roh kita, dan di dunia ini, Ia juga menjaga kehidupan kita. Segalanya akan baik-baik saja. Segalanya akan baik. Kaedah Quan Yin sembuhkan semua penyakit – penyakit daripada sakit hati, kejahilan, ketamakan, kemarahan dan kebodohan; ia sembuhkan penyakit karma yang menyebabkan kelahiran semula sebagai orang neraka, hantu lapar dan haiwan. Kita hanya boleh pergi ke Syurga, ke Alam Buddha. Kita tak boleh jatuh ke dalam neraka lagi atau kembali menderita sebagai manusia kecuali kita sendiri memilihnya. Jika kita berhasrat untuk kembali ke sini untuk bantu orang lain, mungkin kita lahir semula sebagai manusia tetapi itu secara sukarela, tidak dipaksa oleh balasan karma, tidak seperti mereka yang terikat oleh kelahiran semula, penderitaan dan kejahilan. Kuasa Positif ialah sesuatu yang hebat. Sebelum ia dibuka, kita rasai banyak penderitaan dan kesunyian. Setelah dibuka, ah! Kita terasa semakin hebat, lebih berkuasa, lebih puas, lebih gembira, tidak kekurangan apa pun. Kita tiada lagi perdambaan terhadap dunia ini, benda materialnya, jadi kita dapat melepaskan dunia ini dengan senangnya. Sekarang Kuasa Positif di dalam dirimu masih belum terbuka. Jadi meskipun saya bercakap selama setengah tahun, kamu masih mungkin tak berapa faham. Ia akan dibuka semasa inisiasi. Setelah ia dibuka, setiap hari kamu akan faham. Setiap hari kamu akan tahu bagaimana Kuasa Positif ini membantu kita. Okey? Sekrg, memandangkan ia belum dibuka, apa yang boleh saya katakan? Contohnya, kamu tak berduit, jadi kamu tak tahu apa yang nak beli. Apabila berduit, kamu akan tahu. Kamu boleh beli roti, tauhu, gluten gandum atau malah berkahwin. (Tadi Guru jelaskan tentang Kuasa Positif. Bolehkah Guru jelaskan juga bagaimana kuasa negatif dapat bantu kita?) Kuasa negatif juga boleh bantu kita jika kita dapat mengatasinya. Contohnya, semua orang kata wang ialah godaan terbesar. Ia buat orang membunuh, menyebabkan pasangan bercerai, memecah-belahkan saudara-saudara, membuat keluarga bergaduh. Wang menggoda banyak orang. Ia buat banyak orang menerima rasuah, buat pegawai menjadi korup dan buat banyak orang baik menjadi jahat. Tetapi jika kita tahu cara gunakan wang, lagi banyak wang yang kita ada lagi baik. Tiada masalah! Bukankah begitu? Bagi orang yang tamak, seseorang yang dikawal oleh wang, lagi banyak yang dia ada lagi tamaknya dia. Tetapi bagi seseorang yang dapat kawalnya, tidak dambakan wang, dia gunakannya dengan bebas, natural. Jika dia ada banyak wang, itu sangat bagus. Dia dapat bantu orang miskin, anak yatim balu. Dia dapat bina hospital untuk bantu pesakit. Oleh itu, wang tidak buruk sama sekali. Bagi kuasa negatif, ia seperti tenaga elektrik. Saya telah beritahu kamu tadi: tenaga elektrik ada dua kutub. Satunya positif, satu lagi negatif. Tanpa kutub negatif, lampu tak boleh menyala. Jadi Kuasa Positif dan kuasa negatif sebenarnya ialah kuasa yang sama, cuma menjalankan fungsi yang berbeza. Oleh sebab kita tak tahu cara menggunakannya, ia berubah menjadi sesuatu yang buruk. Sebab itulah kita perlukan Guru Bermakrifat untuk mengajar kita cara mengubah kuasa negatif ini menjadi sesuatu yang bermanfaat kepada kita. Selepas mengamalkan Kaedah Quan Yin, kamu akan faham. Pada asalnya tiada baik atau buruk, tiada positif atau negatif, cuma kita lihatnya secara berbeza kerana kita tidak faham. Bagi seseorang yang tidak bermakrifat, Kuasa Positif pun mungkin tidak baik. Dia tak tahu cara gunakannya, jadi mungkin menyalahgunakannya. Contohnya, jika dia tidak bermakrifat, apabila dia temui seseorang yang sangat baik hati dan pemurah, mungkin dia mengambil kesempatan daripada kebaikan hati itu dan meminjam wang daripada dia, kemudian gunakannya untuk minum arak, berjudi dan lain-lain. Tetapi setelah seseorang bermakrifat, kuasa negatif pun boleh diubah menjadi sesuatu yang berguna. (“Guru, mendapatkan inisiasi ialah perkara yang sangat serius.”) Ya. (“Tetapi saya tak dapat membuat keputusan sekarang. Jika suatu hari nanti saya memutuskan untuk menerima inisiasi, bolehkah badan transendental Guru datang untuk mengajar saya?”) Tidak. Apabila Guru datang dengan badan transendental, kamu tak dapat lihatnya. Sekarang pun, dengan badan fizikal saya di sini, kamu tak nak ikut. Berapa lagi kurang dengan badan transendental? Badan transendental adalah tidak berbentuk, tiada ketumpatan. Semasa badan fizikal saya bercakap pun, kamu tak dengar – jadi mana boleh kamu dengar kata-kata orang yang tak berbentuk? Kamu takkan dapat lihat badan transendental saya, tak begitu senang untuk lihatnya. Jika semua orang dapat lihat badan transendental saya, maka saya tak perlu gunakan badan fizikal ini. Saya boleh kekal berada di Nirvana dan hantar badan transendental ke luar untuk mengajar. Ketika Buddha Shakyamuni masih hidup, ada dikatakan bahawa Baginda ada berbilion-bilion badan transendental tetapi Baginda masih perlu bekerja keras, pergi ke sana sini. Baginda tidak hanya duduk di bawah pokok Bodhi dan hantar badan transendental-Nya ke luar. Lebih senang bagi anak murid saya nampak badan transendental saya. Tetapi kamu belum menerima inisiasi dan karmamu belum dibersihkan. Adalah sukar bagi kamu nampaknya. Meskipun Dia datang, kamu takkan nampak Dia. Bukanlah saya berdiskriminasi, cuma kamu dilitupi oleh halangan karma. Itu seperti kamu memakai baju hujan. Apabila hujan turun, air tak boleh sampai kepada kamu. Bukanlah hujan enggan turun tetapi kerana baju hujanmu terlalu tebal, jadi air tak dapat menembusinya. (“Guru, jika seseorang mematuhi Lima Rukun tetapi tidak amalkan Kaedah Quan Yin, masih dapatkah dia melangkaui Alam Ketiga?”) Tidak. Tidak. Orang-lembu pun mematuhi Lima Rukun! Mereka juga… Mrk adalah vegan sejak dilahirkan lagi. Mereka hanya beri sumbangan, hanya makan rumput saja tanpa menyusahkan sesiapa pun. Mereka tidak membunuh, mencuri atau berbohong. Mereka tidak sebut satu perkataan pun! Tetapi mereka tetap tak boleh melangkaui Tiga Alam. Maaf. Rukun hanya bantu kita menjadi lebih stabil dan mencegah kita daripada wujudkan karma baharu. Tetapi Kaedah Quan Yin ialah sejenis Kuasa yang bawa kita pulang ke Rumah. Seperti pesawat – jika kita beli tiket tetapi tidak menaiki pesawat, tak berguna juga. Hanya beli tiket saja adalah tidak cukup. (“Guru, untuk mencari rezeki, kita perlu bekerja bagi menampung diri di dunia ini. Jika kita melibatkan diri dalam perniagaan spekulatif seperti membeli dan menjual saham atau hartanah, adakah itu wujudkan karma juga? Dan bagi suri rumah yang masak hidangan daging (orang-haiwan) untuk keluarga mereka, bolehkah mereka diinisiasi?”) Ya, mereka boleh. Dagangan saham atau membeli dan menjual rumah bukanlah masalah. Itu hanya sebahagian daripada pencarian rezeki. Menjual rumah tidak melibatkan pembunuhan – hanya ‘bunuh’ beberapa ketul bata. Maksud saya, sebarang pekerjaan yang melibatkan pembunuhan adalah tidak baik untuk amalan spiritual kamu kerana jika kamu beramal sedikit saja tetapi wujudkan banyak karma, maka sia-sia saja. Itu seperti hanya ada segelas air sementara pakaian kamu sangat kotor. Setiap hari kamu berguling dlm habuk, membuat diri jadi lebih kotor tetapi kamu ada segelas air saja. Bilakah pakaianmu boleh menjadi bersih? Itu sia-sia saja – tak perlu cuci. Biarkannya kotor saja. Apa yang dapat segelas air bersihkan? Sebelum kamu boleh cuci, kamu kumpulkan lebih byk habuk setiap hari. Dengan satu gelas air saja, takkan berkesan. Okey? Sebab itulah saya kata kamu mesti mematuhi rukun dengan ketat untuk benar-benar beri manfaat kepada amalan spiritualmu. Jika tidak, lupakannya saja – usah lakukannya. Photo Caption: Kehidupan Boleh Menggembirakan untuk Dijalani, di Hutan Pun.