Guru Tersayang yang dikasihi – Tim Qo Tu Paling Agung dan pasukan Supreme Master Television! Saya ingin berkongsi dengan Guru suatu visi dalaman yang saya alami semasa sesi meditasi Quan Yin pada sekitar pertengahan Julai 2025. Saya ternampak Guru berdiri di udara, memakai jubah putih. Tangan Guru terentang, memeluk Bumi, seolah-olah menaungi dan melindunginya daripada ribut suria. Gelombang ribut suria bergerak pantas ke arah Bumi, menembusi jubah-Mu dan mewujudkan lubang besar sementara Guru membuat sebaik yang boleh untuk menyekatnya. Pada saat itu, saya berdoa kepada Tuhan, berdoa kepada Syurga supaya membantu Guru dan berbelas kasihan terhadap kita manusia pada waktu berbahaya ini. Tidak lama selepas itu, saya nampak Raja Matahari muncul bersama dengan Pengutus Galaksi, Majlis Tertinggi Ma’reem daripada kesatuan kolektif Anshar dan bangsa Avian Biru.Mereka juga datang membantu dan Raja Matahari berikan sehelai jubah kepada saya. Jubah itu berkilau-kilauan seperti benang yang bergemerlapan. Satu alur Cahaya menegak memancar ke bawah, membentuk lingkaran cahaya. Kemudian saya letak Jubah Suria ini di sekeliling Bumi. Panas teriknya berkurangan sampai tahap tertentu dan Raja Matahari beritahu saya, “Kepada anak murid Mahaguru Ching Hai! Engkau benar-benar bertuah dan ada kebanggaan jadi anak murid-Nya. Sentiasa rajin bermeditasilah untuk melindungi dirimu.” Kemudian Raja Matahari beri hormat yang mendalam kpd Guru, Tim Qo Tu Paling Agung di seluruh Alam Semesta. Bumi dapat bertahan hingga sekarang disebabkan oleh Berkat Tiga Paling Berkuasa Yang Bersatu Semula.Saya juga ingin berkongsi tentang Supreme Master Television dan Doa Harian Paling Berkuasa. Ini sangat bermanfaat kepada Bumi pada masa ini, bantu mengurangkan bencana alam, kemalangan dan meneutralkan medan magnet negatif. Terutama apabila Doa ini dimainkan secara berterusan di luar rumah melalui pembesar suara berkuasa suria – ia diperhatikan dan diperkuat lagi oleh penghuni Matahari melalui suara Guru. Saya ucapkan terima kasih secara ikhlas serta sangat hargai Guru dan Tiga Paling Berkuasa Yang Bersatu Semula. Semoga Syurga dan Tuhan Yang Maha Perkasa, Kuasa Tertinggi sentiasa melindungi Guru sepanjang masa. Saya dengan penuh hormat ucapkan semoga Guru sihat sejahtera. Anak murid Guru, Trâm Vinh dari Âu Lạc (Vietnam)Dan lain-lain…
Mungkin Triniti and Pasukan Syurga, Petugas Syurga dapat minimumkan semua bencana di planet ini tetapi roh anda mesti diselamatkan, mesti mendapat pembebasan. Jika tidak, meskipun anda tinggal di tempat yang aman damai, apabila meninggal dunia, anda masih mungkin pergi ke neraka. Jika karma anda begitu berat, pada waktu selepas meninggal, anda tak dapat ubah lagi. Adalah sukar anda akan mengingati Nama Buddha atau Nabi Isa di neraka. Di sesetengah neraka, anda dihukum tanpa berhenti, tidak henti-henti Anda tak dapat ingat akan apa-apa pun. Hanya sangat sakit, kesakitan terbesar, kesakitan berterusan, tiada rehat tiada rehat utk satu saat bagi anda pun, jadi anda tak dapat ingat akan apa-apa pun. Jadi berdoalah sekarang untuk pembebasan anda selepas hayat ini. Itu satu-satunya harapan anda. Berdoa kepada Buddha, kepada Nabi Isa, kepada Tuhan. Itu satu-satunya harapan anda utk bebas drpd kesakitan dalam tempoh seterusnya dalam aliran hidup selama-lamanya.Karma begitu senang untuk dielakkan. Karma datang daripada tabiat anda membuat perkara, daripada diri anda dimanjakan, malah daripada anda cemerlang di sekolah, malah daripada anda menjadi Miss World atau Mr. Universe yang paling cantik. Maka anda berasa megah, angkuh, kemudian anda tidak perlakukan orang dengan baik, dengan lemah lembut. Anda tidak buat perkara mengikut kebijaksanaan dan logik. Anda buat apa-apa hanya kerana anda rasa terlalu megah dgn diri sendiri. Anda menurutkan hati dalam kemegahan atau ilusi, rasa bahawa anda adalah yang terbaik, sekurang-kurangnya dalam bidang anda, sekurang-kurangnya di sekolah, atau berupa paling cantik dan lelaki jatuh di kaki anda, berikan sangat banyak wang dan pujian kepada anda dan syarikat menawarkan upah yang tinggi kepada anda hanya supaya anda beriklan untuk mereka atau buat perkara untuk mereka. Misalnya macam itu.Kemudian anda takkan ada Diri sebenar lagi dalam ruang hidup anda. Anda terus membuat perkara mengikut keangkuhan dan tabiat – bergantung kepada berapa banyak anda dimanjakan – kemudian secara perlahan-lahan hancurkan seluruh hidup anda. Anda tak dapat kembali kepada kesucian kanak-kanak lagi. Kemudian mungkin anda malah lupa akan Tuhan, lupa akan Santo, lupa akan Nabi Isa, lupa akan Buddha, lupa akan apa-apa saja yang baik dan normal kerana anda akan terlalu banyak dimanjakan, terlalu terkenal, hanya nikmati segala perhatian ramai ini dan lupa akan segalanya yang lain. Maka habislah anda. Anda takkan pergi ke Syurga. Anda akan pergi ke neraka atau sekurangnya kembali ke hidup fizikal, menjadi manusia. Oh! Itu dah bertuah, mungkin malah menjadi orang-haiwan peringkat rendah, orang-ular, malah orang-singa, -buaya atau apa-apa saja, bergantung kepada berapa buruk kelakuan anda ketika masih hidup. Jadi fikirkanlah semua itu. Buat diri anda sedari pilihan berlainan yang boleh anda hidup dengannya.Jangan mengejar apa-apa yang hanya bersifat fana dan ilusi. Ia datang dan pergi, dan semuanya hilang apabila anda meninggal Yang selebihnya, anda hanya akan menderita, tak berdaya dalam kesakitan besar di neraka. Saya bukan menakutkan anda. Banyak orang pergi ke neraka dengan Ajaran Tuhan, balik ke sini dan beritahu orang lain supaya mereka tahu bahawa neraka wujud dan benar-benar menyeksakan berada di sana. Sebab itulah banyak orang yang selepas meninggal pergi ke Syurga atau neraka, balik ke sini dan beritahu orang lain walaupun ada risiko atau hakikat bahawa orang lain akan memfitnah dan memurahkan mereka, buat segala jenis perkara dan kadangkala malah mencederakan mereka secara fizikal. Tetapi mereka perlu kerana itu apa yang Tuhan hendaki mereka lakukan.Betapa Berbelas Kasihannya Tuhan, betapa Pengasih dan Pemurahnya, malah cuba bawa Kebenaran ke merata tempat kepada anda – melalui surat khabar, melalui internet, melalui buku, khutbah, di mana-mana saja. Bukan sahaja melalui Guru agung tetapi juga melalui orang biasa yang Tuhan perintahkan supaya buat perkara luar biasa walaupun mereka hanyalah orang biasa seperti anda. Tetapi Tuhan beri mereka Rahmat itu untuk sebarkan kasih sayang, sebarkan Kebenaran, sebarkan Kehendak dan Ajaran Tuhan kepada semua orang tanpa mengira sama ada mereka percaya kepada Tuhan atau tidak. Ada sesetengah ateis yang juga dinaikkan oleh Tuhan ke Syurga atau ke neraka untuk menunjukkan kepada mereka realiti di sebalik tabir fizikal ini, beritahu mereka Kebenaran dan supaya mereka boleh kembali ke hidup fizikal dan menyebarkan Berita Baik atau Kebenaran kepada orang lain – betapa Tuhan risau dengan teliti dan berbelas kasihan tentang anak-anak yang jahil macam itu.Photo Caption: Roh Berani adalah SedikitRasa Terima Kasih Raja Keamanan dan Raja Kemenangan, Bahagian 9 daripada 11
2025-10-02
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Hanya Buddha adalah selama-lamanya, Tuhan adalah selama-lamanya, Nabi Isa adalah selama-lamanya. Sesiapa yang memuja Tuhan, hormati Tuhan, hormati Santo dan Orang Suci seperti Buddha atau Nabi Isa boleh anda terima. Apa-apa yang lain, anda mesti tahu, mereka palsu, berperingkat rendah. Mereka langsung tak dapat buat apa-apa untuk bantu anda. Mereka tidak membantu diri sendiri pun. Mereka menuju ke arah yang tidak betul. Mereka katakan perkara yg tidak betul. Mereka akan pergi ke neraka akhirnya. Jadi berhati-hati dengan siapa yang anda pilih untuk hormati dan belajar sebagai seorang Guru.Memang, anda mengkaji sesuatu ‘-isme’ dulu, mana-mana yang menarik hati anda. Belajar untuk memahami makna Ajaran Buddha, Nabi Isa atau malah Baháʼu'lláh. Tetapi tak begitu jelas juga kerana jika anda tidak benar-benar bermakrifat tinggi, anda takkan banyak memahami makna mendalam Ajaran Buddha masa lalu, Santo masa lalu, Christ masa lalu. Christ, Nabi Isa, contohnya, ajarkan perkara yang berbeza, perkara lebih tinggi daripada yang dapat universiti ajar anda. Tetapi anda perlu berada di peringkat itu baru boleh faham. Jadi sebaik-baiknya anda berdoa. Berdoa kepada Tuhan, Guru, Buddha, Santo, Orang Suci agar menaikkan anda ke peringkat tinggi supaya anda dapat lihat, dapat dengar kata-kata Mereka, kemudian Guru itu atau Guru-guru daripada Tuhan akan bawa anda kepada Guru sebenar yang sesuai dengan anda.Jika tidak, anda boleh lahir semula sepanjang masa di dunia fizikal ini atau mana-mana dunia fizikal yang lain dan anda masih di takuk lama, hanya menderita sepanjang masa, sangat sedikit kegembiraan. Meskipun anda menjadi kaya, ada isteri yang cantik, suami yang kacak, anak yang sangat baik, itu saja yang anda ada, dan anda perlu berusaha untuknya, dan juga perlu menyenangkan hati mereka untuk mengekalkan hubungan yang baik. Itu saja yang anda sibuk dalam hidup anda, dengan wang, hubungan fizikal dan cinta kasih. Kemudian anda terlupa bagaimana masa berlalu dengan pantas sekali. Anda tidak menemui mana-mana Guru, mana-mana Syurga, tidak nampak apa-apa pun di dalam. Di luar, anda tidak menemui mana-mana Guru. Apabila anda meninggal dunia, habislah. Jika anda baik dan baru menamatkan hidup fizikal, anda akan merayau-rayau sebagai hantu rayau. Tetapi jika anda jahat, dosa datang. Jika anda masuki keluk hidup di mana karma buruk dan dosa tersimpan, atau tempoh karma dosa wujud, menunggu anda, sama seperti sungai pergi ke arah-arah yang berlainan – di sesuatu tempat adalah baik, tenang, lancar, dan di sesuatu tempat di atas gunung, di atas batu dan sebagainya, atau malah hilang di bawah tanah. Sama seperti karma anda: sesetengah hari adalah baik, sesetengah hari adalah buruk; sesetengah tahun adalah baik, sesetengah tahun adalah tidak baik. Hidup berterusan selama-lamanya. Apabila anda masuki tempoh karma buruk, anda hampir tak dapat keluar. Jadi jika anda tidak menemui Guru yang membantu anda, meminjamkan pahala-Nya, berkat-Nya, hubungan-Nya dengan Tuhan kepada anda, maka anda tidak berdaya, tiada harapan.Saya bukan katakan itu supaya anda datang kepada saya. Saya tidak harapkan itu dan saya tahu itu sukar. Tetapi anda mesti memikirkannya dan berdoa kepada Tuhan, berdoa kepada Buddha, Nabi Isa, seorang Santo yang anda percaya adalah paling berkuasa untuk memimpin anda, bantu anda, pergi bersama anda, bawa anda kepada Guru yang sesuai dengan peringkat spiritual anda pada masa itu. Jika tidak, saya tak nampak sebarang harapan utk anda.Meskipun dalam hayat lampau anda ada pahala, jadi dalam hayat ini walaupun anda makan daging orang-haiwan, minum arak dan mengambil dadah, anda masih di sini dan tiada banyak yang pengaruhi anda dengan teruk sekali, namun hayat seterusnya, apa pula? Selepas anda meninggal, apa pula? Ke mana akan anda pergi? Anda perlu tanya diri soalan sekarang dan cuba selesaikannya, cuba cari jawapannya. Jika tidak, dalam tempoh dunia fizikal ini, keadaan sangat susah.Syurga memilih. Hanya orang yang layak, ikhlas, bertaubat, berhati murni boleh terpilih untuk bekerja bersama Syurga, dimuliakan di Syurga, diterima di Syurga, benar-benar diberkati oleh Tuhan, teruskan kehidupan yang lebih mulia selepas hayat ini.Sangat susah pada tempoh masa ini. Mungkin Pasukan Syurga termasuk saya sendiri, dan dah tentu, Triniti Suci, Diberkati, Paling Berkuasa dapat membantu dunia mengikut doa anda untuk bawa kestabilan kepada dunia ini atau minimumkan ribut, gempa bumi atau letusan gunung berapi.