Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Soalan terakhir adalah daripada En. Kelvis Donkelin, wartawan daripada Hot FM Ghana. (Selamat datang.) Mr. Kelvis Donkelin: Terima kasih banyak-banyak atas apa yang puan lakukan untuk alam semula jadi dan umat manusia. Soalan saya adalah macam ini, mengenai pemanasan global. Kita perlu berhenti membunuh orang-haiwan. Itu salah satu penyelesaian kepada pemanasan global. Saya ingin tanya: Kebanyakan makanan sejuk beku yang diimport adalah dari negara Barat. Saya ingin tahu apa yang boleh kita buat dalam mendidik orang di luar untuk mereka tahu apa yang menyebabkan pemanasan global. Kedua, soalan saya berkaitan dengan doktor yang kita ada yang banyak mendapat tahu tentang kemanusiaan, alam semula jadi dan hidup, dan perlu mendidik kita supaya tidak makan terlalu banyak daging (orang-haiwan) tetapi makan banyak orang-ikan. Ketiga, orang yang ingin menternak orang-ikan di dalam kolam orang-ikan sebagai mata pencarian, atau barangkali mengimport, menjualnya untuk menjaga seisi rumah. Saya ingin tahu bagaimana mendidik mereka supaya tahu lebih tentang pemanasan global. Terima kasih. Master: Baiklah, En. Donkelin. Terima kasih kerana bersama kami hari ini, dan terima kasih atas keprihatinanmu. Encik salah seorang wartawan yang positif. Kami begitu hormati orang macam ini. Jenis wartawan seperti encik ialah orang yang membantu membawa maklumat benar, positif, konstruktif kepada orang ramai. Jika ada wartawan, pemberita seperti encik yang mencukupi, itu akan jadi bantuan besar kpd planet kita. Bagi soalan encik, ini, dah tentu, cabaran bagi kita semua. Sekali lagi, seperti yang telah kita sebut, kerajaan dan media juga harus sertai orang ramai untuk mendidik semula warga dunia pada umumnya. Orang yang perlu menyembelih orang-haiwan sebagai pekerjaan untuk hidup – kita boleh melatih semula mereka dalam jenis pekerjaan yang lain. Mereka boleh menanam pokok, menjaga hutan dan bukan menyembelih orang-haiwan. Sekarang kita ada ‘industri hijau’ yang merupakan perniagaan yang berkembang pesat dengan potensi yang sangat besar untuk masa depan. Saya pasti ada banyak pekerjaan yang boleh orang ini ambil bahagian. Kerajaan perlu memberi subsidi kepada mereka sehingga mereka terlatih dalam pekerjaan baharu. Tiada begitu banyak orang yang menyembelih orang-haiwan. Kita boleh mendidik semula mereka. Berkenaan dengan soalan kedua bahawa sesetengah orang perlu bergantung kepada mengeksport atau mengimport daging (orang-haiwan) untuk mencari rezeki, saya rasa itu penyelesaian yang sama. Daripada mengimport dan mengeksport daging (orang-haiwan), mereka akan mengimport dan mengeksport produk vegan. Hari ini, sangat menguja, kita ada begitu banyak ham vegan, ayam vegan, keju vegan, sosej vegan – segala jenis makanan vegan yang enak, kelihatan sama dengan diet lama dan rasanya sangat sedap, sangat lazat. Jadi orang-orang ini, daripada mengimport dan mengeksport daging (orang-haiwan), mereka boleh hanya mengimport dan mengeksport produk vegan. Ini akan datangkan pendapatan yg tinggi kerana semua orang akan berubah kepada diet vegan. Jadi ini soal konsep, lihatlah. Kita perlu mengubah konsep kita. Kerajaan harus bantu orang-orang ini. Jika mereka tak dapat segera berdikari, sistem keterjaminan sosial kerajaan boleh bantu mereka pada permulaannya. Tetapi hari ini, di banyak negara, tak cukup makanan vegan, jadi kita boleh buat begitu. Terima kasih, encik. Kita boleh mengeksport, mengimport dan hasilkan makanan vegan organik dan bukan menternak orang-haiwan, menyembelih orang-haiwan atau mengimport produk orang-haiwan. Kita hanya menterbalikkan perbuatan – menanam sayur organik, mengeluarkan protein vegan organik, mengimport dan eksport keluaran vegan. Tuhan berkati encik. Tuhan berkati stesen radio dan rakan sekerja encik. (Terima kasih banyak-banyak, Mahaguru Ching Hai.) Sama-sama. Itu mengakhiri sesi soal jawab. Terima kasih banyak-banyak. Guru, terima kasih banyak-banyak kerana jawab semua soalan kami! Terima kasih kerana jelaskan sekali lagi betapa pentingnya manusia mengikut diet vegan tanpa orang-haiwan yang penuh belas kasihan yang akan mengurangkan pelepasan karbon sehingga tahap kita dapat menterbalikkan kesan pemanasan global. Selepas semua maklumat ini, banyak daripada kalian pasti ingin menyertai gerakan vegan organik. Master: Saya rasa semua orang dah tahu apa yang nak dibuat. Ini hanya soal mengambil tindakan dan tahu bahawa ini soal hidup dan mati. Ini serius. Kita mesti lakukannya. Kita harus lakukannya semalam lagi. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk ucapkan terima kasih kpd kalian yang terlibat dan menyokong persidangan yang baik ini. Terima kasih juga kepada semua orang yang datang untuk berkongsi dlm pertemuan yg penting ini. Saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada semua penceramah terkemuka termasuk mereka yang berucap melalui ucapan selamat video seperti Puan Juliet Gellatley daripada VIVA, Dr. Shaw Chen Liu daripada Academia Sinica, En. Jack Bayles dan Timbalan Pengarah Smith. Penghargaan saya juga kepada En. Ahlounsou, Dr. Ofei Agyemang serta Datuk Bandar Aouissi dan wakilnya atas sokongan dan ucapan mereka yang berharga. Kami juga berterima kasih kpd kalian, semua tetamu berharga yang berikan tenaga sokongan kepada persidangan istimewa hari ini. Saya begitu tersentuh oleh keprihatinan peserta dan soalan kalian yang difikirkan dengan teliti dan bijak. Saya memang berbesar hati menjadi sebahagian daripada persidangan yang dihormati ini di depan kalian – orang-orang mulia di sini – dan dalam semangat murni kalian yang bersinar terang dalam kedekatan dengan Tuhan. Saya yakin bahawa hati kalian yang mesra dan bertekad dapat capai matlamat mulia mewujudkan dunia mampan untuk negara mulia Togo, seluruh benua Afrika dan seluruh dunia. Dengan bantuan kalian, dengan sokongan mulia kalian, dengan tindakan Syurga kalian, kita pasti akan berjalan bersama-sama ke arah dunia seperti Firdaus. Tuhan berkati kalian. Tuhan begitu banyak berkati kita agar berjaya dalam usaha kita untuk menyelamatkan planet berharga kita. Tuhan berkati Afrika, Tuhan berkati dunia kita – semoga begitu Terima kasih. Saya kasihi kalian. Terima kasih atas segala kata-kata Guru yang indah, sangat mendalam dan mengharukan. Terima kasih kerana meluangkan masa Guru serta atas kesabaran dan kebijaksanaan Guru mengemukakan isu perubahan iklim dan kepentingan menjadi vegan organik kepada kami hari ini. Kami juga ingin ambil kesempatan ini utk ucapkan terima kasih kepada setiap daripada kalian yg hadiri persidangan ‘Menjadi Vegan Organik untuk Menyelamatkan Planet Kita’ hari ini. Interviews1: (Selamat pagi, encik.) Selamat pagi. (Bolehkah encik memperkenalkan diri?) Saya Kotti Mikoffi Senior. (Apakah pendapat encik tentang persidangan mengenai pemanasan global dan diet vegan ini?) Ya, ia bantu saya memahami banyak perkara yang saya tak faham sebelumnya. Ia memang banyak memberi maklumat. (Apakah pendapat encik tentang penyelesaian kepada pemanasan global terutama diet vegan?) Ya, penyelesaiannya adalah jelas – amalkan diet vegan. (Selepas persidangan ini, bolehkah encik memutuskan untuk menjadi vegan dan galakkan orang di sekeliling supaya menjadi vegan?) Ya, dah tentu. (Terima kasih banyak-banyak, encik.) Sama-sama. Terima kasih. Interviews2: (Selamat pagi, puan.) Selamat pagi, encik. (Bolehkah puan memperkenalkan diri?) Saya Allena Okwasike. (Apakah pendapat puan tentang persidangan mengenai pemanasan global dan veganisme ini?) Saya rasa pemanasan global ialah bencana yang mengancam planet kita. Cara terbaik untuk menanganinya dan capai apa yang kita mahukan adalah mengikut diet vegan. (Selepas persidangan ini, bolehkah puan sendiri memutuskan untuk menjadi vegan dan pengaruhi orang di sekeliling puan?) Sebenarnya saya telah menjadi vegetarian sejak 2000. Saya rasa semua anak saya adalah vegetarian sejak dilahirkan. Jadi saya akan cuba biar rakan saya mengetahui kebaikan diet ini. Saya rasa suatu hari nanti mereka akan menerimanya. (Terima kasih, puan.) Terima kasih kepada encik juga. Photo Caption: Berterima kasih kepada Matahari kerana menembusi halangan yang sukar untuk KASIH SAYANG dengan lapisan CAHAYA cantik sekali yang bawa keselesaan kepada jiwaku! Kasihi Engkau dengan sebak.