Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

KURNIAAN BESAR TRINITI PALING BERKUASA + Kuasa Pemurah Doa, Taubat dan Menjadi Vegan dalam Melindungi Dunia Kita, Bahagian 2 daripada 5

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Kita berterima kasih kpd semua peramal, orang psikik yang mengambil masa dan mencari rahsia Alam Semesta, bekerja keras untuk faham, mengkaji dan juga menyucikan diri untuk menerima Amaran Tuhan. [...] Amaran Tuhan tak sentiasanya datang daripada Yang Maha Tinggi, kerana Yang Maha Tinggi, kebanyakan manusia tak dapat capai. Apabila orang alami pengalaman hampir mati, mungkin mereka nampak apa yg mereka panggil sebagai Nabi Isa, Buddha atau Bodhisattva, Santo dan Orang Suci.

Pada 3 April 2023, saya alami pengalaman yang bawa saya melangkaui apa-apa yang saya fikirkan mungkin. Selama 12 minit, saya mati secara klinikal. Tiada denyutan jantung, tiada nafas, tetapi dalam 12 minit itu, saya bukan hanya hanyut dalam kekosongan. Saya pergi ke sesuatu tempat yang begitu nyata, begitu mendalam sehingga saya masih cuba memprosesnya Apa yang saya alami bukanlah hanya untuk saya. Itu suatu pesanan yang dimaksudkan untuk kita semua. Saya dapati diri saya berada di tempat yang paling luar biasa. Benda pertama yang saya dapati ialah cahaya. Tiba-tiba cahaya di sekeliling saya menjadi lebih terang, lebih tertumpu dan Dia ada di sana, Nabi Isa. Saya tidak membesar-besarkannya apabila saya kata terasa mustahil nak cuba gambarkan Dia. Dia tidak seperti mana-mana gambar atau gambaran yang pernah saya lihat. Kehadiran-Nya ialah kedua-dua manusia dan Makhluk Syurga, memancarkan kasih sayang dan kuasa yang tak pernah saya rasai sebelumnya. Mata-Nya ada segala-galanya: Belas Kasihan, Kebijaksanaan dan kedalaman yang nampaknya lihat menembusi diri saya.

Itu bukan Yang Esa, Tuhan Yang Maha Berkuasa tetapi sebahagian daripada Tuhan, atau mungkin frekuensi Tuhan Yang Maha Berkuasa yang lebih rendah. Jika tidak, manusia atau sesiapa pun yang menerimanya akan meledak menjadi habuk – mereka tak dapat cernakan Kuasa tak terukur daripada Kuasa Tuhan, Yang Maha Berkuasa, atau daripada Nabi Isa yang asal, yang sebenar, yang lengkap dari Syurga tertinggi itu.

Manusia tak dapat capainya kerana tiada kekuatan yang mencukupi dari segi rohani atau frekuensi untuk menerima, mencernakannya. Mereka akan menjadi habuk. Sekrg ini, Tuhan Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Pengasih, Yang Maha Berbelas Kasihan, Yang Maha Penyayang, Yang Maha… Anak-Nya dan Guru Tertinggi, semuanya bersatu semula dalam Kesatuan dari segi rohani, Kuasa dari Kebijaksanaan. Mereka berada di Tiga Peringkat yang berlainan tetapi sekarang telah Bersatu dan menjadi Satu. Tetapi begitu pun, Mereka tidak kehilangan semua identiti Mereka, identiti peribadi. Ini sangat sukar nak jelaskan kepada anda, terlalu abstrak untuk minda benar-benar memahaminya. Namun begitu, kita sama berterima kasih kpd Mereka. Kita perlu berterima kasih kpd Mereka, bertaubat dan menjadi baik.

Pada waktu tempoh akhir ini, segala ukuran begitu ketat, tiada sesiapa yang boleh terlepas. Tiada sebutir habuk pun yang boleh terlepas daripada pengadilan ini pada tempoh masa kita, sejarah kita ini. Satu-satunya penyelesaian adalah menjadi vegan, bertaubat dan menjadi baik – dalam semua aspek yang mungkin. Saya tahu anda telah dengar itu sebelumnya drpd saya secara peribadi dan khususnya, tapi tolonglah, tolong jangan memandang enteng terhadapnya. Jika pada tempoh sekarang, bulan-bulan belakangan ini, jika banyak, maksud saya, manusia dalam bilangan yang besar, majoritinya, tidak berdoa dengan ikhlas dan tidak bertaubat, tidak dengan rendah diri memohon ampun dan perlindungan, maka kita hampir tak dapat hidup, maksud saya secara fizikal, dan di alam Astral, kita akan dihukum... Ya Tuhan! Anda tak dapat bayangkan, tiada penghujungnya juga. Jadi saya amat bersyukur. Saya sangat senang hati dengan manusia sekurangnya takut dengan nyawa mereka dan mula menjadi lebih rendah diri, lebih menghormati Hukum Tuhan dan akibat melanggarnya.

Sekarang pada tempoh akhir, beberapa bulan ini, setiap hari saya tanya Tuhan Yang Maha Berkuasa sama ada terdapat apa-apa lagi yang boleh saya buat untuk bantu, menyelamatkan planet ini, menyelamatkan manusia dan semua makhluk lain yang dicipta oleh Tuhan. Saya begitu risau tentang mungkin kita gagal. Lihatlah di sekeliling anda: Pernahkah anda lihat mana-mana planet yang lain – sesetengahnya yang didapati ada sesuatu jenis tanda hidup oleh ahli sains pun – pernahkah anda sendiri lihat mana-mana planet yang lebih indah?

Pernahkah anda lihat mana-mana planet yang lebih indah daripada yang ini? Ia dicipta dengan kasih sayang, banyak kasih sayang, banyak jagaan, banyak perhatian dalam semua aspek yang boleh anda fikirkan dari segi seni: terang, banyak segalanya yang indah yang boleh manusia perlukan, bukan sahaja manusia tetapi juga semua makhluk di atasnya. Orang-haiwan, sayuran, pokok, serangga pun dikurniai dengan segala kecerdasan dan keupayaan untuk terus hidup di Bumi – dengan cara sebaik mungkin yang kita atau mana-mana ahli sains bayangkan bagaimana ia dibuat, bagaimana ia dilakukan supaya ia menjadi begitu indah, begitu mudah, begitu selesa, sebagaimana yang kita ada.

Jadi sayangnya jika planet ini tak dapat terus wujud lagi. Meskipun kita boleh berdoa selama-lamanya, tiada planet lain yang boleh seindah yang ini – indah dan selesa. Walaupun mungkin kita alami kesusahan, kita sendiri yang wujudkannya. Kita yang wujudkannya, sama seperti nenek moyang kita, Adam dan Hawa. Mereka hidup gembira di Firdaus, kemudian mereka sendiri mengingkari Tuhan, melanggar Hukum dengan hanya perkara kecil saja, dengar kata-kata ular negatif sebaliknya. Ular itu tak semestinya dalam bentuk ular. Itu hanya lambang kuasa negatif, maya, Raja Ilusi.

Jadi kita tak boleh menyalahkan Tuhan. Jika seorang presiden, contohnya, ada anak yang baik, berkebolehan dan dilindungi oleh semua pengawal peribadi jika dia sendiri yang melanggar undang-undang negara, maka dia perlu menanggung akibatnya. Itu suatu penderitaan dari segi reputasi, percintaan. Segala jenis peluang akan hilang bagi dia. Ini keadan yang serupa dengan manusia di planet ini. Apabila kita melanggar Hukum Alam Semesta, kita akan menanggung akibatnya. Pada tempoh masa ini dalam sejarah kita, akibatnya dahsyat, tak dapat ditebus. Setelah anda kehilangan badan ini, hampir mustahil untuk diselamatkan dari neraka. Jika anda tiada hubungan sebenar dengan Kuasa Guru, dengan Guru hidup, anda akan terlaknat selama-lamanya, menderita selama-lamanya. Kadangkala anda sendiri tidak berhubung secara langsung dengan Guru tetapi mungkin anak anda, anak perempuan, anak lelaki anda ialah anak murid seorang Guru hidup yang agung. Lagi agungnya Guru hidup lagi baik, lagi berkuasa untuk menyelamatkan lebih banyak makhluk, bukan sahaja manusia tetapi juga orang-haiwan.

Banyak orang-anjing dan -burung saya yang saya selamatkan meninggal dunia tanpa peluang untuk melihat saya buat kali terakhir tetapi saya tetap boleh ada Kuasa, dengan Nama Tuhan, untuk menyelamatkan mereka dan bawa mereka ke Alam Baharu saya, Alam Spiritual Baharu Tim Qo Tu. Jadi hati saya tidak lama dan tidak begitu banyak menderita. Dah tentu, kadangkala saya rindui mrk. Saya rasa sangat kesal kerana tidak bersama mereka sepanjang masa dan menjaga mereka dengan benar-benar baik, dengan lebih baik. Walaupun kami memang menjaga mereka dengan baik, namun saya tetap berharap saya dapat menjaga mereka secara lebih peribadi dan dapat adanya mereka di sisi saya sepanjang masa hingga hari mereka tinggalkan sini untuk pulang ke Rumah. Tetapi sekurang-kurangnya saya tahu bahawa mereka berada di Alam Spiritual Baharu Tim Qo Tu, gembira, bebas selama-lamanya. Itu dah banyak menenangkan saya. Di dunia fizikal, perasaan emosi, fizikal tidak terlalu sedih.

Photo Caption: Menyumbang kepada Orang yang Perlukannya Jika Boleh

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-08-22
1 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2025-08-22
1 Tontonan
Keindahan Alam Semula Jadi
2025-08-22
1 Tontonan
Alam Haiwan: Penghuni Bersama Kita
2025-08-22
1 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android