Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Menjadi Vegan Organik untuk Menyelamatkan Planet Kita, Bahagian 9 Siri Multibahagian

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Seperti yang telah kita sebut tadi, pemanasan global ialah situasi yang sangat menakutkan bagi planet kita. Laporan 2006 daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebut bahawa pencemaran terbesar datang daripada ternakan, industri peternakan orang-haiwan. Pencemaran ini benar-benar mengancam nyawa kita. Sebenarnya ternakan hasilkan banyak gas metana. Seperti yang kita semua dah tahu, gas metana sangat berbahaya. Apabila gas metana masuk ke dalam atmosfera, ia wujudkan lapisan yang lebih besar yang memerangkap semua haba yang sepatutnya terpantul balik ke angkasa lepas. Jadi apabila kita kumpulkan semakin banyak haba dalam sistem kita, suhu planet kita terus semakin meningkat. Sebab itulah kita perlu segera hentikan peningkatan haba ini. Jadi penyelesaian segera untuk hentikan pemanasan global adalah beralih kpd diet vegan organik. Mengapa? Kerana dengan berhenti makan produk orang-haiwan, kita akan secara natural hentikan pengeluaran gas metana yang dijana oleh industri penternakan orang-haiwan. Dengan cara itu, alam semula jadi akan jadi lebih baik, jadi kita akan ada lebih banyak masa untuk dapat menyelamatkan planet kita. Jadi adalah sangat penting setiap daripada kalian pada malam ini tahu akan situasi kita sekarang.

Menurut kajian daripada ahli sains NASA, Dr. James Hansen, suhu planet ini terus meningkat. Jadi jika kita tidak segera bertindak balas dengan secepat mungkin, mungkin kita hadapi yang paling teruk. Beberapa bulan yang lalu, di Copenhagen, Denmark, terdapat apa yang dipanggil persidangan ‘Hari Kiamat’ yang diacarai oleh Dr. Katherine Richardson yang mengesahkan laporan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang pemanasan global. Beliau berkata, “Mungkin kita jangkakan yang paling teruk. Suhu mungkin meningkat sebanyak antara 5 dan 6 darjah.”

Jadi kita semua perlu elakkan jenis situasi ini. Dengan mengikut diet vegan yang penuh belas kasihan, kita semua akan berpeluang untuk menyelamatkan planet kita. Kita semua akan berpeluang untuk beri peluang kepada anak kita, peluang kepada planet kita supaya kita dapat hidup damai dan harmoni.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, adalah sangat penting anda semua berkongsi mesej penting yang kalian datang ke sini hari ini untuk dapatkan ini dengan saudara-mara, rakan dan keluarga anda kerana kebanyakan daripada kita tak tahu apa yang berlaku terutama di Afrika. Kebanyakan masanya kita berfikir bahawa pemanasan global ialah situasi yang diwujudkan oleh negara yang lebih maju tetapi kita semua terpengaruh oleh pemanasan global. Kerana ini seperti kita duduk di dalam pesawat yang sangat besar, sesetengah orang duduk di belakang manakala sesetengah orang duduk di tempat duduk kelas satu. Tetapi kita mesti ingat satu perkara: jika pesawat terjunam, semua orang terjunam bersama pesawat. Jadi kita perlu selamatkan pesawat kita. Kita perlu memastikan bahawa alam sekitar bersih. Kita perlu memastikan bahawa pesawat kita dapat mendarat dgn tenang supaya semua penumpang dapat berjalan keluar dengan gembira. Sebab itulah tidak kira kita dari mana, tidak kira sama ada kita orang Afrika, Eropah, Amerika – kita semua perlu berganding bahu untuk hentikan pemanasan global yang mengancam nyawa kita.

Cara terbaik adalah mengubah tabiat kita, menjadi vegan, membantu kita, berusaha untuk menyelamatkan planet kita.

Sekarang kita akan ada soalan oleh sesetengah tetamu yang sangat penting. Mari kita beralih kepada soalan pertama.

(Soalan pertama adalah daripada En. Assiah Warou. Beliau ialah presiden Kelab Vegan untuk pelajar Universiti Lomé.) Selamat datang, En. Warou.

Mr. ASSIAH WAROU: Menternak lembu, kambing, babi dan ayam itik ialah punca utama penyahhutanan, pencemaran air dan pelepasan gas rumah hijau. Bagaimana dengan akuakultur, Guru? Bagaimanakah ia menyumbang kepada kemerosotan?

(Guru, saya akan tanya soalan pertama bagi pihak En. Assiah Warou.) BAIKLAH. (Pembiakbakaan ternakan seperti orang-lembu, -anak lembu, -khinzir dan -ayam itik menjadi punca utama penyahhutanan, pencemaran air dan pelepasan gas rumah hijau. Bagaimana pembiakbakaan atau penternakan orang-ikan menyebabkan pemanasan global meningkat? Adakah ia kurang membinasakan?)

Master: Terima kasih. Saya ada dengar kata-katamu. Itu serupa. Tetapi saya gembira dengan kamu, En. Assiah, dan kelabmu, mengambil pucuk pimpinan Kelab Vegan universiti. Saya gembira mengetahui kelab sebegini wujud di universiti, jadi terima kasih kepada En. Assiah terlebih dahulu. Sampaikanlah ucapan tahniah dan penghargaan ikhlas saya. (Terima kasih, Guru.) Saya gembira melihat orang muda khususnya terlibat dalam usaha seperti ini yang menyumbang kepada kesihatan manusia dan juga planet ini.

Sebagai jawapan kepada soalan tentang perikanan ini, sebenarnya perikanan menyumbang kepada pemanasan global terutama dengan mengganggu ekosistem lautan dunia yang kompleks. Ekosistem laut yang seimbang adalah sangat penting kerana lebih dua pertiga daripada planet ini dilitupi oleh laut. Ia bekalkan separuh daripada oksigen dunia dan mainkan peranan yang penting dalam melaraskan iklim dunia. Jadi hidupan di Bumi memang sangat bergantung kepada laut untuk terus hidup. Selain itu, laut juga menyerap CO2, karbon dioksida atmosfera. Ini bantu mendinginkan planet kita secara langsung. Ini hanyalah beberapa perkara baik yang dilakukan oleh laut. Oleh itu, mengganggu keseimbangan laut akhirnya meletakkan nyawa kita dalam bahaya. Jadi kita boleh berkata bahawa menjaga laut adalah untuk kepentingan kita jika kita mahu terus hidup, dan semua hidupan yang berada di dalamnya termasuk orang-ikan.

Ladang orang-ikan adalah seperti ladang kilang di darat. Ia ada masalah yang serupa dari segi alam sekitar, dengan kesan termasuk mencemari kawasan perairan. Orang-ikan yang diternak terkurung di dalam kawasan berjaring yang luas berhampiran pesisir laut dengan sisa makanan, kumuhan orang-ikan, antibiotik atau ubat dan bahan kimia lain masuk ke dalam kawasan perairan di sekitar di mana ia menjejaskan ekosistem kita, mencemari sumber air minum kita dan mengurangkan #orang-ikan liar juga. Orang-ikan seperti salmon yang dimakan oleh manusia biasanya diberi makan jumlah orang-ikan lain yang besar seperti orang-ikan bilis. Kajian mendapati bahawa bagi setiap kilo orang-salmon yang dijual di pasar raya, empat kilo orang-ikan liar perlu ditangkap untuk diberi makan kepada orang-salmon.

Amalan ini juga membahayakan orang-haiwan laut seperti orang-singa laut dan orang-burung yang dianggap sebagai ancaman. Mereka sering diganggu dengan mercun atau pembesar suara bawah air, menyebabkan kesakitan, disorientasi dan kehilangan pendengaran kepada orang-mamalia laut. Yang lain selalunya malah ditembak mati. Ini hanyalah beberapa masalah yang berkaitan dengan penternakan orang-ikan yang telah menjadi lebih besar apabila perikanan meningkat.

Jadi isu yang timbul daripada industri berkaitan seperti pengeluaran makanan orang-salmon juga semakin meningkat. Di Peru, contohnya, makanan orang-ikan dibuat daripada orang-ikan bilis yang menyebabkan penyakit kepada orang dewasa yang terlibat secara dekat dalam pengeluarannya serta asma dan penyakit kulit dalam kanak-kanak akibat asap toksik yang dilepaskan ke jalanan dari kilang, bersama dengan pencemaran kepada perairan laut berdekatan, dah tentu. Pengeluaran orang-ikan ini juga mempengaruhi populasi orang-burung, dengan sesetengahnya seperti orang-burung guano telah menurun sebanyak 90% dalam bilangannya. Jadi akibatnya ialah pengguna dapat beli orang-ikan yang murah tetapi datangkan kesan yang sangat buruk kepada kesihatan kanak-kanak dan alam sekitar yang merosot.

Sementara itu, jika kita kata ekosistem laut bergantung kepada populasi orang-ikan untuk menjadi seimbang, maka ekosistem itu amat tidak seimbang sekarang. Ahli sains menganggarkan bahawa lebih 90% daripada orang-ikan besar lautan telah hilang sejak 50 tahun lalu akibat perikanan komersial. Mereka beri amaran bahawa pada kadar perikanan sekarang, akan ada kehilangan global semua spesies yang ditangkap menjelang 2050 dan berkata bahawa usaha pemulihan perlu segera bermula. Jadi apa yang kita lihat daripada orang-ikan dan hidupan laut ini ialah tanda kecemasan.

Daripada lautan itu sendiri, kita nampak tanda-tanda lain seperti suhu yang semakin meningkat, kenaikan paras laut, peningkatan pengasidan dan tahap pencemaran yang dahsyat. Jadi pemanasan global mempengaruhi lautan. Ini mempengaruhi orang-ikan pula. Ini situasi yang sama cemas seperti yang diakibatkan oleh industri penternakan ternakan dan ini ada penyelesaian yang sama. Berhenti makan daging orang-haiwan; berhenti membunuh untuk makanan; berhenti makan orang-ikan. Ini akan bantu memulihkan keseimbangan kedua-dua laut dan darat dengan serta-merta.

Orang-ikan ialah ciptaan Tuhan yang harus kita jaga, hormati, lindungi juga, bukan makan. Kita harus mencari jalan untuk bantu orang-ikan, melindungi mereka dan semua hidupan laut daripada kesan perubahan iklim yang membinasakan. Setelah kita mula berfikir macam ini, kita berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk diri sendiri, untuk orang-ikan dan untuk planet ini. Terima kasih. (Terima kasih, Guru.) Sama-sama, sayang.

Photo Caption: Berpotensi, akan Bertumbuh Kuat di Dunia.

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (9/21)
1
Kata-kata Hikmah
2025-05-12
841 Tontonan
2
Kata-kata Hikmah
2025-05-13
664 Tontonan
3
Kata-kata Hikmah
2025-05-14
587 Tontonan
4
Kata-kata Hikmah
2025-05-15
508 Tontonan
5
Kata-kata Hikmah
2025-05-16
381 Tontonan
6
Kata-kata Hikmah
2025-05-17
453 Tontonan
7
Kata-kata Hikmah
2025-05-19
400 Tontonan
8
Kata-kata Hikmah
2025-05-20
318 Tontonan
9
Kata-kata Hikmah
2025-05-21
254 Tontonan
10
Kata-kata Hikmah
2025-05-22
126 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-05-22
1356 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-22
445 Tontonan
Filem Pendek
2025-05-21
302 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-05-21
626 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-05-21
31 Tontonan
Gaya Hidup Sihat
2025-05-21
26 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-21
891 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android