Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Rasa Terima Kasih Raja Keamanan dan Raja Kemenangan, Bahagian 6 daripada 11

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Anda perlu benar-benar ikhlas semasa melafaz, bertumpu semasa membina dan bertaubat dalam hati. Bertaubat dengan rendah diri dan percaya bahawa anda membuat kerja baik. Demi memberi hormat kepada Santo, Orang Suci, Buddha, demi mengingati Tuhan, anda membina tokong, membina gereja, bukan hanya untuk orang lain tahu dan bubuh nama anda pada batu bersurat memorial di tokong atau gereja supaya orang tahu bahawa anda hebat, bahawa anda kaya, bahawa anda murah hati dan buat tawaran besar kepada Tuhan, Santo dan Buddha. Bukanlah perbuatan luaran yang penting. Yang penting adalah di dalam, dalam hati anda, dalam fikiran anda – sama ada anda ikhlas atau tidak. Tapi tak mengapa, sesiapa pun amalkan apa yang mereka mahu. Ini dunia bebas dan sesiapa pun juga boleh ajarkan apa-apa saja yang mereka mahu. Tetapi anda kononnya anak murid saya. Saya perlu beritahu anda apa betul dan apa tidak.

Jika orang memuja orang-haiwan, orang-ular, -tikus atau segala jenis -haiwan, dan mengajar anda supaya buat begitu, malah menggelar diri sebagai ‘Satguru’, mendakwa diri sebagai Satguru, maka itu tidak ‘Sat’ sama sekali. ‘Sab’ bermaksud Benar. Tetapi jika anda tidak memuja Tuhan, memuja orang-haiwan sebaliknya dan memperdaya orang untuk beramal seperti anda, maka saya begitu kesal. Maka anda bukan ‘Sat’ sama sekali, apalagi guru spiritual. Satguru ialah seseorang yang telah capai Sat, bermaksud capai Kebenaran tinggi, Kebenaran ditentusahkan. Guru ialah seseorang yang merupakan Guru Spiritual. Tetapi jika anda tidak ajarkan Kebenaran dan anda sendiri belum tahu apa itu pun, maka anda tak boleh menggelar diri sebagai Satguru. Itu menyinggung perasaan semua Guru sebenar masa lalu, masa sekarang dan masa depan.

Jadi hentikanlah segalanya yg karut ini. Cuba cari Guru yang baik, merendah diri. pergi cari Mereka, duduk di kaki Mereka dan dengar Kebenaran yang Mereka khutbahkan jika Mereka baik. Guru sebenar, dah tentu, sukar nak cari. Anda perlu bergantung kepada tuah, keikhlasan, doa rendah diri kepada Tuhan agar anda dapat menemui Orang sebegini. Jika anda tak tahu, maka anda berdoa kepada Guru masa lalu atau Tuhan. Berdoa kepada Tuhan adalah baik. Berdoa kepada Guru masa lalu adalah sangat penting, sangat berkesan juga.

Seorang anak murid yang merupakan biksu saya ialah orang Eropah. Saya tak nak katakan negaranya, kalau-kalau terlalu ketara. Dia orang Eropah. Sebelumnya dia bekerja di luar – terlalu banyak arak, terlalu banyak berparti dengan orang sebaya dan pemuda, kehidupan yang lalai. Kemudian pada suatu hari, dia menderita dalam pemikiran mental. Dia dah cukup menahannya. Dia tahu itu tak betul. Jadi dia berdoa kepada Paramhansa Yogananda. Guru ini sudah meninggal dunia bertahun-tahun yang lalu tetapi dia berdoa kepada-Nya dengan ikhlas, berkata, “Tolonglah, selamatkan aku. Tolonglah, selamatkan aku. Aku tidak mahukan kehidupan macam ini. Tolonglah aku.” Kemudian Guru Paramhansa Yogananda membimbing dia kepada saya. Saya tak tahu akan semua ini selama bertahun-tahun. Maksud saya, saya tdk tanya anak murid banyak hal peribadi mereka. Tetapi berdekad-dekad berlalu, dia sudah mengikut saya selama banyak dekad. Baru-baru ini saja dia beritahu saya itu, hanya secara sampingan. Jika tidak, saya takkan tahu. Maksud saya, lama selepas banyak dekad baru dia beritahu saya pada suatu kali. Maksud saya, bukan baru-baru ini, seperti semalam atau sesuatu.

Jadi lihatlah, anda berdoa kepada sesiapa saja, mana-mana drpd anda yang benar-benar ingin membebaskan diri daripada hidup yang menyeksakan, tidak stabil dan sangat kucar-kacir ini. Maka berdoalah. Anda berdoa. Jangan berdoa agar Santo akan bimbing anda kpd saya atau apa-apa – hanya doakan apa-apa saja yang baik untuk anda, kepada Santo masa lalu pun. Tetapi Santo masa lalu baru-baru ini adalah paling baik, atau Santo yang ada sumpah utk menyelamatkan sesiapa saja yang berdoa kepada-Nya.

Contohnya, Buddha Amitābha. Dia ada sumpah besar seperti itu, iaitu sesiapa yang memanggil Dia, berdoa kepada Dia, Dia akan beri pembebasan kpd orang itu. Tetapi masalahnya, kita juga harus jalani kehidupan seperti Buddha. Hidup dan biar semua makhluk yg lain hidup, biar orang-haiwan hidup. Tidak bunuh mereka untuk dimakan. Tidak turut serta dalam perbuatan bunuh macam ini untuk bunuh orang-haiwan hanya untuk mengisi perut atau untuk rasa. Terutama hari ini, hidup tanpa produk atau rasa orang-haiwan atau apa-apa saja yg berkaitan dengannya atau mana-mana bahagian kecil daripadanya, itu begitu senang. Produk vegan ada di mana-mana saja.

Saya bukan katakan ini kepada anda kerana saya ingin beriklan untuk syarikat vegan saya. Tidak, kami ada syarikat yang sangat kecil saja, sekadar cukup untuk mengeluarkan untuk kami. Tetapi kami juga perlu beli produk lain kerana kami tidak buat segala-galanya. Kami buat sesetengahnya tetapi bukan segala-galanya. Mereka mengeluarkan apa-apa saja yang mereka paksa saya merasa banyak tahun dahulu. Tetapi hari ini anda boleh beli keluaran vegan daripada setiap syarikat. Kami beriklan untuk semuanya di Supreme Master Television kami. Semua kononnya anak murid saya tidak beli produk saya saja. Saya sendiri tidak beli produk saya saja. Saya belinya di mana-mana saja, apa-apa saja yang dapat saya peroleh

kerana banyak syarikat, semuanya buatnya dengan baik sekali, sangat sedap. Kemudian jika anda cubanya untuk seketika, maka anda tertanya-tanya mengapa anda makan daging orang-haiwan yang menitiskan darah ini. Mengapa anda buat begitu? Ia menyebabkan kematian dan seksaan untuk makhluk hidup yg masih bernafas beberapa jam atau beberapa hari yang lalu saja. Anda akan tertanya-tanya mengapa anda buat begitu. Sekurangnya cubalah produk vegan. Cuba setiap produk, lihat yang mana ialah kegemaran anda dan terus cuba, maka anda akan jadi biasa dengannya dan takkan nak lihat daging orang-haiwan, -ikan, telur atau apa-apa pun lagi, atau jika anda cuba makannya lagi, mungkin anda muntah atau jatuh sakit.

Dulu saya seorang vegetarian. Saya tak tahu akan perkataan ‘vegan’. Banyak biksu makan telur, minum susu (orang-haiwan). Saya hampir tak dapat minum susu kecuali mungkin susu masam, kerana susu ingatkan saya tentang orang-lembu dan orang-lembu makan apa-apa saja di padang. Saya tak rasa bersih. Banyak benda saya tak rasa bersih. Atau orang-khinzir berkubang di dalam najis sendiri dan sebagainya. Saya nampaknya di TV. Tapi saya berfikir telur tak tersenyawa… Ada dua jenis, satunya tersenyawa dan satu lagi ialah telur tak tersenyawa. Jadi saya berfikir boleh makan telur tak tersenyawa kerana saya lihat biksu makannya.

Tetapi permulaannya saja pun, pertama kali, beberapa bulan atau… Kemudian saya muntah apabila makan telur lagi walaupun saya tidak makannya setiap hari, sangat jarang. Tetapi kita ada kawan dan ada orang ini dan itu, mereka makan ini dan itu, dan kita makan bersama mereka. Tetapi tiada daging orang-haiwan, dah tentu, hanya susu dan telur. Saya tak dapat minum susu orang-haiwan, terlalu... rasanya begitu mentah. Itu lama dahulu atau berdekad-dekad dahulu, bukan sekarang. Saya tak dapat memikirkan itu pun. Saya tak ingatnya.

Jadi jika anda cuba makanan vegan dan teruskan untuk seketika, anda takkan nak memikirkan daging orang-haiwan atau lihat daging, telur, orang-ayam dan -ikan lagi. Anda takkan nak melalui kaunter ini pun. Anda akan menjadi semakin suci dan belas kasihan anda akan menjadi lebih murni, akan tidak tersekat. Kerana sebelumnya anda tidak memikirkannya dan terus makannya. Lagi banyak daging orang-haiwan yang anda makan lagi banyak belas kasihan anda menjadi tersekat, tertekan. Tetapi sekarang jika anda tinggalkan segala tenaga bunuh daripada daging orang-haiwan ini, maka belas kasihan anda akan menyerlah, menjadi lebih bebas untuk menyerlah dan menjadi lebih kuat. Anda akan lebih menyayangi orang-haiwan. Anda akan lebih menyayangi manusia. Sesetengah orang berkata bahawa sesiapa yang menyayangi orang-haiwan juga akan menyayangi manusia lain, lebih menyayangi keluarga mereka dan sebagainya.

Dah tentu, anda ada semakin banyak kebaikan menjadi vegan – fikiran menjadi lebih tajam, pembawaan menjadi lebih lemah lembut. Kasih sayang menjadi lebih besar, maka anda dapat sayangi segalanya. Maka anda sayangi begitu banyak benda, seperti anda tak nak memetik bunga pun. Anda tak nak mengorek keluar sebarang sayur di hutan. Semasa anda berjalan di jalanan, jika anda nampak sayur liar, anda tak rasa anda boleh memetik dan makannya. Ini sudah lama berlaku kepada saya, bukan tadi saja. Saya tak dapat… Okey, apabila ia sudah dilakukan dan saya tahu itu makanan tiada kesakitan… Saya telah buat banyak senarai makanan tiada kesakitan untuk anda memilih jika anda tak nak menyakitkan tumbuhan, herba, pokok pun. Ada sesetengah tumbuhan, sesetengah pokok, sesetengah buah, sayur yang tidak rasa sakit kerana Tuhan buatnya macam itu supaya anda boleh makannya tanpa rasa bersalah.

Sebab itulah Tuhan berfirman, “Aku cipta segala herba dan buah, cantik dan enak di padang untuk engkau sebagai makananmu.” Tuhan juga berfirman bahawa Dia cipta rumput, herba dan tumbuhan untuk dimakan oleh orang-haiwan. Anda lihat betapa menakjubkan, betapa berbelas kasihan, betapa pengasihnya Tuhan malah mencipta makanan khusus untuk spesies khusus. Jadi sekarang ini, saya hanya boleh kata, “Cintai Tuhan.” Saya hanya boleh cintai Tuhan. Saya tidak memuji Tuhan pun. Saya tak dapat memikirkan apa-apa lebih daripada hanya cintai Tuhan kerana setiap hari Tuhan perlakukan saya seperti anak-Nya sendiri. Walaupun sekarang saya sudah bersatu dengan Tuhan, kadangkala saya masih perlu minta sesuatu yang istimewa atau seperti keizinan utk bercakap dgn anda.

Kadangkala saya terlalu banyak minta. Tuhan atau Nabi Isa akan beritahu saya, “Engkau ialah aku.” Dia bersabda, “Engkau dan Aku ialah Satu entiti.” Bukan kali pertama dan bukan satu kali saja saya diberitahu macam itu, bahawa saya bersatu dengan Mereka, jadi tak perlu sentiasa minta keizinan. Tetapi kadangkala Tuhan beritahu saya kerana kami adalah Bertiga, jadi jika saya buat sesuatu, saya juga perlu bincangkannya. Sama seperti jika anda ada teman, atau jika anda ada suami atau isteri, jika anda buat sesuatu untuk keluarga, anda bercakap, berbincang dulu. Bukan kerana anda tiada keizinan tetapi itu caranya. Tetapi Mereka begitu baik hati, beritahu saya, “Kita Satu entiti. Tak perlu minta.” Tetapi tabiat, saya juga ada tabiat itu, sepanjang hidup, hormati Tuhan, minta Tuhan, berdoa kepada Tuhan, jadi ia masih ada kesan berlanjutan.

Mengetahui bahawa keamanan telah datang ke Syria, itu ingatkan saya tentang kegembiraan Mereka. Saya juga rasa lebih gembira, daripada hari-hari sebelumnya semasa dua Raja ini belum datang untuk ucapkan terima kasih kepada saya. Tapi dah tentu, dalam hati saya, malah secara terbuka, saya berkata kpd Tuhan bahawa saya sentiasa berterima kasih kepada Triniti. Saya seorang saja tak dapat buat banyak. Saya begitu bangga ada penghormatan dan keistimewaan ini untuk bekerja sebagai salah satu daripada Tiga Paling Berkuasa. Saya perlu sentiasa ingatkan diri juga kerana di dunia fizikal, kita buat perkara secara berbeza dengan semasa kita di Syurga. Di Syurga Astral saja pun, keadaannya berbeza, lebih senang daripada di dunia ini. Di dunia ini, semua karma berhubungan dan banyak alam yang berlainan berhubungan. Adalah sangat sukar untuk ingat atau lakukannya dengan senang tanpa perlu berfikir atau pertimbangkannya. Jadi saya sentiasa perlu berbincang dalam Tiga Paling Berkuasa. Saya tidak buat perkara seorang diri saja. Semasa saya makan hari ini pun, saya akan berkata, “Okey, kita Bertiga nikmati makanan ini,” dan saya berterima kasih kpd semuanya yang terlibat dlm membuat makanan ini di bawah Rahmat Tuhan, dengan Nama Tuhan juga. Saya juga berharap semua makhluk ada makanan yang baik, makanan yang mencukupi di planet ini, semua makhluk, sesiapa saja yang perlukan makanan, dapat makan dengan sepuas-puasnya.

Photo Caption: Hai Dunia Penuh Tenaga Hidup! Di Sini untuk Lakukan Bahagian Kecil Memperindah Persekitaran

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (6/11)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-09-24
3940 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-09-25
3184 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-09-26
2830 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-09-27
3105 Tontonan
5
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-09-28
2616 Tontonan
6
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-09-29
2401 Tontonan
7
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-09-30
2232 Tontonan
8
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-10-01
2225 Tontonan
9
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-10-02
1948 Tontonan
10
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-10-03
1680 Tontonan
11
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-10-04
1805 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Filem Pendek
2025-10-10
1 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-10-10
399 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-10-10
470 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-10-09
555 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-10-09
1 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2025-10-09
1 Tontonan
Pertunjukan
2025-10-09
1 Tontonan
Veganisme: Cara Hidup Mulia
2025-10-09
1 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-10-09
767 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android