Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Rasa Terima Kasih Raja Keamanan dan Raja Kemenangan, Bahagian 8 daripada 11

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Tapi sama juga, dlm banyak kepercayaan orang hanya menunggu, contohnya, Nabi Isa lahir semula di mana-mana saja dulu Baginda dilahirkan. Bagaimana mereka tahu? Bagaimana mereka tahu siapa ialah Nabi Isa jika Baginda lahir semula? Mungkin Baginda lahir semula di negara yang berlainan. Mungkin Baginda lahir semula sebagai seorang wanita. Siapa kata Baginda perlu lahir semula sebagai seorang lelaki? Saya masih ingat dulu saya terbaca di sesuatu tempat dalam majalah di Amerika, mereka memetik ramalan Nabi Isa, berkata, “Saya akan lahir semula sebagai seorang wanita dan mereka takkan dapat cam saya.” [...]

Jadi jika kita terus berdegil atau terlalu tetap dengan sesuatu tanggapan atau idea tentang Buddha harus berupa macam mana, Nabi Isa atau mana-mana Guru akan berupa macam mana, atau di mana Dia akan dilahirkan, maka kita akan terperdaya ke arah yang salah selama-lamanya. Jadi saya benar-benar nasihati anda semua supaya memikirkan itu. Mereka yang belum jumpai mana-mana Guru, fikirkanlah itu. Berdoalah dalam hati supaya Tuhan atau Guru akan membimbing anda untuk mencari Sumber spiritual yang akan memberi manfaat besar kepada anda.

Katakan seperti dlm agama Buddha Tibet banyak Tulku telah dilahirkan, bermaksud Buddha hidup telah dilahirkan. Tetapi orang perlu mengenal mereka dan perlu bawa mereka ke dalam komuniti biksu dan guru Tibet untuk mengajar semula Tulku baharu itu, Buddha baharu. Dalai Lama agung pun, ketua semua biksu dan biksuni Tibet serta semua penganut Buddha yang taat, tetap perlu dijumpai, perlu dibimbing semula untuk masa yang panjang. Sementara itu, beliau juga memerintah negara, memimpin rakyat.

Jadi jika anda rasa anda boleh menjadi Buddha hanya kerana anda umumkannya macam itu, atau sesiapa saja, seseorang yang mendakwa bahawa dia ialah ‘Putera bongsu Tuhan’. Ya Tuhan. Itu macam Tuhan ada keluarga duniawi, sesuatu jenis harem. Ada satu demi satu anak! Mengapa anda begitu terdesak hendak menjadi terkenal sehingga katakan apa-apa saja dan buat segala jenis perkara yang kelihatan begitu bodoh dan tak masuk akal? Anda semua yang berfikir mana-mana agama, mana-mana -isme ialah mainan anda untuk dimain atau sejenis batu loncatan untuk anda memanjat tangga ke kedudukan tertinggi atau pertengahan, untuk menjadi terkenal, dipuja dan ditawari wang atau apa-apa saja, fikirlah baik-baik, ada maruah sikit, ada kejujuran sikit. Jika tidak, anda akan pergi ke neraka sedalam mungkin yang tak dapat anda bayangkan kerana anda belum mengetahuinya. Anda tidak percayainya, jadi anda boleh buat apa-apa saja. Anda berani buat apa-apa saja, berani katakan apa-apa saja.

Tetapi anda tak tahu bahawa Syurga dan neraka dengarnya. Akan tibanya masa anda mengetahuinya. Kemudian dah terlambat, dah terlambat untuk melepaskan diri. Cubalah sekarang, berfikir semula arah hidup anda. Hidup dengan jujur, ikhlas, berdoa, bertaubat untuk menyelamatkan roh anda sendiri. Tetapi sebagai hantu ghairah seperti diri anda, adalah diragui anda akan bertaubat dan berubah menjadi lebih baik. Harap-harap kata-kata benar saya yang terdedah dapat menyedarkan sesetengah orang yg mudah terpengaruh untuk kembali kepada Ajaran sebenar, tidak membuang masa dan tenaga yang berharga dlm hidup manusia yg singkat untuk belajar sampah!! Jika tidak, saya pun tak dapat bantu anda Saya bukan beritahu anda semua ini untuk buat anda datang menjadi anak murid saya. Saya tahu anda takkan buat begitu kerana ego anda terlalu besar. Anda dah ada 82% ego, lebih banyak daripada diktator pun! Ya Tuhan! Dan katakan segala perkara karut dan palsu, memperdaya orang macam itu, karma anda dah terlalu banyak. Tiada Guru yang akan menerima anda! Meskipun anda datang kepada saya, saya tak tahu sama ada saya nak menerima anda dengan segala karma dan ego anda.

Meskipun seperti yang anda dakwa bahawa anda ialah “Putera Bongsu Raja Syurga – tiếng Việt là Con Út của Ngọc Hoàng Thượng Đế”. Itu kata-kata anda sendiri, tak tahu malu! Kemudian mengajar orang supaya melempar duit syiling ke dlm kolam kecil utk menjadi bertuah. “Apa-apa yang kamu hasratkan akan menjadi kenyataan.” Anda bergurau ke? Duit syiling kecil, bagaimana ia mengubah nasib anda? Ajaran macam itu tetapi anda panggil itu spiritual? Anda berkata bahawa itu drpd Tuhan dan perlu bergantung kpd duit syiling untuk berikan tuah kepada orang? Jadi anda memang ada kuasa Sifar!! Jelasnya, anda hanya bercakap karut untuk menipu orang. Berhentilah berfikir tentang orang dengan tiada rasa hormat, seolah-olah mereka bodoh di bawah anda dan senang ditipu untuk kemasyhuran dan untung!!! Jadi tak perlukan Buddha, tak perlukan Nabi Isa, hanya hidup berdosa, kemudian anda akan mendapat apa-apa saja yang anda hasratkan dgn hanya lempar duit syiling ke dalam kolam?? Itu ajaranmu? Tak tahu malu ke?!!! Anda ini memang pekerja Maya. Anda anti-Buddha, anti-Christ! Dan berani suruh orang memanggil anda sebagai Guru! Ya Tuhan. Menggelar diri sebagai ‘Putera bongsu Syurga’? Ya Tuhan, tiada logik, logik fizikal, apalagi arah spiritual atau apa-apa. Anda tak tahu apa-apa pun. Anda tak dapat ajarkan apa-apa pun. Anda tidak belajar apa-apa pun, mana dapat anda mengajar orang?

Okey, hanya buatnya mudah untuk anda faham, seperti di tadika. Jika orang percayai kepercayaan karut, mengikut ajaran anda dan sentiasa melempar duit syiling ke dalam kolam air, bayangkan, menyekat semua aliran air, meridian naga dan kerajaan perlu pergi meminta atau saling berlawan untuk mendapatkan logam bagi mengeluarkan lebih banyak duit syiling hanya untuk mereka lempar ke dalam air! Orang tak nak bekerja, hanya habiskan masa untuk mencari lebih banyak kolam bagi melemparkan lebih banyak duit syiling kerana percayai apa yg anda katakan – perbuatan ini akan membawa segala tuah, apa-apa saja yang mereka nak dapat!!! Bagus, kan?!?! Adakah itu bagus? Oh! Berdoalah kepada Tuhan. Bertaubat kpd Buddha. Saya beritahu anda kerana saya rasa bersimpati dengan anda. Kerana anda begitu terdesak hendak menjadi terkenal sehingga anda memudaratkan diri dan bawa orang ke neraka bersama anda!

Jadi hentikannya, pergi bertaubat, cuba cari seorang Guru atau buat sesuatu. Berdoa kepada Tuhan, bertaubat kepada Buddha. Saya beritahu anda kerana saya rasa bersimpati dengan anda, kerana anda begitu terdesak hendak menjadi terkenal sehingga anda memudaratkan diri dgn bercakap karut, bercakap bohong hanya untuk menarik orang datang, menghormati anda, memuja anda dan berikan wang, harta benda atau apa-apa seperti itu kepada anda. Pengamal sebenar tak harus berkelakuan macam itu – bawa orang yang tak tahu apa-apa ke neraka. Jika anda sudah salah, sekurang-kurangnya anda seorang diri, tidak memudaratkan sesiapa pun. Tetapi jika anda nak menjadi besar, menarik banyak orang, maka karma anda sangat besar, lebih besar daripada angkasa. Fikirkanlah itu. Jika anda menyesatkan orang atas apa-apa sebab pun, maka anda harus berhenti kerana anda belum capai Peringkat Astral pun. Dah tentu, apabila anda capai seperti Peringkat Astral, asura, A-tu-la, maka mungkin anda ada sedikit tarikan, mungkin anda dapat menarik sebilangan orang kepada anda. Tetapi jangan terlalu megah, jangan menyesatkan diri sendiri. Anda belum capai sana pun, Syurga paling rendah. Sebab itulah tiada sesiapa yang dapat cari namamu kecuali di neraka. Anda akan bawa diri sendiri ke neraka dan orang yang percaya kepada anda akan pergi ke neraka juga.

Jangan kata anda tidak diberi amaran. Anda semua entiti palsu dan peringkat rendah, penipu, pencatut drpd orang yg tak tahu apa-apa, bercakap karut dan memperdaya orang ke neraka, memuja ular dan kepalsuan serta menipu orang yg mudah terpengaruh – semua itu mesti berhenti. Hentikan teater anda sekarang juga. Jika tidak, pengawal Syurga akan merantai anda tak lama lagi dan berikan hukuman neraka kepada anda. Bertaubatlah dan memohon ampun Tuhan agar neraka akan melepaskan anda sebelum terlambat. Semua guru spiritual palsu atau buddha palsu daripada Falun Gong, ‘Putera bongsu Tuhan’ ini, sadguru ular dan seumpamanya – hentikanlah segala kepalsuan, penipuan Maya supaya Pengadilan Syurga akan berlembut dan ampunkan dosa anda. Mendakwa diri sbg Santo secara palsu ialah dosa terbesar. Anda tahu akan itu. Anda boleh baca kitab Buddha jika anda tak tahu akan itu. Ia ada dinyatakan di dalamnya, dalam kitab Buddha.

“Ānanda, ini ialah sepuluh keadaan dhyàna yang menyebabkan agakan bukan-bukan kerana pengamal bergantung kepada delusi dan menganggap pencapaian yang tidak cukup sebagai kesedaran penuh. Ia disebabkan oleh percampuran agregat kesedaran kelima dengan minda penuh tafakur. Orang terperdaya dan tidak terkawal yang tidak mengetahui keupayaan diri biarkan fikiran mereka ghairah dengan tabiat lama dalam keadaan yang sekarang terjelma ini dan yang mereka anggap sebagai tempat tertinggi. Mereka akan dgn tidak betul umumkan bahawa mereka telah menyedari Bodhi Tertinggi dan dengan itu akan melanggar peraturan tidak berbohong, dengan itu wujudkan karma buruk pembidaah dan syaitan jahat yang akan hantar mereka ke neraka tanpa henti.” ~ Kitab Surangama

Anda mesti mengkaji baik-baik. Penganut Buddha sebenar tidaklah macam itu. Agama Buddha sebenar, Buddha tidak mengajarkan perkara karut sebegini, seperti lambaikan tangan, ayunkan kaki untuk seketika, kemudian anda menjadi Buddha. Putera Syurga palsu itu malah mendakwa bahawa Buddha tak boleh membentuk agama, tak dibenarkan, tetapi pembohong, Putera palsu ini boleh!!! Berani anda menghina Buddha? Anda benar-benar rindui neraka, tak dapat pulang ke sana dengan cukup cepat!! Mungkin anda mendapat faedah palsu, mungkin kuasa ajaib gelap rendah atau sesuatu kerana jika anda berlatih, bertumpu pada sesuatu, maka otak relaks juga, kemudian sebahagian daripada sifat baik anda muncul tetapi peringkat rendah, Peringkat Astral adalah maksimum. Dan memuja ular dan sebagainya secara terbuka di depan beribu-ribu orang, ke mana anda bawa mereka? Ke lubang ular? Adakah terdapat apa-apa Syurga yang ada ular di sana untuk anda puja? Pernah anda dengar dalam mana-mana agama?

Atau Buddha berkata bahawa ada syurga ular atau Nabi Isa berkata bahawa ada syurga ular? Ular ialah raja di sana? Tidak wujud pun. Ular hanya boleh menjalar dengan perlahan-lahan, terkial-kial di atas tanah, di atas segala jenis rupa bumi. Tetapi ular tak dapat bawa anda ke tempat lain. Sesetengah orang-ular, tahulah, mereka juga ada roh dan juga ada pahala, mungkin dari hayat lampau yang lain, jadi mereka akan terus menjalankan amalan yang mereka tahu. Kemudian dalam beratus-ratus atau beribu-ribu tahun, mereka dapat jelmakan bentuk manusia. Mereka ada kuasa ajaib dan sebagainya tetapi ini sangat rendah, maksimum ialah Peringkat Astral atau peringkat syaitan. Mana boleh anda memimpin orang untuk memuja ular? Huh? Dan memanggil itu ‘lambang keabadian’? Anda bergurau ke? Anda pasti bergurau atau anda pasti benar-benar tiada IQ.

Hidup ular tidak bertahan lama. Orang-ular yang beramal pun, sesetengahnya beratus-ratus atau beribu-ribu tahun maksimum, dan mereka bertukar. Mereka berevolusi jadi sesuatu yang lain atau menjadi manusia. Itu tahap maksimum mereka, atau mereka menjadi syaitan. Mereka tidaklah selama-lamanya. Hanya Buddha adalah selama-lamanya, Tuhan adalah selama-lamanya, Nabi Isa adalah selama-lamanya. Sesiapa yang memuja Tuhan, hormati Tuhan, hormati Santo dan Orang Suci seperti Buddha atau Nabi Isa boleh anda terima. Apa-apa yang lain, anda mesti tahu, mereka palsu, berperingkat rendah. Mereka langsung tak dapat buat apa-apa untuk bantu anda. Mereka tidak membantu diri sendiri pun. Mereka menuju ke arah yang tidak betul. Mereka katakan perkara yg tidak betul. Mereka akan pergi ke neraka akhirnya.

Photo Caption: Sentiasa Ada Cahaya dalam Kegelapan, Carilah Seseorang yang Tahu di Mana Nak Tunjukkan kepada Anda!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (8/11)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-09-24
3911 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-09-25
3152 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-09-26
2808 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-09-27
3072 Tontonan
5
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-09-28
2586 Tontonan
6
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-09-29
2379 Tontonan
7
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-09-30
2194 Tontonan
8
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-10-01
2184 Tontonan
9
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-10-02
1896 Tontonan
10
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-10-03
1629 Tontonan
11
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-10-04
1721 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-10-09
423 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-10-09
602 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-10-08
433 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-10-08
743 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-10-08
123 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2025-10-08
126 Tontonan
Gaya Hidup Sihat
2025-10-08
145 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-10-08
826 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-10-07
1344 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android