Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Kita juga ingin menjemput penceramah tamu di sini untuk berkongsi mesej dengan kita. Pertama sekali, kita ada Yang Dihormati En. Ahlounsou Sorou Lucien, Ketua cari gali dan pembangunan Jabatan Sungai Ouémé dan Penara di Benin. Beliau juga seorang vegan. Tahulah, pada asasnya iklim terdiri daripada tiga unsur: kerpasan (hujan, salji dan lain-lain), angin dan suhu. Kita telah perhatikan perubahan besar dalam aspek ini. Pada tahun-tahun belakangan ini, kita telah lihat banyak perubahan di dunia, mengesahkan kewujudan pemanasan global. Apakah yang kita perhatikan pada abad ini? Kita tahu bahawa iklim telah alami gangguan kitaran yang mendalam dan mencemaskan. Akibatnya, beberapa gangguan iklim telah diperhatikan. Lihatlah di sekeliling kita saja: Musim hujan tidak lagi tiba tepat pada masanya, atau ia datang pada masa yang tidak betul. Musim kemarau berlanjutan dengan lebih lama bagi kita di Afrika. Kita juga dapati bahawa terdapat pencairan ais, pek ais di Artik. […] Sebenarnya kesan rumah hijau ialah fenomena semula jadi tetapi ada kesan rumah hijau tambahan yang menyebabkan pemanasan global. Gas yang bertanggungjawab atas ini ialah wap air dan karbon dioksida. Kita telah banyak bercakap ttg karbon dalam video yang telah kalian saksikan. Terdapat metana, nitrik oksida dan ozon. Bahan-bahan, gas-gas inilah yang menyebabkan pemanasan melalui mekanisme. Apabila kita lihat kesan rumah hijau tambahan, kebanyakannya daripada manusia. Kebanyakannya ditambahkan daripada aktiviti antropogen. Sebenarnya, pada asasnya, manusia bertanggungjawab atas pemanasan global yang kita alami hari ini. […] Bagi kita, apa yang harus kita buat dengannya? Banyak cadangan telah dibuat. Saya akan bincangkan beberapanya. Perkara pertama adalah mengubah cara kita makan dan keluarkan, pertama sekali. Mengapa tidak? Orang telah katakannya sebelum saya: mengamalkan pertanian organik. […] Sama juga, bercakap tentang alternatif, penyelesaian yang boleh kita bawa kepada isu pemanasan global, kita mesti memikirkan bentuk tenaga alternatif selain bahan api yang kita gunakan yang di bandar kita terutama di Afrika, dengan gabungan banyak faktor, mencemari dan banyak merosakkan lapisan ozon. […]