Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Rasa Terima Kasih Raja Keamanan dan Raja Kemenangan, Bahagian 7 daripada 11

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Oh! Ya. Saya akan beritahu anda saja apa yang saya teringat kerana saya tidak menulisnya macam satu, dua, tiga pun untuk mengingatkan diri. Seperkara lagi, populasi Kerajaan Keamanan di dalam dunia ini adalah 300,000 lebih. Populasi Kerajaan Kemenangan di dalam dunia ini pula, di dalam tetapi bukan di dalam, adalah 400,000 lebih. Saya tak cukup masa untuk terus mengira hingga unit terakhir. Jadi anda hanya tahu, bukanlah saya perlu menulis buku sejarah, membuat kajian atau apa-apa, hanya untuk anda tahu secara am kerana mungkin anda tanya dalam hati ‘berapa banyak orang’, jadi saya beritahu anda.

Seperkara lagi, hanya untuk ingatkan anda: Jangan ingat saya seorang peramal atau apa-apa, atau saya mengkhusus dalam beritahu anda apa yg akan berlaku kerana saya sangat sibuk. Saya buat segala jenis kerja secara automatik mengikut keperluan dan keutamaan, bukan hanya lihat masa depan atau masa lalu. Jika saya beritahu anda sesuatu yang mungkin berlaku pada masa depan dan bagaimana menyelesaikan masalah atau kesusahan itu, ini kerana ia telah mendapat perhatian saya. Seperti kadangkala saya beritahu anda perkara yang keluar daripada berita yang kebetulan saya tinjau dan nampak. Jadi secara sampingan, jika itu sesuatu yang besar, penting, maka saya akan berikan komen atau sesuatu jenis cadangan atau nasihat kepada anda. Tetapi saya tidak duduk sepanjang hari, melihat ke dalam setiap pelosok kecil dunia dan beritahu anda perkara seperti meramalkan kejadian. Itu bukan kerja saya. Tetapi jika kadangkala dalam berita saya nampaknya dan ia buat anda bimbang, maka jika saya ada masa, saya akan beritahu anda. Jika itu sesuatu yang tidak terlalu penting, atau saya tiada masa, maka saya takkan kata apa-apa pun. Saya tidak mengkhusus dalam kebolehan terus mata atau ramalan untuk masa depan. Lagipun, keadaan sentiasa boleh berubah

Nasib adalah dalam tangan anda. Anda perlu buat perkara mengikut hati nurani sendiri dan Hukum Alam Semesta. Perbuatan baik – maka segalanya akan baik, segalanya akan berubah. Perubahan itu bukan sahaja baik untuk anda tetapi perkara baik juga akan datang kepada orang lain yang dekat dengan anda atau dalam keluarga anda, seluruh kampung, seluruh pekan, seluruh bandar. Ini bergantung kpd berapa banyak orang turut serta dalamnya.

Maklumlah, jika negara anda ada seorang Guru yang tinggal di sana, maka negara anda jauh lebih baik daripada negara lain. Tetapi banyak memberi manfaat kepada seluruh dunia juga jika orang memperlakukan Guru, Santo atau Buddha dengan rasa hormat dan kebaikan hati. Yang sama saling menarik. Tuhan akan kasihi anda sebagaimana anda kasihi Wakil-Nya. Itu logik! Tapi anda mesti berdoa utk mengetahui siapa ialah Guru sebenar daripada penyemu!

Atau jika satu negara ada banyak pengamal spiritual yang baik, tinggi, maka negara itu mendapat manfaat. Meskipun negara lain mengugut untuk berperang dengan anda, seperti China dan Taiwan (Formosa), negara anda tetap jauh lebih baik, ada keamanan, lebih selamat, lebih berkemungkinan ada keamanan.

Tetapi jika negara itu tiada pengamal spiritual yang mencukupi atau tiada Guru yang pernah tinggal di sana untuk seketika, maka negara anda ada risiko yang lebih tinggi utk alami peperangan, alami banyak kerosakan dan banyak orang menderita dengan cara menyakitkan dan mati dalam seksaan seperti dalam wabak atau bencana! Negara itu akan menjadi seperti kubur awam. Begitu banyak roh, banyak orang yang mati secara tiba-tiba akan menjadi keliru, akan menjadi seperti roh yang tersesat, merayau-rayau dengan resah dan akan mengganggu negara juga, juga akan membenci penceroboh dan akan menyebabkan banyak penderitaan, banyak karma buruk untuk negara yang menceroboh juga. Cuma pemimpin negara agresif yang lancarkan peperangan dan menyebabkan penderitaan di negara lain, peperangan juga membuat negara anda menderita. Kehilangan nyawa rakyat, kehilangan banyak benda berharga. Orang tak dapat ada keamanan dan kestabilan yg mencukupi untuk menanam sayur, menanam tanaman dan menuainya.

Karmanya akan datang, sama ada dengan serta-merta, cepat atau lambat, kerana Hukum Alam Semesta adalah bahawa anda mesti bersyukur kepada Tuhan, berterima kasih kepada ibu bapa, kepada negara anda, tetapi tidak membunuh, tidak cederakan orang lain atas sebarang alasan pun kerana anda tak nampak akibatnya. Kerana ada dua situasi yang berbeza di dunia fizikal. Benda yang dapat anda lihat dengan serta-merta, benda senang, seperti jika anda tanam benih epal, maka anda akan mendapat pokok epal jika semua syarat dipenuhi, seperti hujan turun dengan cukup, tanih subur, misalnya macam itu. Jika anda menanam benih oren, anda akan mendapat oren. Maka anda boleh menuai oren dan nikmati hasil kerja keras anda. Jika anda, contohnya, memandu secara melulu, maka mungkin anda alami kemalangan jalan raya, membunuh atau mencederakan orang lain, orang yang lalu-lalang dan diri sendiri. Ini anda dapat lihat dengan serta-merta. Jadi kita panggilnya karma segera.

Tetapi sesetengah karma tidak datang dengan serta-merta. Ia datang mungkin kemudiannya, hari berikutnya, lepas beberapa hari, minggu, bulan atau tahun, malah hayat seterusnya. Ini bergantung kepada apa jenis pahala, apa jenis akar baik yang anda ada dalam hayat lampau atau dalam arus hidup anda yang mengalir dari satu badan fizikal ke badan seterusnya. Kemudian ia seperti sungai: bahagian ini mengalir dengan lancar dan senang; bahagian ini lebih besar; bahagian itu lebih kecil – jadi air perlu menyesuaikan diri dengannya. Kadangkala sungai malah hilang di sesuatu tempat dan muncul di tempat lain. Jadi anda berfikir, “Oh, tiada sungai lagi!” Bukan macam itu. Sungai itu mungkin muncul di sesuatu tempat yang lain.

Jadi sama juga, dalam arus spiritual, aliran tenaga spiritual kadangkala mengalir ke kawasan ini, negara ini atau ke negara itu dalam bentuk badan Guru. Jadi anda akan berfikir, “Oh! Tiada agama Buddha lagi, tiada Guru agama Buddha yang bermakrifat lagi.” Mungkin, mungkin. Tetapi arus sungai tenaga spiritual itu mungkin mengalir ke tempat lain, muncul semula di tempat lain. Mungkin ia pergi ke komuniti Sikhisme. Mungkin ia pergi ke Tibet, contohnya, dan bukan di Nepal.

Dalam sejarah legenda spiritual, kita ada Guru-guru di semua jenis negara yang berlainan – dari Iran, Iraq, sesetengahnya di China, India, Nepal, Tibet dan lain-lain. Anda tak boleh berkata bahawa dulu Buddha muncul di Nepal atau India, jadi Buddha seterusnya pasti muncul di sana juga, di Nepal atau India sekali lagi. Atau jika, contohnya, Tsongkhapa atau Milarepa ialah Buddha di Tibet, ini tak bermakna penggantinya akan berada di Tibet. Mungkin juga. Ini bergantung kepada sumpah orang itu atau kedudukan pengamal spiritual itu tetapi tak sentiasa macam itu.

Jadi hanya sebagai suatu contoh. Dalai Lama pun, mengikut legenda, mengikut kepercayaan dan tradisi Tibet, Dalai Lama akan lahir semula. Selepas meninggal dunia, beliau akan lahir semula tetapi di Tibet, baiklah. Mungkin ini kerana di Tibet, orang terus mengamalkan tradisi yang sama dan mengekalkan tenaga ini. Jadi lebih senang bagi Dalai Lama lahir semula sekali lagi dalam jenis suasana spiritual itu. Tetapi begitu pun, beliau tak sentiasa lahir semula di tempat yang sama, seperti keluarga yang sama, suku yang sama atau kampung yg sama, pekan yang sama, bandar yang sama. Hingga kini, Dalai Lama sentiasa dilahirkan di kawasan-kawasan yang berlainan.

Sebab itulah mereka ada majlis biksu, biksu senior dan biksu terus mata untuk pergi ke sana sini bagi mencari Dalai Lama baharu. Selepas Dalai Lama tua dah meninggal dunia, mereka pergi ke tempat-tempat yang berlainan dan jalankan banyak ujian untuk memastikan bahawa itu Dalai Lama baharu. Maka mereka boleh bawa dia ke mana-mana saja yang sesuai, baik atau ada banyak biksu senior yang baik untuk mengajar dia, mengingatkan dia bagaimana mengkaji agama Buddha Tibet semula dan mentadbir negara semula. Hari ini, mereka tiada negara lagi, jadi Dalai Lama perlu berada di India, di Dharamshala. Misalnya macam itu. Jadi jika anda berkeras hendak pergi ke tempat yg sama, rumah yg sama keluarga yang sama, malah ibu bapa yang sama untuk mencari Dalai Lama yang seterusnya, mencari Dalai Lama, maka anda akan kecewa. Anda takkan jumpai beliau.

Tapi sama juga, dlm banyak kepercayaan orang hanya menunggu, contohnya, Nabi Isa lahir semula di mana-mana saja dulu Baginda dilahirkan. Bagaimana mereka tahu? Bagaimana mereka tahu siapa ialah Nabi Isa jika Baginda lahir semula? Mungkin Baginda lahir semula di negara yang berlainan. Mungkin Baginda lahir semula sebagai seorang wanita. Siapa kata Baginda perlu lahir semula sebagai seorang lelaki?

Saya masih ingat dulu saya terbaca di sesuatu tempat dalam majalah di Amerika, mereka memetik ramalan Nabi Isa, berkata, “Saya akan lahir semula sebagai seorang wanita dan mereka takkan dapat cam saya.” Ya, saya terbaca ini di sesuatu tempat tetapi berdekad-dekad sudah berlalu. Saya tak ingat majalah itu lagi. Saya terbaca itu di Miami. Saya masih ingat itu dengan jelas sekali. Dalam salah satu majalah. Itu seperti majalah. Itu bukan akhbar harian, atau mungkin itu akhbar harian. Saya dah lupa, dah banyak dekad.

Jadi jika kita terus berdegil atau terlalu tetap dengan sesuatu tanggapan atau idea tentang Buddha harus berupa macam mana, Nabi Isa atau mana-mana Guru akan berupa macam mana, atau di mana Dia akan dilahirkan, maka kita akan terperdaya ke arah yang salah selama-lamanya. Jadi saya benar-benar nasihati anda semua supaya memikirkan itu. Mereka yang belum jumpai mana-mana Guru, fikirkanlah itu. Berdoalah dalam hati supaya Tuhan atau Guru akan membimbing anda untuk mencari Sumber spiritual yang akan memberi manfaat besar kepada anda.

Photo Caption: Di Hutan Bebas, Semua Makhluk Boleh Ketawa dgn Kuat

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (7/11)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-09-24
3911 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-09-25
3152 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-09-26
2808 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-09-27
3072 Tontonan
5
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-09-28
2586 Tontonan
6
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-09-29
2379 Tontonan
7
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-09-30
2194 Tontonan
8
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-10-01
2184 Tontonan
9
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-10-02
1896 Tontonan
10
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-10-03
1629 Tontonan
11
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-10-04
1721 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-10-09
423 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-10-09
602 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-10-08
433 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-10-08
743 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-10-08
123 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2025-10-08
126 Tontonan
Gaya Hidup Sihat
2025-10-08
145 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-10-08
826 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-10-07
1344 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android