Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Rasa Terima Kasih Raja Keamanan dan Raja Kemenangan, Bahagian 10 daripada 11

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Bukan sahaja melalui Guru agung tetapi juga melalui orang biasa yang Tuhan perintahkan supaya buat perkara luar biasa walaupun mereka hanyalah orang biasa seperti anda. Tetapi Tuhan beri mereka Rahmat itu untuk sebarkan kasih sayang, sebarkan Kebenaran, sebarkan Kehendak dan Ajaran Tuhan kepada semua orang tanpa mengira sama ada mereka percaya kepada Tuhan atau tidak.

Ada sesetengah ateis yang juga dinaikkan oleh Tuhan ke Syurga atau ke neraka untuk menunjukkan kepada mereka realiti di sebalik tabir fizikal ini, beritahu mereka Kebenaran dan supaya mereka boleh kembali ke hidup fizikal dan menyebarkan Berita Baik atau Kebenaran kepada orang lain – betapa Tuhan risau dengan teliti dan berbelas kasihan tentang anak-anak yang jahil.

HOST: Howard Storm seorang paderi Kristian, pelukis dan pengarang buku, ‘Kejatuhan Saya ke dalam Kematian: Peluang Hidup Kedua’.

Howard Storm: Dulu saya seorang ateis yg keras kepala. Kepercayaan saya ialah materialisme. Apa yang saya percayai, semua rakan PhD saya dan semua rakan saya percaya bahawa jika kita tak dapat ukurnya, lihatnya, timbangnya, kiranya, ia tidak wujud.

HOST: Pada usia 38 tahun, sementara membawa pelajar membuat lawatan seni ke Eropah, Howard pengsan dan dikejarkan ke hospital.

Howard Storm: Saya terjaga drpd tidak sedarkan diri itu dan kesakitan hilang. Saya terasa, “Saya begitu gembira. Saya lebih baik!” Saya berdiri di tepi katil sana. Saya berasa keliru dan gerun dengan adanya sesuatu di atas katil yang kelihatan sama seperti saya. Saya terdengar orang memanggil saya di luar bilik. Mereka berkata, “Howard, Howard, mari! Cepat! Kita perlu pergi! Kita perlu pergi!”

HOST: En. Storm mengikut orang-orang ini dan dibawa untuk membuat perjalanan jauh. Apabila persekitaran menjadi lebih gelap, dia beransur-ansur menyedari dirinya berada di neraka.

Howard Storm: Saya berfikir itu macam saya dipam ke bawah sistem pembetungan ke dalam penakung najis alam semesta. Saya bukan seorang anak yang baik, bukan seorang bapa yang baik, bukan seorang guru yang baik. Apa yang ganjil adalah saya tahu dlm hati bhw saya harus berada di sana. Neraka ialah pemisahan daripada Tuhan dan satu-satunya benda yang membuat neraka buruk ialah orang di sana. Tuhan tidak membuat neraka buruk. Saya menyedari, sangat sukar bagi saya katakan ini, tetapi saya menyedari bahawa orang ini ialah orang seperti saya yang menolak Tuhan dan menolak segala-galanya tentang Tuhan.

Jarrod Munny seorang ateis pada masa mengalami serangan jantung dan hampir mati. Dia dibawa ke neraka dan mengalami pembakaran fizikal di Tasik Api. Dia ingat kembali:

VOICE: “Itu macam jari kaki saya berada di dalam api itu, berada di pinggir api itu. Itu mula bergerak ke dalam kaki saya. […] Saya tak dapat rasai kaki saya pun disebabkan oleh kepanasan pada kaki. Saya rebah ke atas kerusi semula dan itu mula bergerak ke atas hingga ke lutut saya. […] Saya tahu saya akan pergi ke neraka.

HOST: Jarrod juga nampak banyak orang di Tasik Api. Apabila ditanya bagaimana perasaannya tentang ini, dia kata dia tahu ini kerana mereka tidak menerima Tuhan. Dia rasai seksaan tak tertahan neraka penuh ketakutan ini. Entah kenapa, Jarrod mendapat Rahmat Tuhan. Sesuatu menarik dia balik, menghalang dia daripada masuk ke dalam neraka.

VOICE: Saya mula dapati bahawa di sekitar bahagian atas kawasan yang dalam dan luas itu terdapat salib yang ada cahaya ungu muda padanya. […] Sementara ia terapung di sana, saya terdengar suatu suara. […] Ada autoriti dalam suara ini tetapi tidak membenci sama sekali. […] Suara itu suara Nabi Isa. Baginda keluarkan kata-kata yang mudah tetapi mendalam ini, “Saya mati untuk kamu.”

HOST: Pengalaman hampir mati Jarrod adalah unik kerana dia keluar masuk dari badannya dua kali. Kali kedua dia alami padang rumput indah yang penuh dengan bunga di mana dia bertemu dengan Nabi Isa. Di padang rumput itu, Nabi Isa berjalan ke arahnya sambil membawa Buku Hidup. Apabila Jarrod lihat buku ini, dia tahu bahawa namanya tidak tertulis di dalamnya, bermakna waktu matinya belum tiba lagi. Selepas pengalaman ini, Jarrod bertaubat bersungguh-sungguh dan mula menjalin hubungan dengan Tuhan dan Nabi Isa melalui pergi ke gereja dan membaca Bible.

Bekas ateis dan CEO bioteknologi Randy berkongsi bagaimana pengalaman hampir mati ubah kepercayaannya secara radikal: Selepas krisis perubatan, dia mendapati dirinya berada di alam Syurga yang indah bersama Nabi Isa (vegetarian) yang membimbing dia melalui tinjauan semula hidup yang jelas. Dia alami semula detik yg menyakitkan termasuk menenangkan seorang budak berusia 7 tahun yang hadapi ajal yang berdoa untuk dia. Randy menyedari bahawa Nabi Isa sentiasa bersama dia semasa dia menafikan kewujudan-Nya pun. Randy pernah cuba menyangkal TUHAN tetapi pengalaman ini menyebabkan dia percaya kepada Tuhan sepenuhnya. Sekarang dia menggesa orang lain terutama orang yang skeptikal supaya pertimbangkan semula siapa itu TUHAN – bukan pengadil yang mengutuk tetapi Kehadiran yang sentiasa pengasih, berikan berkat dan kegembiraan. Mesej-Nya adalah mudah: TUHAN sentiasa wujud, menunggu dia bertaubat dan kembali kepada Dia, dan Dia menunggu anda juga.

Dan lain-lain…

Banyak atau kebanyakan orang tidak pedulikan itu. Mereka hanya risau tentang kemasyhuran, kekayaan dan tidak peduli siapa hidup, siapa mati, tidak peduli sama ada makanan yang mereka makan penuh dengan seksaan, penuh dgn karma yang akan menimpa mereka. Mereka akan menderita sebanyak orang-haiwan itu menderita kerana tidak banyak orang ada banyak pahala dari hayat lampau untuk menghapuskan dosa dalam hayat ini atau hayat seterusnya.

Sesetengah orang masih dapat pergi ke Syurga, Syurga rendah, kerana mereka ada pahala Syurga dari hayat lampau atau mungkin dalam hayat ini mereka buat sesuatu yang baik terhadap Guru spiritual atau pengamal spiritual, atau anak murid Mereka pun. Jadi meskipun mereka mati, atau banyak menderita sebelum mati, mereka tetap boleh mendapat Belas Kasihan Tuhan atau Santo seperti Nabi Isa, Buddha untuk menaikkan mereka ke Syurga, kemudian mereka boleh terus mempelajari pelajaran spiritual, kemudian dapat menaik semakin tinggi. Tetapi sangat jarang.

Mereka dapat menaik lebih tinggi daripada Peringkat Ketiga hanya jika mereka ada Guru hidup yang merupakan tiang hidup Kasih Sayang Tuhan, Rahmat Tuhan, Belas Kasihan Tuhan, Berkat Tuhan, dan melalui hubungan fizikal dengan Guru hidup ini, dapat melepasi Tiga Alam dan menaik lebih tinggi. Biasanya jika mereka dapat menaik paling tinggi, itu Peringkat Kelima. Hanya Orang Istimewa seperti Tim Qo Tu akan bawa anak murid-Nya menaik lebih tinggi drpd itu, lebih tinggi drpd Kesepuluh, menaik lebih tinggi daripada Kesebelas, atau Peringkat Kedua Belas. Tiada peringkat yang lebih tinggi daripada Peringkat Kedua Belas yang dapat manusia capai. Kerana mereka sudah banyak tercemar di dunia fizikal atau di neraka sebelumnya.

Saya tertanya-tanya berapa banyak daripada anda dengar atau percayai apa yang saya beritahu anda tetapi saya perlu lakukannya juga. Apa lagi yang boleh saya buat jika saya tidak beritahu anda segalanya yg benar? Apa lagi yang boleh saya buat utk anda? Jadi saya lakukannya walaupun ada segala salah tuduh, segala perkara buruk yang didesas-desuskan tentang saya, segala maklumat salah, segala fitnah, segala mudarat fizikal, segala mudarat mental, risiko keselamatan dan segala jenis ancaman.

Jika saya ada masa untuk beritahu anda, anda boleh membuat filem kisah sebenar yg terbaik di Hollywood. Saya boleh menulis banyak buku dan ada buku laris tetapi saya tiada masa untuk semua itu. Ia tidak sepenting saya beritahu orang perkara sebenar dan mereka akan memilih jalan mana yang nak diikuti. Itu lebih baik daripada membuat diri saya terkenal, menulis buku atau filem dan sebagainya.

Kadangkala saya tergoda untuk menulis buku kerana hidup saya ada begitu banyak perkara, yang tak dapat anda bayangkan: buruk dan baik; berkat dan juga seksaan disebabkan karma orang di dunia. Saya menderita untuk mereka walaupun mereka bukan anak murid saya hanya kerana kita dihubungkan oleh Kasih Sayang Tuhan.

Jika anda benar-benar ada kepercayaan dan ada Guru yang baik, kaedah yang baik seperti Kaedah Quan Yin yang saya transmisikan, maka suatu hari nanti anda akan lihat bahawa anda berada dalam segalanya. Pada masa itu, anda bersatu dengan Tuhan kerana Tuhan ada di dalam segalanya.

Semoga anda semua ada tuah spiritual. Kami ada Supreme Master Television supaya setelah saya beritahunya, ia akan bergema di seluruh dunia dan mungkin menyentuh roh anda. Meskipun anda tidak temui mana-mana Guru dalam hayat ini atau tidak datang kepada saya pun, benihnya telah disemaikan. Otak anda, ego anda, minda anda mungkin menolak kata-kata saya tetapi roh anda akan menerimanya. Itu seperti benih disemaikan di sana, kemudian lama-kelamaan ia akan bertumbuh menjadi pokok spiritual yang besar. Maka anda akan mendapat pembebasan. Anda akan menjadi santo. Sekurangnya itu saja yg boleh saya buat.

Dulu saya pergi ke seluruh dunia dan berkhutbah di negara ini, negara itu tetapi tak banyak orang yang berada di sana selepas itu untuk inisiasi. Anda tak dapat hanya dengar kata-kata saya dan menjadi Buddha atau memperoleh Kesedaran Diri. Tidak, anda perlu beramal. Sebab itulah selepas khutbah, saya sentiasa mengajar orang, bukan sahaja dengan kata-kata tetapi juga dengan memindahkan Tenaga langsung Tuhan, Ajaran langsung Tuhan di dalam.

Semasa saya bercakap, dah tentu, ada Berkat secara langsung daripada Tuhan, tetapi peratusannya adalah kurang drpd jika anda diinisiasi dan berhubung secara langsung dengan Tenaga daripada Tuhan melalui kehadiran saya. Maka anda akan menjadi lebih cepat, lebih bermakrifat dan pasti dengan pembebasan dalam satu hayat. Kerana apabila saya memberi inisiasi atau mewakilkan dan berikan Kuasa buat sementara waktu untuk inisiasi itu dan jika anda berada di sana, anda akan mewarisi kuasa yang berbeza dan akan mendapat pembebasan dalam satu hayat.

Photo Caption: Hidup Begitu Berwarna-warni, Mengingatkan Kita tentang Syurga

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (10/11)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-09-24
3911 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-09-25
3152 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-09-26
2808 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-09-27
3072 Tontonan
5
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-09-28
2586 Tontonan
6
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-09-29
2379 Tontonan
7
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-09-30
2194 Tontonan
8
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-10-01
2184 Tontonan
9
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-10-02
1896 Tontonan
10
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-10-03
1629 Tontonan
11
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-10-04
1721 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-10-09
423 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-10-09
602 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-10-08
433 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-10-08
743 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-10-08
123 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2025-10-08
126 Tontonan
Gaya Hidup Sihat
2025-10-08
145 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-10-08
826 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-10-07
1344 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android