Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

KURNIAAN BESAR TRINITI PALING BERKUASA + Kuasa Pemurah Doa, Taubat dan Menjadi Vegan dalam Melindungi Dunia Kita, Bahagian 1 daripada 5

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Hai! Salam sejahtera kepada semua roh cantik yang merupakan anak Tuhan dan bakal Buddha. Saya tak banyak bercakap dengan anda belakangan ini. Sebenarnya dah agak lama anda tak dengar kata-kata daripada saya. Saya agak sibuk, sibuk di dalam. Kerja luar begitu juga. Mengedit rancangan untuk Supreme Master Television, juga membuat segala kerja tambahan, memeriksa perniagaan serta memantau orang-anjing, -burung saya dan -haiwan liar dari jauh. Tetapi kerja dalaman paling banyak baru-baru ini, dalam tempoh masa ini, dah beberapa bulan. Dah tentu, sebelum itu, tetapi baru-baru ini lebih banyak kerana ada begitu banyak bencana yang terjelma dan begitu banyak mungkin akan datang tak lama lagi. Triniti Paling Berkuasa dapat hentikan sesetengahnya, banyak sebenarnya. Bencana besar telah sama ada dihentikan atau dikecilkan.

Sebenarnya pada 8 Ogos yang merupakan permulaan kata-kata ini, saya dah sedia untuk bercakap dengan anda. Itu hari Tuhan beritahu saya bahawa saya boleh bercakap dengan anda. Itu adalah selepas banyak minggu atau mungkin bulan, kerana sejak waktu itu hingga 8 Ogos, 8/8 – nombor yang begitu baik – saya sangat sibuk di dalam dan Tuhan tidak izinkan saya bercakap dengan anda. Dia berfirman, “Tunggulah sehingga sesetengah bahagian dah siap dulu...”

Hari ini 8 Ogos. Saya perlu beritahu anda bahawa saya amat berterima kasih. Saya amat berterima kasih kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa, Anak-Nya, Guru Tertinggi-Nya – bukan bercakap tentang saya secara peribadi. Kita semua perlu berterima kasih kepada Triniti kerana menyelamatkan planet ini setakat ini supaya banyak negara tidak pecah. Beratus-ratus juta orang telah diselamatkan daripada kebinasaan dan kematian. Ini suatu tanda kelegaan kecil bagi saya, secara peribadi buat masa ini, kerana itu kerja keras di dalam dan di luar juga, dah tentu. Tiada apa-apa yang boleh berlaku tanpa penglibatan fizikal kerana Kuasa Tuhan adalah paling kuat apabila ia disalurkan melalui orang fizikal yang dipilih oleh Tuhan. Ini seperti kita memilih sesuatu kabel supaya kita dapat bersambung dengan seluruh grid untuk tenaga elektrik, contohnya. Saya dengan mendalam, rendah diri, selama-lamanya berterima kasih kepada Triniti.

Saya juga rasa amat rendah diri, berterima kasih atas segala doa orang vegan, orang yang baru menjadi vegan, doa mereka dan banyak orang yang lain yang berdoa dgn khusyuk dan ikhlas untuk bertaubat, bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa, Santo dan Orang Suci, Buddha yang mereka percayai, berdoa dan berterima kasih. Tanpa segala doa dan perubahan menjadi orang vegan ini, tenaga dunia ini akan menjadi terlalu lemah, tak dapat berfungsi. Sama seperti banyak kabel, jika tak cukup kuat untuk menerima dan menyalurkan tenaga elektrik, maka kita tak dapat buat banyak walaupun tenaga elektrik ada di mana-mana saja dan kita boleh menyalurkannya untuk membuat kehidupan kita menjadi lebih selesa, lebih efisien dan banyak kebaikan lain yang akan kita peroleh daripada tenaga elektrik.

Saya juga amat berterima kasih atas segala ramalan daripada orang psikik, orang terus mata, peramal dan orang suci berbakat yang dapat meramalkan masa depan daripada rancangan Alam Semesta yang telah ditetapkan pada masa dahulu mengikut karma, kelakuan dan taubat semua makhluk di planet ini. Apa-apa yang berlaku kpd kita sekarang bukanlah hanya secara rawak, secara kebetulan atau baru terbentuk baru-baru ini tetapi sudah pun masa yang sangat, sangat lama, malah sejak zaman dahulukala lagi. Sekali-sekala umat manusia perlu pada masa dahulu, sekarang atau masa depan alami akibat karma sendiri disebabkan oleh perbuatan mereka yang tidak bertimbang rasa atau jahil. Sesetengah daripada bencana ini, TRINITI PALING BERKUASA dapat minimumkan atau malah hentikan. Bencana besar menjadi lebih kecil, dan bencana lebih kecil menjadi lagi kecil atau sifar. Tetapi kami berterima kasih kpd semua peramal, orang psikik yang mengambil masa dan mencari rahsia Alam Semesta, bekerja keras untuk faham, mengkaji dan juga menyucikan diri untuk menerima Amaran Tuhan.

Amaran Tuhan tak sentiasanya datang daripada Yang Maha Tinggi, kerana Yang Maha Tinggi, kebanyakan manusia tak dapat capai. Apabila orang alami pengalaman hampir mati, mungkin mereka nampak apa yg mereka panggil sebagai Nabi Isa, Buddha atau Bodhisattva, Santo dan Orang Suci.

Photo Caption: Setiapnya Lakukan Satu Bahagian Unik

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-08-22
1 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2025-08-22
1 Tontonan
Keindahan Alam Semula Jadi
2025-08-22
1 Tontonan
Alam Haiwan: Penghuni Bersama Kita
2025-08-22
1 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android