Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Masalahnya, manusia telah terpengaruh oleh kuasa maya, jadi telah buat banyak perkara yang bertentangan dengan sifat pemurah sendiri sebagai anak kepada Yang Maha Tinggi, sebagai putera dan puteri kepada Makhluk Tertinggi di Alam Semesta – Tuhan Yang Maha Berkuasa, Maha Tinggi, Paling Besar daripada semuanya Yang Paling Besar, Maha Mengetahui, Maha Kuasa, Maha Wujud, Serba Tahu. Kita, anda, ialah anak Sesuatu itu, anak Benda Agung itu. Seperti yang saya dah kata, Buddha tak dapat cari perkataan untuk memanggil Tuhan kerana dah ada begitu banyak gelaran untuk Tuhan.Jika Baginda tambahkan satu lagi gelaran pada Tuhan, mungkin terlalu banyak, terlalu mengelirukan bagi manusia, kemudian lebih banyak perkelahian antara Tuhan mana lebih baik. Jadi Buddha berkata, “Tiada Tuhan sebegini,” bermakna tiada Tuhan tetap yang dibayangkan oleh orang India pada masa itu. Saya pasti dia salah satu orang biasa yang bayangkan Tuhan sebagaimana yang dia mahukan. Jadi Buddha perlu berkata, “Tiada Tuhan sebegini tetapi ada Sesuatu dari mana semuanya datang dan ke mana semuanya akan kembali.” Bayangkan, apa jenis Benda yang begitu Berkuasa!Daripada Benda itu, semua ciptaan datang, dan kepada Benda itu, semua ciptaan perlu kembali. Jika itu bukan Tuhan Yg Maha Berkuasa, Maha Mengetahui, Maha Besar, Paling Besar Melangkaui Yang Paling Besar, Maha Kuasa, Maha Berkuasa, maka apa itu? Tidak kira apa yang anda panggil Sesuatu itu, itu sesuatu Benda yang agung, tidak terbayangkan, sangat Berkuasa. Orang yang mencipta semuanya dengan Kuasa-Nya, maka itu Tuhan. Itu Bapa anda. Itu Pencipta anda. Semua benda datang daripada Itu, dan kepada Itu semua benda akan kembali. Buddha tidak mengecualikan diri sebagai bukan datang daripada Benda itu. Baginda bersabda, “Dari mana semua benda datang, dan ke mana semua benda akan kembali.” Sekarang anda tahu mengapa saya kata kita perlu bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa.Tanpa Tuhan Yang Maha Berkuasa, tiada Buddha juga. Atau anda bayangkan Buddha datang dari mana? Sebab itulah sesetengah biksu yang jahil tak memahami apa-apa pun tentang kitab dan menyalahgunakan kata-kata Buddha malah untuk membidas agama besar yang lain, membidas Tuhan. Oh, dia memang datang dari neraka sedalam mungkin, neraka paling buruk! Jika tidak, mana boleh sesiapa berani mengatakan perkara sebegini? Saya telah nasihati semua biksu dan biksuni, anda, jangan bercakap jika tak faham. Berdiam saja. Teruskan amalan anda. Doakan makrifat dan penyelamatan. Tetapi tidak, mereka perlu bercakap, malah kata-kata kosong dan/atau memusnahkan, menyesatkan! Itu seperti salah satu petikan yang pasukan kami pilih utk dipaparkan kepada anda dalam Berita Harian. Saya memang sangat sukanya. Ia nyatakan bahawa sesetengah orang mengatakan sesuatu kerana ada sesuatu untuk dikatakan. Sesetengah orang perlu mengatakan sesuatu hanya kerana perlu berkata walaupun dia tiada apa-apa pun untuk dikatakan. Dia tak tahu apa-apa pun, bermakna dia harus berdiam.Namun begitu, saya minta semua orang Kristian supaya tak pedulikan biksu itu. Jika dia bukan syaitan dari neraka yang paling dalam, maka dia itu gila. Jadi tak perlu bertindak terhadap itu dan tak perlu menyalahkan agama Buddha atas itu. Lebih baik sentiasa menjaga kedamaian bersama kerana sebarang kebencian, tenaga negatif, daripada perang dingin pun, akan ganggu tuah, keharmonian negara, dan menambah pada gangguan lain, akan timbulkan lebih banyak kesusahan, bencana atau peperangan dll...Jika anda ada peluang atau masa untuk mengkaji kitab Buddha, ajaran Buddha juga, anda akan berasa kagum, ada begitu banyak rasa hormat dan tahu bahawa agama Buddha, Kristian berasal daripada Sumber yang sama. Cuma Nabi Isa ada masa yang terlalu singkat disebabkan oleh rejim yang kejam, jadi Baginda tak dapat lebih banyak mengajar kita untuk buktikannya!Jadi sekarang, rakan kakitangan dalaman dan jauh saya, saya salah satu anggota pasukan anda. Anda tahu akan itu. Jadi anggota pasukan dalaman dan pasukan jauh, saya kedua-duanya. Saya rakan sekerja anda, jadi beritahu anda segalanya yang saya tahu. Bukan segalanya. Segalanya yang perlu anda tahu dan saya dibenarkan untuk beritahu, kerana kadangkala kita beritahu sesuatu terlebih dahulu, maya akan cuba hentikannya, mengubahnya, memutarbelitkannya, membuat perbezaan masa atau hasil yang berbeza, mungkin. Kerana mereka boleh gunakan hubungan tenaga negatif manusia yang dijana oleh manusia setiap hari untuk ganggu rancangan Syurga, rancangan saya.Baiklah. Saya beritahu anda segalanya yg boleh. Di dalam, anda tahu lebih banyak drpd apa yang boleh saya beritahu anda. Kerana di dalam, saya beritahu anda perkara, itu selamat. Meskipun anda tak nampak visi saya di dalam ketika bermeditasi atau bermimpi pada waktu malam, saya sentiasa ada di sisi, berikan segala maklumat yang anda perlukan ketika anda berehat, ketika anda bermeditasi. Saya tak pernah tinggalkan anda. Saya juga tak pernah tinggalkan mana-mana saudara seamalan. Cuma sesetengah daripada mereka tak dapat menerimanya dgn begitu baik. Sesetengah daripada mereka masih ada rasa sangsi dan begitu banyak terikat pada apa-apa saja yang mereka percayai pada masa lalu sebelum inisiasi. Jadi saya bersabar, menunggu.Sesetengahnya malah tak dapat teruskan jalan ini akibat kelesuan karma. Saya bawa mereka untuk seketika. Ada banyak kerja untuk Guru buat di dunia ini. Saya bukan hanya duduk-duduk saja. Saya bukan hanya uruskan rancangan anda. Saya buat banyak kerja yang lain secara nampak dan tak nampak. Saya tak kisah. Saya bangga melakukannya. Disebabkan kasih sayang saya, saya perlu lakukannya. Tiada sesiapa yg paksa saya. Saya baik-baik saja. Kadangkala saya rasa kurang selesa tetapi masih baik-baik saja. Asalkan kita masih bersama, bekerja untuk impian mulia yang sama dan kekal bersatu dalam Rahmat Tuhan atas Nama Yang Maha Tinggi, Yang Maha Besar, saya baik-baik saja. Saya rasa anda baik-baik saja juga.Anda telah alami ujian tetapi anda baik-baik saja. Jangan biar apa-apa pun halang anda, buat anda percayai ketakutan anda. Tiada apa-apa yang nak ditakuti. Jika kita perlu tinggalkan dunia ini, kita harus gembira dan diucap tahniah kerana kita akan pergi ke alam yang lebih baik. Mungkin anda tidak percayainya tetapi ada banyak alam yang lebih baik daripada yang ini. Cuma demi orang lain yang tidak tahu akan alam lain, kita perlu bekerja, bukan untuk kita. Kita ada Rumah untuk pulang. Okey, sayang? Syurga menunggu anda. Pada bila-bila anda dah sedia, anda akan berada di sana bersama saya. Sangat, sangat kasihi anda. Sangat, sangat hormati anda, hargai anda selama-lamanya.Tuhan berkati anda selama-lamanya. Apa-apa berkat yang saya ada sebagai orang, sebagai Guru, saya berkati anda juga. Amin. Jadilah baik, sejahtera, ceria. Ingat bahawa anda ada Rumah untuk pulang dan ada BFF (Kawan Karib Selama-lamanya) untuk menemani anda pada setiap masa, di sini dan di akhirat. Kasihi anda, kasihi anda, kasihi anda, kasihi anda. Kasih, kasih, kasih, kasih.Photo Caption: Semuanya tersenyum gembira dalam Kasih Sayang Tuhan