Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Rasa Terima Kasih Raja Keamanan dan Raja Kemenangan, Bahagian 2 daripada 11

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Banyak manusia kelihatan macam manusia tetapi mereka bukan manusia. Kita sudah bercakap tentang itu. Jadi anda perlu berhati-hati. Ada manusia super, manusia tinggi dan manusia tertinggi seperti Guru Tertinggi. Jadi aura Mereka semua berbeza-beza. Ini bergantung kepada taraf mereka, tahap makrifat spiritual mereka dan segala kedudukan spiritual di seluruh Alam Semesta. Syurga tahu, cuma manusia, majoritinya, tidak tahu. Mereka tak nampak aura. Tetapi sesetengah orang dapat lihat. Adalah sangat sukar untuk mengelak daripada dicam oleh orang terus mata ini.

Ketika saya di Monaco, suatu ketika sebelum kita ada Pusat Meditasi SMC di Menton, Saint Martin, saya inap di sebuah hotel untuk seketika di dalam bilik semurah mungkin. Di hotel sebegini pun, mereka juga ada bilik untuk disewa. Ia lebih murah daripada jika kita sewanya dan inap selama beberapa hari saja. Saya berada di sana dan mereka keluar masuk. Mereka sangat baik terhadap saya, mereka semua, semua kakitangan di hotel yang dipanggil Hotel Fairmont itu. Mereka sangat suka menerima tetamu, sangat elok, sangat baik hati, sangat hormati orang dan sangat profesional. Saya masih ingat salah satu drpd mereka dapat cam saya dan beritahu pengurus hotel bahawa... kerana suatu kali mereka tiada bilik, jadi ingin memindahkan saya ke hotel lain.

Tetapi orang yang bekerja di sana ini – saya tak tahu bagaimana dia tahu akan saya – dia beritahu mereka bahawa saya orang yang sangat luar biasa, jadi mereka mesti biar saya berada di sana. Tetapi hotel tetap ialah hotel – mereka berikan bilik kepada kita jika mereka ada bilik. Pada masa itu, saya tidak sewa studio kerana saya tidak sedia untuk inap dengan lama di sana, hanya buat sementara waktu, bbrp hari. Kemudian jika saya inap lebih lama daripada beberapa hari itu dan penginap lain sudah menempah bilik itu, maka saya perlu berpindah. Jadi orang itu beritahu pihak pengurusan bahawa mereka perlu biar saya berada di sana tetapi mereka tak dapat. Jadi mereka memperkenalkan saya kepada hotel lain, sama baik juga, tetapi tidak sama, dah tentu. Tak apa.

Ketika saya di Monaco, saya lebih suka Hotel Fairmont kerana mereka semua kenali saya di sana dan sangat baik hati. Salah satu orang yang bekerja di sana sebagai... Saya akan beritahu anda berita baik sekejap lagi apabila kita dah habis bercakap tentang ini. Satu perkara sentiasa membawa kepada perkara lain dan saya boleh bercakap untuk masa yang panjang tentang satu subjek atau satu kejadian. Jadi saya harap saya akan ingat untuk beritahu anda apa yg harus saya beritahu anda – apa yg Tuhan hendaki anda tahu. Jadi di mana kita sekarang? Seorang lelaki bekerja sebagai budak suruhan pintu depan. Dia kakitangan senior. Dia dah tua dan sentiasa nampak aura saya. Aura saya ada banyak warna tetapi dia hanya dapat lihat satu warna, iaitu warna putih terang. Saya tak kata apa-apa pun. Saya tak kata, “Oh! Itu saja yang kamu nampak?” Saya tak katakan itu. Saya tak nak buat dia susah hati atau rasa kecewa.

Kerana suatu kali, saya berjalan keluar dan dia berkata kpd saya, “Oh, hari ini saya dapat lihat auramu dengan lebih jelas.” Saya kata, “Aura warna apa yang kamu nampak?” Jadi dia beritahu saya. Pada mulanya dia tak nak beritahu saya. Dia kata, “Oh! Janganlah buat saya beritahu kamu.” Saya kata, “Kamu perlu. Sekarang kamu dah beritahu saya. Kamu buat saya rasa ingin tahu, jadi beritahulah saya yang selebihnya.” Dia tidak. Jadi dia berlutut di atas lantai di depan pintu. Bukan di tengah-tengah pintu tetapi di tepi kerana mereka ada meja kecil di pintu depan, kerana mereka perlu bekerja sebagai valet, saya rasa. Dia uruskan kereta penginap apabila mereka datang. Dia dan semua rakan sekerjanya perlu memandu kereta ke dalam garaj hotel. Jadi itu pekerjaannya. Tetapi dia dapat lihat aura orang. Jadi saya tanya dia. Jadi dia berlutut di atas lantai untuk meminta saya supaya tidak minta dia dedahkan itu. Saya kata, “Kamu dah dedahkan separuh daripadanya, jadi kamu perlu beritahu saya.” Selepas dia beritahu saya itu, saya kata, “Sangat bagus. Adalah baik kamu nampaknya.” Dia begitu baik hati, begitu rendah diri.

Seperkara lagi, saya beritahu anda, anak murid Tuhan saya, hormatilah orang kerana anda takkan tahu siapa ialah siapa. Suatu kali, saya inap di salah sebuah pusat meditasi untuk seketika saja, dan ada seorang pemungut sampah. Pada bila-bila dia melalui tempat yang saya inap itu, hari itu adalah istimewa. Jika kita berada di sana, kita terasa tenaganya dipertingkatkan dan angin kita menjadi lebih baik, buat kita menjadi lebih gembira meskipun kita ada banyak kerja untuk dibuat, seperti biasa. Segalanya kelihatan menjadi lebih baik dan badan kita terasa lebih ringan, seolah-olah kita boleh berjalan menembusi dinding atau boleh terbang ke dalam ruang, sesuatu macam itu. Bukan setiap daripada pemungut sampah ini membawa tenaga yang begitu baik, tetapi dia, satu orang, membawanya. Saya tak perlu lihat dia. Sebenarnya saya tak tahu bila dia datang, tetapi apabila dia datang, saya rasai tenaga yang berbeza, oh, tenaga yang memang sangat tinggi! Jadi dia pasti sejenis pengamal spiritual yang sangat rajin. Dia bukan anak murid Tuhan saya. Dia belajar dengan guru spiritual lain tetapi dia beramal dengan baik sekali. Dia pasti sangat suci. Baiklah. Apa lagi yang saya nak beritahu anda? Saat.

Baru-baru ini, dunia kita kelihatan lebih stabil sikit kecuali sesetengah pelosok planet ini alami masalah yang belum diselesaikan seperti di Ureign, atau juga dikenali sebagai Ukraine. Saya nak tukar namanya sikit dengan harapan perkataan ini bawa tenaga yg lebih baik kepada mereka dan mereka akan mengecap keamanan lebih awal. Saya perlu ucapkan terima kasih kepada anda semua yang dengan ikhlas, rajin dan rendah diri berdoa untuk Keamanan Dunia. Kita ada banyak tanda Keamanan Dunia di merata tempat. Seperti yang dapat anda lihat setiap hari, ahli pasukan kami kumpulkan semua berita atau mungkin saya kumpulkan sebilangan berita, kemudian mereka siarkan berita perdamaian setiap hari. Jadi kita benar-benar ada keamanan yg datang di negara-negara yg berlainan, pelosok-pelosok planet yang berlainan, cuma sesetengahnya masih sangat degil.

Seperkara lagi, berita baiknya, bukan hanya England saja, tetapi berita baiknya adalah semalam ketika saya sedang bermeditasi, dua orang Raja datang mengucapkan terima kasih kepada saya atas keamanan di Syria dan beberapa negara yang lain. Salah satunya ialah Raja Keamanan yang mewakili rakyat-Nya, datang ucapkan terima kasih kpd saya atas keamanan di Syria dan penamatan peperangan yang lain. Hari ini, 7 Raja yang lain juga datang ucapkan terima kasih kpd saya atas alam Mereka yang sekarang juga bebas daripada kesan sampingan perang, sama ada mereka terlibat, berkaitan atau berjiran dengan tempat berkonflik perang. Ini ialah: Raja Alam Gembira, Raja Alam Ketakutan Sifar, Raja Alam Keselamatan, Raja Alam Penyayang, Raja Alam Pemaaf, Raja Alam Tiada Cacat Cela, Raja Alam Progresif. Seorang lagi, Raja Kemenangan, juga datang. Mereka datang bersama pada masa yang sama (bersama Raja Keamanan).

Raja Keamanan bercakap dulu. Dia berkata bahawa Dia dan rakyat-Nya amat berterima kasih kepada saya atas keamanan akhir-akhir ini di Syria dan semua tempat yang lain. Raja Kemenangan ucapkan terima kasih kpd saya macam itu juga. Mereka sangat penuh hormat dan sangat gembira mendapat hasil sebegini. Itu buat saya gembira juga walaupun badan fizikal saya menunjukkan tanda karma, tanda peluru dan serpihan peluru. Maksud saya, benda pembunuh manusia yang orang gunakan dlm peperangan itu.

Mereka berdua gembira dengan Syria telah menjadi sebuah negara yang aman dan mereka benar-benar menjadi lebih baik dengan begitu pantas – keamanan di dalam dan juga di luar negara mereka. Mereka malah mengeksport minyak. Boleh bayangkan itu? Selepas peperangan dan penderitaan sekian tahun ini, sekarang mereka telah menjadi benar-benar berpemerintahan sendiri, malah boleh mengeksport produk ke luar negeri. Itu memang sesuatu yang baik. Itu bantu rakyat mereka pulih semula dan juga mengatasi kekurangan bahan api hari ini. Syukur kepada TUHAN!

Oh, saya begitu gembira untuk mereka! Anda jangan risau, saya boleh tahan. Saya hanya beritahu anda, secara sampingan, bhw walaupun badan saya menanggung karma peperangan dan segalanya yang lain, ini memang perasaan yang begitu menyenangkan melihat Mereka datang ucapkan terima kasih kpd saya. Tetapi saya beritahu Mereka, “Engkau harus berterima kasih kepada Triniti, Yang Paling Tinggi, Yang Paling Berkuasa!” Tetapi pada masa itu, Triniti masih belum bersatu, baru-baru ini saja, peperangan di Syria sudah cuba dihentikan sebelum Triniti bersatu semula, jadi ini belum diumumkan kepada seluruh Alam Semesta. Jadi saya berkata kepada dua Raja itu, “Mulai sekarang, Engkau dan rakyat-Mu perlu berterima kasih kepada Triniti. OK?”

Dan juga, dalam hati saya, saya berterima kasih kpd anda semua, dah tentu, orang mulia yang doakan keamanan dan dunia vegan. Saya takkan lupa akan anda. Walaupun saya tidak kenali anda secara fizikal, saya takkan lupa akan anda di kawasan roh. Saya akan bantu anda. Saya akan bebaskan anda. Jika anda tidak buat apa-apa perbuatan yang berdosa dalam hidup ini, itu akan sangat senang bagi saya lakukan kerana anda adalah vegan dan ikhlas. Jika anda tahu akan saya, jika anda minta saya bebaskan anda, saya akan buat begitu.

Photo Caption: Langit Cerah Bebas, Udara Bersih Bebas Hati Nurani Bebas!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (2/11)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-09-24
3940 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-09-25
3184 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-09-26
2830 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-09-27
3105 Tontonan
5
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-09-28
2616 Tontonan
6
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-09-29
2401 Tontonan
7
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-09-30
2232 Tontonan
8
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-10-01
2225 Tontonan
9
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-10-02
1948 Tontonan
10
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-10-03
1680 Tontonan
11
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-10-04
1805 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Filem Pendek
2025-10-10
1 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-10-10
399 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-10-10
470 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-10-09
555 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-10-09
1 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2025-10-09
1 Tontonan
Pertunjukan
2025-10-09
1 Tontonan
Veganisme: Cara Hidup Mulia
2025-10-09
1 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-10-09
767 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android