Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Rasa Terima Kasih Raja Keamanan dan Raja Kemenangan, Bahagian 11 daripada 11

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dulu saya pergi ke seluruh dunia dan berkhutbah di negara ini, negara itu tetapi tak banyak orang yang berada di sana selepas itu untuk inisiasi. Anda tak dapat hanya dengar kata-kata saya dan menjadi Buddha atau memperoleh Kesedaran Diri. Tidak, anda perlu beramal. Sebab itulah selepas khutbah, saya sentiasa mengajar orang, bukan sahaja dengan kata-kata tetapi juga dengan memindahkan Tenaga langsung Tuhan, Ajaran langsung Tuhan di dalam. Semasa saya bercakap, dah tentu, ada Berkat secara langsung daripada Tuhan, tetapi peratusannya adalah kurang drpd jika anda diinisiasi dan berhubung secara langsung dengan Tenaga daripada Tuhan melalui kehadiran saya. Maka anda akan menjadi lebih cepat, lebih bermakrifat dan pasti dengan pembebasan dalam satu hayat. Kerana apabila saya memberi inisiasi atau mewakilkan dan berikan Kuasa buat sementara waktu untuk inisiasi itu dan jika anda berada di sana, anda akan mewarisi kuasa yang berbeza dan akan mendapat pembebasan dalam satu hayat.

Itu bukan percakapan kerana apabila saya memberi inisiasi sebenar, saya tak perlu berada di sebelah anda. Saya boleh hantar pengutus Quan Yin dan berikan Kuasa inisiasi itu kepada dia. Tidak, saya akan berada di dalam dirinya untuk waktu itu. Oleh sebab setiap anak murid ada tenaga yang berbeza, taraf yang berbeza, keikhlasan yang berbeza, jadi mereka akan perlu diajar secara berbeza, di dalam, bukan dgn kata-kata, hanya kepada roh anda. Itu Ajaran paling dalam, Ajaran benar, sebenar, jika anda dapat mengasimilasikan-Nya.

Jika anda tidak ikhlas, berpura-pura untuk masuk dan minta inisiasi, anda juga akan diperlakukan seperti saudara seamalan tapi anda takkan mendapat banyak, atau takkan mendapat apa pun pada masa itu. Jika anda ikhlas dan minta atau berdoa semula, maka mungkin kami lakukannya, kemudian berikannya kepada anda, maka pada masa itu anda akan menerimanya. Bukanlah, okey, anda masuk saja dan akan menerima inisiasi. Meskipun saya nak berikannya kepada anda, anda sendirilah yang tak dapat menerimanya. Anda bina tembok di sekeliling anda. Anda menolaknya dalam hati dan kami tak boleh memaksa anda.

Jadi macam itulah dengan inisiasi. Itu soal di dalam, daripada Diri sebenar kepada Diri sebenar yang lain. Itu bukan hanya kata-kata saya kerana apabila memberi inisiasi, inisiasi sebenar, kita tak bercakap. Pada masa itu, kita duduk bersama selama sejam atau lebih tetapi tidak bercakap. Percakapan akan dilakukan sebelum itu, hanya arahan tentang bagaimana anda harus duduk, di mana anda seharusnya dapat cari roh anda, bagaimana capai pembebasan, bagaimana capai kesedaran spiritual yang makin hari makin tinggi. Itu sama seperti menu, jadi hanya sebelum inisiasi, sebelum inisiasi sebenar yang dari dalam, tak berkaitan dengan perbuatan luaran, tidak gerakkan apa-apa pun, tidak gerakkan mana-mana jari, tidak buat apa-apa pun – anda hanya duduk diam-diam, sama ada di atas lantai yang ada kusyen, di atas katil atau di atas kerusi. Keselamatan dan keselesaan adalah penting, tetapi anda takkan buat apa-apa pun. Guru juga tidak buat apa-apa pun, bukan secara fizikal, bukan apa yg anda dapat lihat. Kadangkala anda dapat lihat dengan Mata spiritual di dalam apa yang Guru lakukan – mengambil karma anda pada masa itu dan dihukum, diseksa untuk karma anda, contohnya. Bergantung kepada berapa besar karma anda dan berapa ikhlasnya anda, anda boleh capai peringkat yang lebih tinggi pada waktu inisiasi, lebih byk kebijaksanaan yg lebih tinggi daripada jika anda tiada keikhlasan.

Seperti apa-apa saja yang saya beritahu anda pada waktu inisiasi atau selepas inisiasi, pengulangan sesuatu, semua ini adalah seperti resipi kek tetapi bukan kek. Kek dibuat apabila anda tidak perlu membaca resipi lagi, atau apabila anda tidak perlu mengajar pelajar resipi ini lagi. Kek dibuat tanpa perlu bercakap. Ia pergi saja ke tempat ia harus pergi. Ia pergi ke Syurga dan menjadi kek. Pada masa itu, anda tidak buat apa pun. Anda tidak sentuh kek dengan tangan lagi. Kek akan menjadi kek. Jadi apa-apa saja yang datang kepada anda pada waktu inisiasi sebenar tetapi senyap, ia menjadi itu, kemudian anda teruskan lagi, teruskan sehingga kek siap dibuat dan anda boleh makannya, boleh merasanya. Anda tahu apa makna resipi, “Ini pai epal,” contohnya. Anda merasa epal yang telah bertukar menjadi pai epal. Anda juga merasa apa-apa saja yang berkaitan dengan pai epal. Ia sempurna, rasanya sedap, menyeronokkan.

Tetapi semasa saya baca resipinya kepada anda, anda tidak rasai apa-apa pun. Mungkin anda hanya catatkan berapa banyak gula, berapa banyak tepung tetapi anda belum rasai epal, gula, tepung lagi. Anda perlu campurkannya dengan susu vegan, air, gula, kemudian secubit kecil garam untuk rasa yang lebih mendalam. Kemudian lepas masa yang panjang dan dengan usaha, campurkan tepung dengan mentega vegan, kemudian mengulinya, kemudian tunggunya, kemudian mencanainya, membuat kek dan bakarnya untuk seketika. Kemudian anda boleh nikmati hasilnya.

Jadi jika saya mengajar anda atau malah bercakap melalui Supreme Master Television, dah tentu ada Berkat secara langsung daripada Triniti. Tanpa Triniti pun, Guru boleh berkati sesiapa saja yang dengar kata-kata-Nya. Sama ada dia percayai Ajaran, percayai Guru atau tidak, dia tetap mendapat berkat dan benihnya. Ia akan bercambah, akan bertunas dan akan menjadi apa-apa saja yang ia harus jadi.

Ada banyak berita baik yang ingin saya beritahu anda tetapi anda juga boleh baca hasil perdamaian sebenar atau sesuatu yang benar-benar baik dalam Arus Berita Harian atau berita dlm Berita Wajar Diberi Perhatian, atau perkara lain yang saya beritahu anda selain semua itu. Tetapi banyak perkara saya tak dibenarkan untuk beritahu anda. Saya harap saya boleh kerana ia begitu baik, begitu menakjubkan sehingga anda akan begitu gembira mendengarnya. Tetapi begitu pun, Tuhan tak sentiasa izinkan, kerana contohnya, kanak-kanak tadika, meskipun mereka memahaminya, itu hanyalah perkara asas, seperti, “Okey, sekarang kamu boleh pergi berehat. Sekarang kamu boleh makan kek (vegan) dan minum air, susu – susu vegan, dah tentu.” Tetapi itu saja. Jika anda beritahu mereka tentang teori Einstein, itu membuat masa anda berdua, masa kanak-kanak dan masa anda, kerana mereka tidak memahami apa-apa pun, atau mungkin roh mereka memahami sebahagiannya tetapi tidak berguna kepada mereka pada masa itu. Itu hanya akan dorman, seperti anda semaikan benih di kawasan gurun yg sangat berpasir, panas. Ia takkan bercambah menjadi apa-apa. Jadi mengapa bazirkan benih, bazirkan masa anda? Sekarang anda faham.

Rasanya saya dah cakap dengan agak lama. Pada asalnya, saya berfikir saya tiada banyak untuk dikatakan kecuali laporan gembira untuk dikongsi tetapi kata-kata terkeluar untuk seketika. Dengan Nama Tuhan, dengan Rahmat Triniti, semoga anda semua selamat maju jaya dari segi rohani. Saya tak perlu ucapkan semoga anda makmur, kaya dan apa-apa fizikal seperti itu kerana saya tahu bahawa jika anda ingati Tuhan, ingin lihat Tuhan, ingin pulang ke Rumah kepada Tuhan, maka segala-galanya yang lain akan datang kepada anda. Memang, dalam Bible, ia nyatakan, “Carilah Kerajaan Tuhan dulu dan segala-galanya akan ditambahkan kepada anda.”

Syurga, Nirvana, Kerajaan Tuhan, Tanah Buddha, Alam Buddha – semuanya merujuk kepada benda yang sama. Jadi jangan bertikai, anda pendeta – biksu agama Buddha dan paderi Kristian – jangan bertikai, siapa ada agama yang lebih baik. Tiada perkara sebegini Hanya ada satu perkara, iaitu orang faham atau tak faham, peringkat mana dari sini, di jalan ke Syurga, di peringkat mana sudah mereka capai, dah berapa jauh mereka berjalan di jalan mereka – dengan keazaman, atau mereka hanya tidur sepanjang masa di sana sini, berehat sepanjang masa di jalan dan tidak buat banyak. Sama seperti jika anda berjalan, anda suka berjalan atau suka berbasikal sejauh dari kawasan luar bandar anda ke ibu kota atau ibu kota negara lain, jika anda lakukannya dengan rajin, atau secara santai pun tetapi berterusan, maka anda akan sampai ke tempat yang anda nak pergi. Tetapi jika anda hanya berehat di hotel di mana-mana saja sepanjang masa, duduk-duduk di kedai kopi sepanjang masa dan tidak berbasikal, tidak berjalan, maka anda tidak sampai ke mana-mana pun. Anda sentiasa berada di kawasan sekitar.

Jadi sama dengan itu, saya harap anda akan rajin membuat kajian dan berdoa kepada Tuhan, kepada mana-mana Guru yang anda percayai agar membawa anda kepada mana-mana Guru Spiritual, Guru yang mengetahui Kebenaran, yang ada Kebijaksanaan Sebenar untuk membantu anda. Itu saja yang harus anda doakan jika anda benar-benar mahukan Tuhan. “Tolonglah, bawa aku kpd sesiapa saja yang mengetahui Kebenaran dan boleh mengajar aku Kebenaran.” Bukan hanya apa yang mereka katakan tapi mereka perlu buktikannya kpd anda supaya mrk boleh beri inisiasi kpd anda dan dengan serta-merta di dalam, anda akan jumpai Kebenaran, sebahagian daripada Kebenaran, kemudian anda terus mencari semakin banyak lagi. Sama seperti berjalan, teruskan di perjalanan anda, maka anda akan tiba di tempat yang anda nak tujui.

Semoga selamat sejahtera. Semoga berjaya. Kita berterima kasih kepada Triniti: Tuhan, Nabi Isa dan Tim Qo Tu, utk memimpin anda pulang ke Rumah, kembali kepada Tuhan utk nikmati kebahagiaan, kegembiraan, melangkaui apa-apa saja yg boleh anda gambarkan dengan bahasa duniawi ini. Syukur kepada Tuhan. Terima kasih, Nabi Isa. Terima kasih, semua Guru, Santo, Orang Suci, Buddha, Bodhisattva di kesepuluh-sepuluh arah. Semoga anda semua, roh-roh tercipta yg dikasihi, jumpai jalan pulang ke Kerajaan Tuhan untuk membebaskan diri, untuk jadi gembira, bahagia selama-lamanya, dan juga, tolonglah, melegakan kesakitan Nabi Isa disebabkan anda, dan untuk Tuhan gembira, bahagia, tenang, tidak perlu menderita disebabkan anda. Amin.

Photo Caption: Tidak Kuat?! Saling Membantu untuk Bertumbuh Bersama!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (11/11)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-09-24
3900 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-09-25
3140 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-09-26
2797 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-09-27
3052 Tontonan
5
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-09-28
2569 Tontonan
6
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-09-29
2366 Tontonan
7
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-09-30
2181 Tontonan
8
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-10-01
2166 Tontonan
9
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-10-02
1870 Tontonan
10
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-10-03
1607 Tontonan
11
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-10-04
1690 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-10-09
354 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-10-09
467 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-10-08
396 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-10-08
682 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-10-08
1 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2025-10-08
1 Tontonan
Gaya Hidup Sihat
2025-10-08
1 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-10-08
777 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-10-07
1309 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android